Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, June 26, 2009

Pari, Ketumbang & Kerapu Pengukir Senyuman

Pancingan Santai Bersama
Teman-Teman N^S^Z di Perairan Pantai Tungku
Negara Brunei Darussalam
23hb Jun 2009 (Malam)

Ping dengan seekor ikan Pari Lalat
hasil pancingan beliau dengan menggunakan
umpan udang hidup

Ping & teman pancingan beliau dengan
dua ekor anak ikan ketumbang

Ini adalah 2 ekor anak ikan ketumbang diantara
6 ekor ikan ketumbang yang sempat
di gambar pada malam itu.

'mahal nie ikan ketumbang ani., kalau di pasar Jerudong
selalunya dijual dengan harga $25 sekilo'

David dengan seekor ikan ketumbang
hasil pancingan beliau


'Ikan ketumbang lagi kah? wah...heng ehy..'
cuma nada yang beratnya sekilo keatas diperolehi pada malam itu

Salah seorang teman NSZ dengan seekor
ikan kerapu dengan menggunakan umpan udang hidup

Bob & Ping
dengan seekor ikan kerapu hasil pancingan mereka di malam itu.


Selain ikan ketumbang, ikan kerapu, ikan pari lalat dan pari daun yang diperolehi pada malam itu, terdapat beberapa ekor ikan lagi diperolehi namun tidak sempat digambar. Selain tarikan dari ikan-ikan yang diperolehi, seekor ikan bekalang sempat melepaskan diri apabila perambut yang digunakan terputus dikala bekalang memecut dan melompat di permukaan air 'nada rezeki lah tu..' Trip berakhir sekitar jam 3 lalu pagi. Keseluruhan hasil pancingan 20 ekor termasuk ikan-ikan yang tidak sempat digambarkan 'orang nya pemalu bah..' hehehe

Penulis: Terima Kasih pada semua teman-teman NSZ yang telah menyumbangkan gambar-gambar hasil pancingan mereka, sedikit sebanyak dengan adanya gambar-gambar tersebut bolehlah untuk menjadi tatapan kita dan generasi akan datang. Sekian, wassalam.

'besar atau kecil, banyak atau sedikit,
apa yang diinginkan adalah sebuah kenangan yang terselit
di setiap gambar sang pemancing dan hasil pancingannya'

Gambar di sumbangkan oleh: Bob
<<>> <<<<<>>>>> <<>>

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Ikan Bekalang & Ikan Umpak

Mengimbas kembali hasil-hasil pancingan yang lalu
di kawasan Perairan Negara Brunei Darussalam

Duan bersama rakan pancingnya dengan seekor bekalang
hasil pancingan mereka


'bulih tahan jua pecutannya ni bekalang ani.., sekali
sekala pandai jua ia melompat diatas air ni...'

Dilain Hari & Waktu
Dengan hasil pancingan ikan umpak.

Duan dengan ikan umpak hasil pancingannya di lubuk
kesukaannya

seekor lagi ikan umpak hasil pancingan beliau
di Perairan Muara

Penulis: 'Tahniah bro untuk semua hasil-hasil pancingan yang lalu atu..'

Gambar disumbangkan Oleh: Duan
<<>> <<<>>> <<<<>>>> <<<>>> <<>>

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

Ikan Ungah Pancingan Lalu

Mengimbas Kembali Hasil-Hasil
Pancingan Yang Lalu Di Perairan Negara Brunei Darussalam

Duan dengan seekor ikan ungah hasil
pancingan beliau

Penulis: 'ikan kegemaran ku ni duan, kalau mengikut timbangan arah biji mata ku ani, angaran baratnya ada jua kali sekilo labih kali tu.. hehehe'

Dilain Hari & Dilain Waktu

'ani basar ungah nya ani., nyaman mata memandang
nyaman lagi bila dimakan..'


bukan ungah serasa ni ah??? Confirm bukan hehehe ..
btw duan tahniah untuk semua hasil pancingan ikan unggah yang lalu

"Membawa pancing di sebelah utara,
Jalannya berbatu dan penuh semak,

Mendapat ungah hati gembira,
Isinya lembut dan rasanya pun enak"


Gambar Di Sumbangkan Oleh: Duan
<<<<>>>> <<<<<<>>>>>> <<<<>>>>

Read more...

Kesili & Bebatik

Mengimbas Kembali Kenangan Lalu
Dengan Hasil Pacingan Ikan Kesili & Ikan Bebatik

Duan dengan hasil pancingannya seekor ikan Kesili

'aduiii...wan napa lah panjang sangat kesili mu atu bro??,
kompom bukan ular sinduk tu ah.... hehehe..'

Pantun dua kerat;

Kenapa orang suka tangkap ikan,
Sungguh panjang ikan itu..

Dilain Hari & Dilain Waktu

Duan dengan hasil pancingan beliau
seekor ikan bebatik

Untuk yang belum pernah melihat ikan bebatik,
yang berwarna merah itu lah ikan bebatik.

Penulis: Tiada tempat, umpan dan teknik pancingan dinyatakan insyaallah dilain waktu penulis akan cuba untuk mendapatkan informasi mengenainya. Kami NSZ ingin mengucapkan terima kasih diatas kiriman gambar-gambar hasil pancingan Awg.Duan, sedikit sebanyak gambar-gambar hasil pancingan beliau yang lalu untuk meghiasi laman dada blog ini untuk tatapan bersama. Sekian, wassalam.

Gambar di Sumbangkan Oleh: Duan
<<<>>> <> <> <<<>>> <> <> <<<>>>

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Memancing Udang Galah Di Daerah Temburong

Beriadah Bersama Keluarga
Memancing Udang Galah Di Perairan Sungai
Kg.Labu Daerah Temburong
21hb jun 2009 (Ahad)

PaDamit bersama anak beliau Alai Farah
semasa memancing di atas sebuah boat

'waahhh... Pheewiiitttttt..... cute alai farah atu ehyy...,
sudah besar nanti bulih teman kan ayahnya memancing dilaut ni ah....'

'Duhai adik yang sedang santai,
Wajah cantik cute dan manja,
Bila besar menjadi cerdik dan pandai,
Agar diri mu tetap berjasa'

'Kap-kap udang.., udang ditangkap lapas,
Mendengar bunyi orang.., lari lakas-lakas,
'Kap-kap udang.., udang terlepas bebas,
Mendengar bunyi beruang., baik tah belari pantas-pantas'

PaDamit dengan pakaian nya ala-ala cowboy
dengan seekor udang galah 'sapak'

'sapak ganya ni PaDamit???
nanti-nanti menyuruh graphic designer NSZ membasari
udang atu k... hehehe'


Penulis: Ini lah masa yang ditunggu iaitu musim cuti persekolahan, banyak dikalangan ibubapa mengambil kesempatan semasa cuti persekolahan ini dengan membawa anak-anak untuk bersiar-siar, melancung, memancing dan sebagainya. Di kesempatan ini lah juga masa yang paling sesuai untuk berkumpul sanak saudara bagi sama sama-sama mengisikan masa lapang dikala anak-anak cuti sekolah. Aktiviti memancing adalah satu aktiviti readah yang menjadi pilihan pada ahli keluarga PaDamit. Dengan adanya aktiviti seumpama ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan talisiratul rahim dikalangan keluarga disamping berhibur bersama anak-anak. Sekian, wassalam.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious Boat)
<> <<>> <<<>>> <<<<<>>>>> <<<>>> <<>> <>

Read more...

Hasil Merambat Di Batu Putus Muara

Ikan Kembura Di Perairan Batu Putus Muara
21hb jun 2009 Malam

Ikan kembura hasil dari pada kibaran rambat 'merambat'
di kawasan perairan batu putus Muara. Angaran ikan kembura
yang diperolehi sekitar 6 ke 7 kilo.

'banyak kembura ani PaDamit.., ada kan dipakai mengumpani
unggah di Serasa ni.. hehehe'

Penulis: Selalunya ikan kembura di jual dengan harga $3 ke $4 sekilo, namun terdapat tawar menawar antara pembeli dan penjual ikan kembura.., hingga harga sekilo ikan kembura dijual $2 dan terdapat $5 bagi 2 kilo ikan kembura.Namun.., harga ikan kembura sama seperti ikan-ikan lain., ada kalanya ikan kembura dijual dengan harga $5 ke $6 sekilo. Ikan kembura boleh didapati di pondok ikan Peranginan Pantai Serasa (selalunya setiap pagi Juma'at dan Ahad), Pasar Gadong, dan ada juga penjual ikan kembura dirumah persendirian. Sekian, Wassalam.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
<<>> <<<<<<>>>>>> <<>>

Read more...

Monday, June 22, 2009

Bekara Perairan Muara

Mengimbas kembali
Udang Bekara Di Perairan Muara

Mamolapenga dengan 2 ekor udang
bekara yang beratnya kira-kira 2.2kg dan 2kg

'woowww...besar nya lobster.., jika ada yang ingin menikmati lobster
segar, cuba lah singgah di salah satu restoran di Yayasan Bandar
Seri Begawan. $6.50 - 100gram.'

Gambar di Sumbangkan Oleh: Mamolapenga
<<<>>> <<>> <<<<<>>>>> <<>> <<<>>>

Resepi Masakan Udang Bekara (Lobster) Berkrim Cheese

Bahan-Bahan

2 ekor Lobster
1/2 biji lemon
Cheese (apa-apa cheese pun ok)
Sedikit lada sulah
Sedikit Garam
Butter

Cara-cara

  1. Bersihkan lobster. Lobster di gunting kulit tengah bagi nampak isi lobster. Jangan sampai putus.
  2. Parut kulit lemon dan sapu di bahagian lobster serta letakkan garam dan lada.
  3. Kemudian sapu butter dan letak di isi lobster. Potong kecil kecil lebihan lemon tadi dan letak di dalam bekas membakar bersama lobster tadi, bakar dgn 225 darjah selama 10-15 minit.
  4. Akhir letak cheese di atas lobster kemudian bakar 4 minit lagi. siap boleh di santap.

Dipetik dari laman web: http://www.myresipi.com/top/detail/966

Lobster Tropicana

Bahan-Bahan:

700 gm lobster
50 gm cendawan shikate
30 gm bawang (dipotong kiub)
10 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato puri
100 gm krim
15 ml pernod
1 gm kunyit
50 gm glace ikan
30 gm brokoli
3 batang lobak merah
2 batang kacang buncis
1 biji cendawan shikate
2 keping papadum
25 ml mentega
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Bersihkan lobster dan buangkan kulitnya. Potongkan dagingnya kepada bentuk kiub dan gaulkan dengan garam dan lada hitam.

Panaskan mentega dan masukkan bawang, bawang putih, cendawan dan daging lobster dalam jangka masa seminit.

Masukkan pernod utuk seketika dan diikuti dengan kunyit, fish glace dan tomato puri. Kemudian masukkan krim untuk menambah perasa dan diasingkan.

Panaskan mentega dan masukkan brokoli, kacang buncis, lobak, cendawan dan campurkan dengan garam dan perasa lada hitam secukupnya.

Goreng papadum, begitu juga dengan cengkerang lobster.

Letakkan cengkerang lobster di dalam pinggan dalam posisi yang ddikehendaki dan letakkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi disisinya.

Hiasi dengan fresh dill mengikut citarasa masing-masing.

Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999

Udang Harimau dan Udang Bekara Bercili
(Jika ingin mencuba untuk masakan Udang Bekara)

Bahan-Bahan:

400 gm udang harimau
100 gm cili merah
3 ulas bawang putih
100 gm bawang merah
Sedikit halia
Serbuk kunyit dan serbuk perasa
Sedikit sos cili

Cara:

Udang digoreng separuh masak. Tumis bawang merah, bawang putij, halia, kunyit dan cili merah. Biarkan sehingga pecah minyak atau udang masak. Masukkan serbuk perasa dan sos cili. Rasa, angkat dan dihidangkan segera.

dipetik dari http://resepi.mesra.net/Detailed/325.shtml

Barbeku Udang Harimau
(Jika ingin mencuba untuk masakan Udang Bekara)


Bahan-Bahan:

80 gm udang harimau
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam kasar
2 gm lada sulah
2 gm jus limau
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih


Cara:

Bersihkan udang tetapi jangan dibuang kepala dan ekor. Tuskan airnya. Perap bersama bahan lain dan biar lima belas minit. Panggang udang tetapi jangan terlalu masak kerana ia akan kering. Hidang bersama sos.

Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP