Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Showing posts with label Bemasa (GT/Giant Trevally). Show all posts
Showing posts with label Bemasa (GT/Giant Trevally). Show all posts

Saturday, August 29, 2009

Ikan Bemasa Perairan Negara Brunei Darussalam

Memancing di kawasan Perairan
Negara Brunei Darussalam

Apabila rezeki mengundang tiba, trip memancing kali ini membawa
hasil kepada salah seorang rakan 'I Love Fishing Crew' yang telah
berjaya memperolehi seekor ikan bemasa.

'baratnya inda bertimbang'


Penulis: Diawal pagi turun kelaut, dengan harapan setinggi gunung, mengharungi lautan Darussalam dengan menaiki perahu kecil dengan dentuman senyap bunyi engin yamaha 15 kuasa kuda. Nampaknya rezeki kali ini cukup untuk membuatkan pemancingnya tersenyum lebar., walau keras dan kuat pecutannya (Bemasa) namun dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada, ikan bemasa berjaya dinaikan. Itu lah rezeki..., rezeki dari perut laut Darussalam, rezeki Illahi. Tahniah dengan pancingan biskita., dan terima kasih kerana berkesudian mengirimkan gambar hasil pancingan biskita. Di doakan dilain hari dan waktu, akan dimurahkan lagi rezeki. Amin.... Sekian, wassalam.

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

Lingkuh Perairan JASRA

Mengimbas Kembali Hasil-Hasil
Pancingan Ahli Precious Boat Yang Lalu

Awie (Precious Boat) dengan
seekor ikan lingkuh yang beratnya kira-kira
16kg.


Artikal dibawah dipetik dari laman web.www.bruneifishing.com
Tajuk Artikal: Cabaran Ikan-Ikan Palagik Di Jasra



Nama : Popperazzi
Tangkapan : Bamasa / Lingkuh Batang
Berat : 5.5, 6.2 n 7.8kg / 16kg
Teknik : Popping
Rod : Figo Big Fish 30-80lbs (kira PE3-8 lah tu kali ah hehe - rod murah ja)
Reel :Shimano NAVI (Quality 11kg Drag Budget Reel)
Line: Powerpro 50lbs
Leader: Sufix 60lbs
Lokasi : Jasra Rig (+/- 45-60km offshore)
Umpan : Popper (Halco)

Petua: badan mesti Fit, fikiran mesti Inda mau-mau, tangan mesti Santal (paksa balik2 umban n retrieve popper), Hati mesti Hardcore ... Baru dapat FISH kehkehkeh...

Message : Salam untuk kaki pancing di Brunei n Negara Serantau... Tahniah to team Brunei Fishing kerana mengendalikan laman web ani... Apa-apa pun ikut Rezeki, Nasib, sama Hang masing-masing..... Maju Pancing Untuk Kaki Pancing...

Gambar Pertama Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
^^^ ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ ^^^

Read more...

Saturday, July 4, 2009

Tarikan Kental Sang GT (Bemasa)

Pertarungan Ahli 'Precious Boat' dengan Ikan GT
Di Perairan Negara Brunei Darussalam
2-3hb July 2009

Selain dari GT Bagak (Bemasa)., GT yang bersaiz
sedehana juga tertarik dengan 'popper handmade',
dan hasilnya 6 ekor ikan GT dan 1 ikan bulan-bulan
diperolehi pada malam ini.


Penulis: Tahniah kami ucapkan kepada ahli-ahli bot precious, Awie (owner Precious), jimi (capt.), taib (team precious) dan seorang rakan. Hasil-hasil pancingan biskita cukup memuaskan dan terima kasih kerana sudi mengirimkan gambar-gambar pancingan biskita untuk dikongsikan bersama.

Imbasan Hasil Ahli 'Presious Boat'
yang lalu pada 29 Jun 2009 dikawasan Perairan
Dropoff Negara Brunei Darussalam.

Ini lah hasil pancingan precious boat yang lalu dengan membawa ikan-ikan dari berbagai spesis seperti; Kurisi Bali dan Kurisi Kaling, Ikan Awat-awat, Ikan Pisang Emas (Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti,hutang emas bulih dibayar, hutang budi dibawa mati) hehe sampat lagi bepantun ni., sambung lagi ikan-ikan yang diperolehi, Ikan Rubi or Encik Rubiah, Kerapu Mentega (aii.. ani pun baru ku dangar nama kerapunya) dan bermacam lagi.

Ahli-ahli precious yang beraksi: jimi (precious), awi, boy dan seorang lagi teman.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
^^^^^^ ^^^^ ^^^^^^ ^^^^^^ ^^^^ ^^^^^^

Imbasan Kembali Hasil-Hasil Pancingan
Ahli Serta Teman-Teman 'Precious Boat'

Artikel di bawah dipetik dari laman web: www.bruneifishing.com

Tajuk artikel : Anak Languran 4 - 1 Abg Bemasa



Angler: Popperazi
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 8000PG
Rod: Figo Big Fish 30-80lbs
Lures: Popper 120g / Jig 100g (jenama Arnab Putih)
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Sufix 60lbs
Fighting Time: est. 2-5min
Lokasi: 'Perairan Jerudong'

Bunyi mcm familiar, owh aritu LIV 4-1 MU (no offence!!)


Tajuk artikel : Rekod Menaikkan 13.5Kg


Angler: Raman
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 8000PG
Rod: Figo Big Fish 8'
Lures: Popper buat sendiri (nemo design brada)
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Lemax 80lbs
Fighting Time: est. 5min
Lokasi: 'Perairan Jerudong'


Tajuk artikel : Lesen n Rekod Bemasa 09 di renew




Angler: Popperazi n Awie
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 9000PG
Rod: Figo Big Fish 30-80lbs
Lures: Pin Bowling Popper 40g
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Lemax 80lbs
Fighting Time: est. 10-15min
Lokasi: 'Perairan Tutong'

Trip dgn bot 'Precious' kali ani menghasilkan seekor GT yang berskala 27kg dan beberapa ekor ikan languran.. Rupanya bukan senang menumpaskan ikan-ikan yang bersaiz semi mega apatah lagi ikan-ikan mega yang mempunyai reputasi daya pecutan tinggi...Harap-harap satu masa nanti...

p/s: Udah di junamnya kebawah atu mambang tangan n sakit ponggong Bossss.....

Penulis: IKAN BEMASA atau GT/Giant Trevally adalah diantara spises ikan yang diakui akan kehebatan pecutan dan keperkasaannya dalam arena memancing. Di Sebabkan dengan kehebatan dan keperkasaannya, ia telah dinobatkan dihati para pemancing sebagai spesis ikan terhebat dan amat terkenal dengan tarikan-tarikan kentalnya. Jika di lihat dari Keluaran Majalah Sirip dan episod VCD/DVD (Ikan Terhandal Malaysia) yang lalu, seperti Jigging Russian Pecah, Buru Geropoh Serantau, Penunggu Pulau Terbiar, Monster Tsunami Bali, GT Mama Sumba, Lembah GT Hutan Melintang, GT Ujong Kulon dapat kita saksikan pertarungan-pertarungan hebat para pemancing professional dengan Sang GT. Berbagai teknik pancingan yang boleh kita praktikalkan untuk memerangkap Sang GT, diantaranya teknik yang paling berkesan adalah Jigging dan Popping. Sang GT atau bemasa, boleh didapati dihampir disetiap lautan. Seperti yang kita tahu, di peraiaran negara jiran kita, Malaysia, Singapura dan Indonesia terdapat banyaknya spesis ikan GT dari yang bersaiz kecil, sederhana hingga pada yang bersaiz bagak (GT Kerbau/GT Mega). Di Perairan Negara Kita, Peraiaran Negara Brunei Darussalam, juga tidak ketinggalan didasar laut dalamnya yang dihuni dengan GT/Bemasa yang bersaiz besar, ianya telah terbukti apabila terdapat banyak para nelayan dan pemancing tempatan yang telah berhasil menaikan ikan-ikan GT/Bemasa dari yang bersaiz kecil hinggalah kepada yang bersaiz besar.

Read more...

Thursday, April 23, 2009

Dentuman Engine Precious Gema Ditimur Jauh

'Dentuman Engine Precious Gema Ditimur Jauh'

Mengimbas kenangan lalu dengan hasil-hasil
pacingan Pa Damit dengan ahli-ahli Precious.

Pa Damit dengan Ikan Bemasa 15.2Kg
'Melatop spool ni bro' :)

Salah seorang rakan pa damit dengan
ikan bemasa nya.


Dilain Hari Dan Waktu Hasil-Hasil Pancingan Pa Damit
Dengan Ahli-Ahli Preciuos

hasil pancingan yang lumayan dengan melayani
tarikan-tarikan kental Ikan Bemasa.
'Nice Catch Bro' :)

Untuk menawan bemasa harus punya
ketahan physical dan mental.

Pa Damit dengan Ikan Bemasa 11kg hasil
pancingan beliau.
'popping, jigging, trolling, beumpan.. ambis teknik dorang main ni..'


Pa Damit dengan dua ekor Ikan Bemasa.

Hasil keseluruhan ikan-ikan yang diperolehi setelah
berjam-jam lamanya meredah ombak dan badai..


Hasil-hasil pacingan dilain waktu dan hari,
dengan bilangan ikan-ikan yang cukup memuaskan


Ikan Pari seberat 40+ Kg
hasil pacingan yang diperolehi pada 10.04.2009


Ikan Pari yang beratnya melebihi 40 kg yang dipancingan
dilaut buka perairan Negara Brunei Darussalam.
'ani kalah ikan bemasa tarikannya ni gayanya'

Gambar disumbangkan Oleh: Pa Damit.
*************************************

Bayangkan Bemasa Laksana Wanita.


Wahai bemasa yang cantik jelita.,
Mata mu berkilat tidak terhingga.,
Dilain waktu dan dilain masa.,
Kirimkan gambar untuk tatapan semua.

Wahai dinda yang gagah perkasa,
tarikan mu membuatkan aku terseksa,
mendapatkan mu memerlukan tenaga,
agar diriku tidak kecewa.

******************************************


Read more...

Wednesday, June 18, 2008

Bemasa di kalahkan

Bemasa yang telah tumpas oleh kirikan shimano

Read more...

Monday, June 16, 2008

Memancing Dilaut Terbuka..!!!! Adeler..!!!!

Ikan Bemasa...!!!!
My First catch
08.06.2008 (Night)


Berat eh..!!! Aku menaikan bemasa ane mengunakan kerikan shimano,
umpannya makai basong2 hidup.

Iatah Lurih ku ne ikan languran...!!!!

Barah2an & Sulit
Ikan Barah2an.....Nyaman ne masak kari kepala ikan...!!! nyum...nyum...!!!!

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP