Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, August 29, 2009

Ikan Bemasa Perairan Negara Brunei Darussalam

Memancing di kawasan Perairan
Negara Brunei Darussalam

Apabila rezeki mengundang tiba, trip memancing kali ini membawa
hasil kepada salah seorang rakan 'I Love Fishing Crew' yang telah
berjaya memperolehi seekor ikan bemasa.

'baratnya inda bertimbang'


Penulis: Diawal pagi turun kelaut, dengan harapan setinggi gunung, mengharungi lautan Darussalam dengan menaiki perahu kecil dengan dentuman senyap bunyi engin yamaha 15 kuasa kuda. Nampaknya rezeki kali ini cukup untuk membuatkan pemancingnya tersenyum lebar., walau keras dan kuat pecutannya (Bemasa) namun dengan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada, ikan bemasa berjaya dinaikan. Itu lah rezeki..., rezeki dari perut laut Darussalam, rezeki Illahi. Tahniah dengan pancingan biskita., dan terima kasih kerana berkesudian mengirimkan gambar hasil pancingan biskita. Di doakan dilain hari dan waktu, akan dimurahkan lagi rezeki. Amin.... Sekian, wassalam.

Read more...

Umpak & Kelikitok


Memancing di Ujung Batu Muara Putus
18hb Ogos 2009 (Malam)

Seorang rakan ' I Love Fishing Crew'
dengan ikan umpak yang dipancing di kawasan
ujong batu Muara (Muara Putus)

Ping & Bob dengan ikan umpak dan seekor anak ikan putih
(Kelikitok) yang dipancingan dengan menggunakan umpan ikan
keratan basong-basong

Penulis: 'pakai moto kamu malam itu iaa....??? hehehe siuk tu eyhh...
joran dimana kamu simpan ahhh??? '

Gambar di sumbangkan oleh: Bob
<> <> <<<>>> <> <>

Read more...

Melayan Tenggiri Di Perairan Negara Brunei Darussalam

Trip Memancing di Kawasan Perairan
Negara Brunei Darussalam.
16hb Ogos 2009

Ikan Tenggiri dari hasil pancingan salah seorang rakan
'I Love Fishing Crew'

'Basar ikan tenggirinya ani.., btw Tahniah Bro...'

'Maaf..., tiada nama tempat bagi lokasi dan teknik pancingan
dikirimkan kepada penulis'

Read more...

Barah-Barahan Pancingan Yang Lalu


Mengimbas kembali hasil pancingan yang lalu
bersama rakan-rakan 'I Love Fishing Crew'




Penulis: Aktiviti memancing yang lalu, dengan hasil pancingan ikan barah-barahan di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam. Beberapa orang rakan 'I Love Fishing Crew' dimasa lapang mereka telah turun memancing dengan menggunakan perahu yang diperbuat dari pada kayu. Memancing bersama teman sangat menyeronokan, dan dari gambar-gambar hasil pancingan mereka ini sedikit sebanyak menyimpan berbagai kenangan. Disini mereka ingin kongsikan bersama kami (NSZ) untuk tatapan bersama. Sekian, wassalam.

Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Lingkuh, lauk putih, kurisi2, sulit, pisang2‏

Memancing di Kawasan Laut Jerudong & satu lokasi
yang dipanggil Kolam Laut Jerudong
21hb ogos 2009

Ini lah sebilangan kecil hasil yang diperolehi
oleh ahli-ahli precious boat..., ikan lingkuh,
ikan putih, ikan kurisi, sulit dan pisang-pisang

'bersyukur dengan apa yang diperolehi., insyaallah di kemudian
hari dan waktu., akan di tambahkan lagi rezeki dan
bilangan hasil pancingan mereka...'



Awie, Dom, Padamit & Jef
dengan hasil pancingan mereka

'Sememangnya rezeki itu ada..,
kecil besar bilangan nya bergantung pada rezeki yang diberi..,
usaha tetap ada..,
cuma menanti saat dan waktu hasil pancingan yang akan dinikmati nanti..'

Gambar di sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious Anglers)
<<<>>> <> <<<>>> <> <<<>>>

Read more...

Lokasi Memancing Di Daerah Belait

Meninjau Diantara Lokasi Memancing Di Daerah Belait
Negara Brunei Darussalam
17/18 Ogos 2009

Lokasi Pertama
Jalan Pasir Lorong 7 Seria
'Muara Lorong 7 Seria'

Ketika dulu, kawasan ini ada lah diantara kawasan
tempat perjalanan para nelayan yang menggunakan perahu-perahu kecil
untuk keluar menangkap ikan kelaut.

Keadaan air yang surut diketika itu, dan disebabkan tiada
bekalan umpan, penulis cuma mencuba-cuba untuk mengcasting

'ingat2 sini ani pun ada cacak hijau jua ni...
orang-orang belait memanggilnya si liau....(Buaya)'


'Berkaki empat, badan berduri,
laksana kayu hanyut ke muara,
diatas pasir merehatkan diri,
semasa laparnya mencari mangsa'

tempat ini memang seronok, namun dalam keseronokannya
para pemancing harus berwaspada & selalu berhati-hati serta
jika memancing harus lah bersama teman

Menurut beberapa orang teman penulis, di kawasan ini
juga terdapat berbagai spesis ikan diantaranya seperti
ikan Ungah, Kerapu, Bulan-bulan, Kembura dan Pari

'ada yang mengelar dikawasan perairan sungai Lorong 7
ni.. ungah garden juga..'

Gambar menunjukan Muara Sungai


Lokasi Kedua
Berdekatan kawasan jalan pasir Lorong 7 Seria
satu lagi lokasi memancing juga di kawasan Lorong 7 Seria
(Gambar bawah)


Semasa kujungan penulis di sini, dikawasan tekongkan air
ini kelihatan banyak terdapat anak-anak ikan.

'anak-anak ikan ungah pun ada.., ganya damit berabis...'



Ini ada lah longkang penghadang/menghalang air dari keluar
menuju ke satu lagi tempat tekungkan air berdekatannya





Lokasi Ketiga
Kawasan Tasik Peranginan Anduki
'Bahagian Depan'
(Gambar Bawah)



Lokasi Keempat
Kawasan Peranginan Pantai Lumut
(Gambar Bawah)









Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP