Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Showing posts with label Ketumbang. Show all posts
Showing posts with label Ketumbang. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Koleksi "Off Shore"


"Off Shore Fishing"
G.Sahrin



 hasil tangkapan: ikan yu
kawasan perairan kapal karam Maharaja.



 Hasil pancingan: Ikan Tawih.
Kawasan perairan Jasra

 

Ni yang best..nie..
hasil pancingan Ikan Ketumbang
Kawasan perairan Gerabak CHP.

NSZ- Tahniah G.Sharin.. :)
Gambar disumbangkan oleh: G.Sahrin.

Read more...

Monday, March 15, 2010

Ketumbang Perairan Tungku

Perairan Tungku 'Batu Lion King'
Negara Brunei Darussalam
06hb Mac 2010 (Malam)

Krikan Shimano dengan ikan
Ketumbang hasil dari pancingan beliau dengan
berumpankan keratan ikan basong.

Ikan Ketumbang

Dodo 'lena di ulit intan'

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Ungah Terlepas, Ketumbang Sebagai Ganti

Peranginan Pantai Serasa 'Ungah Garden'
Negara Brunei Darussalam
17hb November 2009 (Pagi)



Walau tiada berolehi ikan ungah pada hari ini,
namun rasa hampa terobat, ikan ketumbang sudah cukup
untuk dibawa pulang oleh Mr.R pada hari ini..

'lauk mahal nie, tahniah bro..'




Jika diperhatikan pada bentuk ikan ketumbang serasa ini, ianya seakan mirip seperti ikan ungah., namun  terdapat perbezaan yang ketara pada warna badan ikan ini,  yang bergaris-garis merah, sirip berwarna kuning dan dibahagian kepala serta pipinya yang berjalur berwarna warni. Rasa-rasanya..,ketumbang perairan pantai serasa, dengan ketumbang perairan pantai tungku terdapat sedikit perbezaan dari segi warnanya.
 

'Basar mcm ani pun kuat jua nie..tarikannya...'

Penulis: Ucapan terima kasih untuk bro.. Mr.R, kerana kesudiannya untuk disimpan gambar hasil pancingan beliau dilaman dada blog NSZ..., untuk dikongsikan bersama. Sekian, Wassalam.
<<>><<<>>><<>>

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Pancingan Santai Persekitaran Pantai Tungku


Trip Memancing Di Persekitaran
Kawasan Persisiran Pantai Tungku
Negara Brunei Darussalam
19hb Julai 2009 @01.00 am

Salah seorang rakan NSZ
yang menggunakan umpan keratan ikan basong2
untuk memancing ikan ketumbang

'berapa kali sangkut-sangkut lah memancing
dikawasan ini..'

Awg.Rosli & anak beliau.. Awim
sedang menantikan umpan dimakan ikan

'nyaman jua sudah hati.. lurih seekor ikan ketumbang'

'laksana punguk rindukan bulan, ungah di
nanti tak kunjung tiba.., ketumbang pula
segan menjamah umpan, cuma anak2
ikan kerapu sahaja yang sudi menyerahkan diri..'

'catch & release je lah'

'dari serasa..kepantai tungku,
kerikan dibawah peringan tangan..,
berumpankan kembura yang sejuk beku..,
beroleh ketumbang masih sebesar tapak tangan'

Bersaiz lima jari, salah seekor ikan ketumbang
diantara 11 ekor ikan ketumbang yang diperolehi
di malam itu..

'inda begambar ganya.., rakan-rakan yang lurih balik awal..'
yang barat2 sekilo nada., cuma di bawah 500g saja yang asik
memakan umpan...'

umpan yang digunakan pada malam itu
adalah seperti, keratan ikan basong2, keratan ikan kembura dan
jantong ayam...

<<<<<<<<<>>>>>>>>> <<<<<<<<<>>>>>>>>>

Read more...

Sunday, July 26, 2009

Pancing Sambil Tengok Bunga Api

Memancing di Kawasan Perairan Pantai Tungku
25-26hb julai 2009
Negara Brunei Darussalam

Wahhh.....cantiikk nyee.. bunga apiii...!!
'bila lah nak fishing?????

ZZzzZZzzZZZ... mcm huruf 'Z' lah bunga apinya..,
aiyaaa..!! bila lah nak fishing...??????

WoWwww..lawanya.....!!! aduiiii... kan ngail bila????
hilang kosentrasi kan mengail ehy..., bising dengan bunyi
letupan..., lari lauk niee.... aduii..

Setelah menyaksikan Persembahan Bunga Api
di kawasan perkarangan Hotel Empire & Country Club...
masa untuk memancing pun di mulakan lagi... hehehe

Ikan Ketambak Pisang

ikan yang tidak diketahuai namanya & ikan jukut..
(kalau salah tolong luruskan ehy...hehehe)

Seekor ikan ketumbang bersaiz lima jari dan seekor ikan yang
tidak diketahuai namanya.. adalah sebahagian dari hasil-hasil
pancingan yang sempat di gambar pada malam itu..

Penulis: Penulis Memancing bersama Awg.Rosli di kawasan sepanjang perairan Pantai Tungku, dengan mensasarkan pancingan kali ini untuk spesis ikan ketumbang, dengan menaiki kenderaan 4WD, trip perjalanan memancing bemula dari kawasan jalan pantai berhadapan Universiti Brunei Darussalam hingga ke kawasan batu penghadang ombak di kawasan perairan pantai tungku. Umpan yang digunakan pada malam itu., cuma jantong ayam dan keratan ikan basong-basong. Dalam asik berpindah tempat memancing, penulis bersama rakan pancing mengambil kesempatan untuk menyaksikan Persembahan bunga api di kawasan lapang Hotel Empire & Country Club yang diadakan bersempena Menyambut Perayaan Hari Keputeraan Beginda Sultan Yang Dipertua Negara Brunei Darussalam yang ke 63 Tahun. Persembahan bunga api tersebut bermula pada jam 10.00 malam dan di perkarangan empire hotel dipenuhi dengan orang ramai yang menyaksikan persembahan tersebut. Terdapat juga segelintir orang ramai menyaksikan persembahan tersebut disepanjang jalan lebuh raya dan ada juga yang menyaksikan nya di kawasan Peranginan Pantai Tungku, kilauwan serta bunyi tembakan bunga api sedikit sebanyak bisa membuat bibir para pemancing di pantai tungku tersenyum mesra, 'walau pun inda lurih ikan YooOOO..asal ada hiburan sedikit dihujung minggu pun jadilah.. hehehe'

<<<<<<<<>>>>>>>> <<<<<<<<>>>>>>>> <<<<<<<<>>>>>>>>

Read more...

Thursday, July 23, 2009

Pari Pengubat Kehampaan

Memancing di Kawasan Perairan Tungku
Negara Brunei Darussalam
21hb julai 2009 (malam)

Ping (i love fishing crew) dengan anak ikan Safiee hasil
pancingan beliau dengan berumpankan keratan
ikan basong

Bob & David (i love fishing crew)
bersama Ikan Pari pertama yang diperolehi dimalam itu
dengan menggunakan umpan ikan basong di kerat

'inda betimbang, anggaran 1kg lebih
Allahuaklam'


Ping dengan ikan pari (pari kedua dimalam itu)
dengan menggunakan umpan keratan ikan basong


'tempat baru..yoo.. alum ada heng.. hehehe
ketumbang oohhh...ketumbang.... rasa jua ku
kan merasa tarikan mu ani...'

Awg.Rosli adalah diantara rakan N^S^Z yang
turut serta memancing pada malam itu


'guni tak de.., pakai tali burung peragam pun okey
untuk mengikat dan membawa dua ekor ikan pari ini..'

'cara mengikat pari senang sja..
masuk kan ja tali dari dua lubang mata ikan pari yang ada,
mudah kan... hehehe'


Ping & BoB dengan ikan pari hasil
dari pancingan mereka

Ini lah dua ekor Ikan Pari yang berbintik dan bejalur biru
Pari pengubat kehampaan pada malam yang air berkeadaan baru mula
hendak bertukar pasang

'cuba dih..siapa2 yang lebih arif dalam penamaan ikan pari ani..'
pari apa kana panggil kan ni???'

Jawapan diperolehi dari laman web www. Brunei Fishing.com
Pari Buruk-Buruk (Blue Spot Sting Ray)

Ikan ketumbang seberat sekilo lebih, ada lah diantara
8 ekor ikan ketumbang yang telah diperolehi pada 13hb julai 2009
yang lalu yang dipancing oleh David ditempat yang sama

Gambar di Sumbangkan Oleh: BoB
<<>> <> <<>> <> <<>>

Read more...

Saturday, July 18, 2009

Ekspedisi Pancingan Santai

Memancing Bersama Rakan-Rakan N^S^Z
'I Love Fishing Crew'
Di Kawasan Perairan Pantai Tungku
14-15hb Julai 2009 @ 7 Malam-4.30 Pagi (subuh)

Salah seorang rakan trip pancing
pada malam itu dengan seekor ikan sulit

'memang selalu heng ni...bro.'

Ikan Ketumbang adalah diantara
ikan-ikan yang diperolehi pada malam itu

Bob
Ikan Ketumbang dan Ikan Gelama


dua ekor ikan ketumbang dan dua ekor anak ikan sulit adalah
diantara ikan-ikan hasil pancingan pada waktu itu

Santai2 sambil menantikan umpan dimakan ikan
'baik pigang joran atu, ujung2 terabang keair'

Dua orang lagi rakan NSZ
yang baru saja tiba dilokasi memancing

'atu..lalah.., jauh bah bejalan kaki, mengapalah
dorang ni memancing jauh sangat...'


Mr.Black Evo pun baru jua sampai ke lokasi memancing

'kelambatan tia.., yang lain ada sudah lurih ni.'


Penulis: Yoo..,jauh2 bejalan kaki pun masih
bulih senyum lagi kah??? hahaha

Ikan Sulit dan ketumbang..
'kawan punya, tumpang hapi je...'

'Masa untuk balik., baik jua ada kerita rakan pancing
yang 4WD, mun inda bejalan kaki sejauh 2KM..jadinya'

Ping dan salah seorang rakan pancing NSZ

ikan apa lah yang baju bisdia ani pancing??

Bro... ttuutttttttt.. dengan seekor ikan
ketumbang sebarat kira2 2 kilo lebih hasil pancingan
beliau dengan berumpankan hirisan ikan basong

Ikan ketumbang Sekilo $25 ke $35.., mun 2 kilo labih.., $60+ tu ehy..
woowww..... memang mahal ikan ani..

Penulis:tahniah bro...nanti mun burung peragam ku lapas lagi
bolehlah tolong2 tangkapkan lagi k... hehe



Trip pancing dikawasan peraiaran pantai tungku pada malam itu cukup memuaskan., hampir kesemua ahli memperolehi ikan (ada yang inda tegambar), tetapi yang paling best, terdapat beberapa tarikan ikan yang memaksa tangsi terputus (melatop nya orang tangsi atu.., ganya inda tahu apa lauknya yang meranjat atu..) namun walaupun terputus tangsi atau ikan yang dipancing terlepas, trip pancing bersama rakan-rakan sedikit sebanyak boleh mengeratkan lagi tali siratulrahim dikalangan ahli. 'Tension berkerja pun hilang..hehehe'

Penulis: Tahniah pada kesemua ahli-ahli 'I Love Fishing Crew' (pancing ikan bulih, asal jangan pancing si gegirl je...) liat baju lain semacam ja yang tekana mata kail atu.., di lain hari dan dilain masa, jika terdapat gambar pancingan yang terbaru boleh hantarkan lagi ok... Sekian, Wassalam.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: Bob
^^^^ ^^^^^ ^^^^ ^^^^^ ^^^^ ^^^^^ ^^^^

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP