Brunei Time
Tuesday, February 2, 2010
Memancing Di Kawasan Perairan Kg. Pintu Malim
Mukim Kota Batu
Negara Brunei Darussalam.
26hb Januari 2010
Ping dengan ikan ungah pertamanya bagi
tahun 2010 hasil dari pancingan beliau.
Penulis: 'wahh..wahh... ikan kegemaran ku ni yo...'
Ping
Ikan Kalikitok (anak ikan putih)
Ping
'adihh... heng nie..... ikan Ketambak (langisi)
pakai udang hidup saja ni...'
Hanafi
'Inda kepunan jua... Seekor Ikan Umpak'
Syukur alhamdullilah, dalam pancingan santai...Ping, Hanafi dan seorang lagi rakan NSZ menghabiskan masa mereka dengan memancing dikawasan perairan Kg.Pintu Malim. Ikan-ikan yang diperolehi seperti ikan Ungah, Ketambak (langisi), Umpak, Pari, Ikan Pahat-pahat dan beberapa ekor ikan kalikitok (anak ikan putih).
Barah-Barahan MPR
Barah-Barahan Di MPR
(Mangrove Paradise Resort)
(Mangrove Paradise Resort)
Jalan Kota Batu Negara Brunei Darussalam
04.01.2010
Ikan barah-barahan yang beratnya setelah di timbang 2kg ini, bukan lah
hasil dari memancing, tetapi ikan ini diperolehi dari menyiut di dalam kolam
yang dibayar $30 di Restorant MPR Jalan Kota Batu dan terus di masak disana
untuk makan malam bersama isteri tercinta.
Ikan Ungah Pantai Serasa
22.12.2009
Ikan ungah yang kedua terakhir penulis perolehi pada penghujung tahun 2009
di Ungah Garden Pantai Serasa yang dipancing berumpankan kerantan ikan kembura.
Lion Fish
Raba "takat tiruan"
20.12.2009
Ikan Lion Fish yang di pancing di kawasan raba
buatan sendiri. selain ikan lion fish ini, terdapat juga beberapa ikan kalikitok,
ketambak, jukut dan kerapu yang di perolehi pada hari itu.
'lalah sudah.., inda tegambar...'
Labels:
Barah-Barahan,
Ungah (Mangrove Jack)
NSZ Pancingan Santai Di Pantai Tungku.
Pantai Tungku
Daerah Brunei dan Muara
Negara Brunei Darussalam
10hb Januari 2010
Trip memancing sebahagian dari ahli NSZ telah pun diadakan di kawasan perairan Pantai Tungku. Trip memancing ini adalah untuk mengisi masa lapang di musim percutian tahunan dan sekaligus melepaskan lelah /penat sewaktu menjalankan kerja-kerja pejabat. 'relek-relek... dan santai memancing... buang stress.... lupakan seketika kerja-kerja pejabat yoo......'
Pemutus Asa dan rakan NSZ
Ping dengan seekor ikan kerapu
hasil dari pancingan beliau.
Read more...
Labels:
Kerapu (Grouper)
Manyong Di Cabaran Pancing 2009
Ikan Manyong Di Cabaran Pancing 2009 Yang Lalu
13/12/1009
Pantai Tungku Daerah Brunei dan Muara.
Negara Brunei Darussalam.
Ikan Manyong sebarat 2 kilo yang berjaya di naik kan oleh salah seorang peserta cabaran pancing pada tahun yang lalu. Apa pun ikan yang diperolehi, pastinya si pemancing akan merasa senang hati... hadiah pasti menanti dipenghujung pertandingan nanti.
Penulis mengucapkan terima kasih atas kesudian abiskita mengirimkan gambar kenangan sewaktu Cabaran Pancing 2009 yang lalu. Sekian, Terima Kasih.
Labels:
Manyong
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"