Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, January 26, 2008

Udang Galah

Memancing Udang Galah
Di Perairan Sungai Tutong
25.01.2008

Udang Galah
Kesemua hasil udang galah yang
dipancing dan berat keseluruhan "3kg".





Beberapa ekor udang galah yang
di hidupkan dan di simpan kedalam aquarium






Dengan menggunakan perahu panjang 12 kaki, engine 15 kuasa kuda ini serta peralatan2 memancing dan beberapa set joran ringan, seorang pengemar pemancing udang galah memperolehi beberapa ekor udang galah dengan umpan isi udang mati di kawasan perairan sungai tutong.

Gambar di sumbangkan oleh:
Ironsilk

Read more...

Wednesday, January 23, 2008

Pancingan Persekitaran Kolam Ikan

Memancing Di Persekitaran Kolam/Sangkar
Penternakan ikan Persendirian
Kg.Pengkalan Si Babau

Ikan Putih
Berat: 3kg

Ikan Ungah

Ikan Gumbir

Ikan Gumbir
Short but heavie(gumbir)

Tingkur-Tingkur

Ini adalah sebahagian lagi spesis-spesis ikan yang terdapat di kawasan persekitaran tempat kolam/sangkar perternakan ikan persendirian. Bermacam macam lagi spesis ikan2 yang boleh diperolehi kawasan ini, dengan bermacam2 saiz besarnya.

Seorang teman pernah menceritakan kepada penulis, dimana teman bersama beberapa orang keluarganya sedang memancing di persekitaran kawasan ini apa bila menemui seekor ikan barah-barahan yang dianggarkan beratnya mencapai ke 10kilo. Namun disebabkan tidak mencukupi peralatan (kait dan penyiut) menyebabkan ikan itu sempat melarikan diri masuk kedalam air.

Beginilah pengalaman-pengalaman seseorang pemancing itu dan mungkin sukar untuk seseorang pemancing itu untuk melupakan kenangan2 sewaktu menjalankan aktiviti2 memancing dari ingatan.

Gambar di sumbangkan oleh:
Mamolapenga

Read more...

Pancingan Sangkar Ikan


Memancing Di Kawasan Persekitaran
Kolam/Sangkar Ikan Kg.Pengkalan Si Babau

Ikan Selungsung
My 1st time selungsung 3+ Kilo

Ikan Andapong
1kilo ++

Ikan Selungsung dan Anak Ikan Putih
Ikan Selungsung, Ikan Kitang, Ikan belais
dan Ikan Kapas-Kapas

Pengalaman memancing di persekitaran air berdekatan kawasan kolam ikan milik persendirian amat lah menyeronokan, lebih2 lagi apa bila memperolehi ikan-ikan besar.

Dengan menggunakan alat2 pancing seperti kerikan/ambur dan set2 joran yang berumpankan udang hidup dan keratan kembura mati.

Gambar-gambar diatas adalah diantara jenis2 ikan yang pernah diperolehi dari hasil memancing di kawasan persekitaran kolam/sangkar penternakan ikan.

Penulis: Ribuan terima kasih kepada teman N^S^Z kerana berkesudian mengirimkan gambar-gambar kenangan aktiviti2 memancing beliau untuk tatapan bersama didalam blog ini.

Gambar di sumbangan oleh:
Mamolapenga

Read more...

Tuesday, January 22, 2008

Pelayak Perairan Jerudong


Pelayak dikawasan Perairan Jerudong
"Belakang JPMC"

Ikan Pelayak
G.Win

Dengan menggunakan umpan kembura Mati, dikait dengan 2 mata kail umpan dimakan oleh seekor ikan pelayak yang beratnya 4.5kilo (mengikut timbangan tapung), tanpa persiapan yang rapi, dengan tidak membawa siut, tambahan lagi bersendirian, beliau terpaksa lah menarik ikan pelayak ini dengan mengiritnya naik keatas batu.

Joran: Banax sx stong
Spool: Banax mighty 5000
Line: Sufix synergy 30 lbs
Perambut: Duel flouro carbon 40 lbs

Penulis: Hasil yang cukup memuaskan untuk tatapan bersama, gambar2 hasil tangkapan membawa seribu kenangkan dan makna bagi setiap para pemancing.


Read more...

Tirusan Kg.Sg Matan

Memancing Di Kg.Sungai Matan
Mukim Kota Batu

Ikan TirusanG.Win

Ini adalah hasil memancing seorang teman N^S^Z di Kg.Sg Matan baru-baru ini, dengan hasil yang memuaskan seekor ikan tirusan yang beratnya kira2 3 kilo lebih.

Set pancing yang digunakan oleh beliau :

Joran: banax sx strong
Spool: banax mighty 5000
Line: berkley trilene maxx 25 lbs
Perambut: xzoga camouleader 30 lbs

Terima kasih penulis ucapkan kepada teman "G.Win" adalah diantara teman2 yang berkesudian mengirimkan beberapa gambar2 kenangan memancing bersama-sama hasil tangkapan beliau.

Read more...

Pari (Pantai Serasa)


20hb january 2008
(Hari Minggu)

Anak Ikan Pari
Berkelah sambil mengail bersama keluarga di Pantai Serasa, ini gambar kenangan bersama seekor anak ikan pari, dengan mengunakan set joran ringan sahaja berumpan kan udang hidup yang dibeli dengan harga $1- 10 ekor.

Selain pari, beberapa anak ikan umpak, atau garut2 nya orang ketani pun ada jua diperolehi, cuma kecil2 dan kesemua ikan2 kecil yang kami perolehi termasuk lah pari ini kami lepas kan sahaja. "saja hobi memancing"


Read more...

Tasik Kg.Rimba

Rahsia Pancingan Tasik
Simpang 213 Kg.Rimba Gadong










Menurut cerita dari pada beberapa orang teman penulis yang sering berkunjung dan memancing ditasik ini, beberapa ekor ikan flower horn yang pernah diperolehinya itu adalah dari asal pembiakan ikan2 flower horn yang pernah dilepaskan oleh seorang warga cina yang tinggal berdekatan dengan tasik ini. Pembiakkan dari masa kesemasa ikan2 flower horn ditasik ini menjadi semakin banyak hingga beberapa orang teman pernah memperolehinya sehingga 10 ke 20 ekor dengan bersaiz sederhana. Ikan patian,haruan,sepat,keli adalah diantara ikan2 yang terdapat di tasik ini.

Menurut seorang teman lagi, kedatangan beberapa orang warga asing dengan memasang pukat-pukat mereka ditasik ini sedikit sebanyak membuatkan para pemancing tasik ini sedikit merasa kecewa. Menurut mereka dengan ada nya pukat2 itu keberhasilan memancing ditempat ini diibaratkan memancing didalam air "Tasik" yang tak berpenghuni "Ikan".

Beringat-ingati sesama kita semua, kepada pemacing2 yang ingin mencuba nasib memancing ikan air tawar ditasik ini supaya bersama sama menjaga kebersihan persekitaran nya, kerana tasik ini adalah didalam kawasan perumahan dan berdekatan dengan jalan raya.

"Sekian Terima Kasih"
---,-'<{@ @}>'-,---

Read more...

Udang Galah Pekan Tutong

Aktiviti Memancing Udang Galah
diPekan Tutong

20hb january 2008



Nampak sungguh meriah nya apa bila memancing beramai-ramai diatas sampan/perahu dengan beratap kan 2 payong untuk keselesaan dan menghindari dari terik cahaya matahari.



Udang Galah

Udang Galah
Dengan cuma mengunakan set joran ringan dan mata kail khas untuk udang galah berserta umpan keratan halus isi udang seorang teman kami mendapatkan seekor lagi udang galah yang bersaiz sederhana besarnya.

Tangsi 8lb-10lb dengan batu bersaiz 1 atau 2 memang sesuai digunakan semasa air bergerak pelahan.

Gambar di sumbangkan oleh:
Pemutus Asa

Read more...

Monday, January 21, 2008

Ungah


Memancing di Kawasan
perairan Kg.Pintu Malim

Selesai melakukan aktiviti2 merambat udang di Kg.Pintu Malim, aktiviti memacing dengan mengunakan perahu dikawasan persekitaran perairan yang sama pula diadakan.



Pemutus Asa.
Siap dengan set pancing beliau


Ikan Ungah
Dari hasil menghayun rambat, udang yang dihidupkan dimanfaatkan dengan keberhasilan memperolehi ikan ungah seberat kira2 1 kilo lebih. "Nice Catch Geng"

Ikan Kerapu
Ikan kerapu pun diantara ikan2 yang sudi membaham umpan pada malam itu " pun kira okey lah jua" ...

Malar udah aku ani mengucapkan terima kasih arah teman Pemutus Asa ani, kerana tidak putus2 mengirimkan gambar2 beliau serta teman2 yang lain, kali ani penulis kan say "thank q lah to all of u guys" ...(,")...

Gambar di sumbangkan oleh:
Pemutus Asa

Read more...

Rezeki Merambat di Kg.Pintu Malim

Aktiviti-aktiviti merambat udang semakin giat
di Kg.Pintu Malim Mukim Kota Batu

Pada 19hb january 2008




Sebahagian udang2 hasil menghayun rambat yang di hidupkan untuk dijadikan umpan memancing ikan, dari saiz kecil, sederhana hinggalah ke saiz besar "Udang King".

Beberapa orang teman sedang menantikan saat-saat sesuai bagi memulakan aktiviti2 merambat udang. "Menyediakan peralatan2 merambat, tempat menyimpan udang sambil memerhatikan keadaan air."
Salah seorang rakan rapat N^S^Z yang menghabiskan masa lapang beliau dengan melakukan aktiviti2 merambat udang sambil memancing ikan.



Hasil keseluruhan udang siar dan udang kapor yang diperolehi pada malam itu cukup membawa hasil yang cukup lumayan sekali. Hasil yang dianggarkan mencapai hingga ke pebelasan kilo ini sudah cukup untuk dibawa pulang.


Saat untuk membahagi-bahagikan udang2 hasil dari hayunan rambat kepada teman2 pada malam itu.

Ribuan terima kasih penulis mengucapkan kepada teman N^S^Z "Pemutus Asa" yang tidak putus2 mengirimkan gambar2 aktiviti memukat beliau bagi tatapan bersama didalam Blog ini.

"Awas!! Pandu Perlahan Udang Hidup On Board"

Gambar di sumbangkan oleh:
Pemutus Asa

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP