Brunei Time
Showing posts with label Aktiviti Memancing NSZ. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Memancing NSZ. Show all posts
Monday, July 26, 2010
Memancing Di Kawasan Perairan
Takat Menangah & Takat Putih
Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.
Pada 18.07.2010, trip memancing kami bermula dari kawasan perairan Kuala Tutong dan seterusnya menuju di kawasan perairan Takat Menangah perairan Kg. Penanjong Tutong yang mengambil jarak perjalanan lebih kurang 12 km. Takat Menangah adalah takat atau terumbu karang asli yang kedua terbesar selepas Takat Putih yang terdapat dikawasan perairan Pananjong Tutong. Takat Menangah yang ber kedalaman diantara 11 meter hingga ke 13 meter dalam mempunyai terumbu karangnya yang rendah. Ikan-ikan yang kami perolehi dikawasan takat menangah ini diantaranya ikan anduping, ikan kerapu dan beberapa spesis ikan-ikan takat yang kurang diketahui namanya. Selepas dari takat Menangah lebih kurang 3 ke 4km kami sampai di kawasan Takat Putih yang mempunyai kedalaman air diantara 10meter hingga ke 15 meter dalam. Takat putih yang mempunyai batu-batu yang berwarna putih ini dapat di lihat dikala air jernih. Selang beberapa minit dari takat putih kami kian berpindah mencari takat-takat asli yang dikesan melalui GPSMap Sonar Fish Finder ke beberapa buat tempat seperti Takat Balau, Takat Binsiang, Takat Binturan, kawasan kapal karam Binturan (dalam Fish finder nadanampak kapalnya.., hancur tia kali udah kapal atu) Takat Lugu, Kawasan Kapal Karam Lugu hingga lah ke kawasan perairan berhadapan Istana Nurul Izzah. 'luan-luan di jerudong bah udah...' .
Rosli dengan seekor ikan anduping yang dipancing
dengan berumpankan keratan sotong
di kawasan Takat Menangah
Ayam laut atau Ayam-Ayam diperolehi
dikawasan utara Takat Putih.
Seekor lagi ikan anduping yang di pancing
dikawasan Takat Putih
Nini dengan ikan takat yang dipancing
dikawasan perairan Lugu.
Ikan anduping yang dipancing oleh
Nordin dengan berumpankan keratan sotong.
'Kurang lebih 10 tahun beliau tidak turun memancing dilaut,
dan kini aktif semula'
Kembali di Penurunan Perahu
Kuala Tutong.
'Kedalaman air 1.5 meter, sanang beengine'
Kebanyakan hasil pancingan adalah ikan kerisi-kerisi
yang dipancing berhanyut dikawasan pasir berdekatan takat Putih
dan takat Balau.
'Inda banyak lurih kami, air atu sajuk masih..'
selain dari spesis ikan kerisi-kerisi, beberapa ekor ikan
anduping, kerapu, ikan pisang-pisang, dan seekor ayam laut
diperolehi sebagai rezeki untuk dibawa pulang. Sekian Wassalam.
Saturday, July 24, 2010
Memancing Di Perairan Tutong
Memancing Di Kawasan Perairan
Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam
Pada 10.07.2010, kami turun untuk memancing di kawasan perairan laut Tutong. Jam 3 pagi kami bertolak dari Kg.Keriam Tutong menuju kawasan persisiran Pantai Kg.Penanjong Tutong. Keadaan cuaca baik dan air masih lagi dalam keadaan surut.
Krikan Shimano dengan beberapa orang ahli NSZ lepas dari Magpie. Pejalanan dari penanjong ke Magpie makan masa lebih kurang 30 minit. Jauh kalau dari Jerudong nya bisdia.
GPSMap Sounder & Plotter GPS
Map Fish Finder Garmin model: 521s.
Function yang digunakan Fish Eye 3D
Function yang digunakan Fish Eye 3D
Blue Chart G2
'banyak lauk yang nampak dalam screen
di kawasan takat putih penanjong tutong, ganya inda berapa mau makan
air atu sajuk dan jernih'
air atu sajuk dan jernih'
Kami sampai di kawasan persisiran Pantai
Kg. Pananjong Tutong kira-kira jam 1 lalu,
dan keadaan air sudah mulai bergerak surut.
Semasa menaikan perahu keatas trailer, tali penarik trailer kerikan shimano putus berulang kali, dan roller belakang trailer KFA mengalami kerosakan, ani menyukarkan untuk kami menaikan perahu, ditambah lagi keadaan air yang sia-sia surut, berenginkan naik ke trailer pun inda dapat. akhirnnya.....
terdampar lah ni jadinya hehehe :) , kedalaman air 0.5-0.3 semasa ani,
surut melantai. kan menunggu air naik pasang kira-kira pukul 3 pagi. Adakan ditunggu tu..
15 orang nie..yang menyurung perahu ani,
sedikit-sedikit beinsut jua kan keair, last-lastnya.. tarik
saja pakai nissan patrol.
kalau kan dikanang-kanangkan, banyak perkara lucu dalam usaha
untuk mengembalikan perahu keatas air semula.
'Lapaskan dulu perahu sebuah kelaut, dari laut karang menarik perahu
si kerikan shimano...'
'Terima Kasih kami ucapkan kepada
Ahli Saudara yang ada di Kg.Pananjong dan Keriam
Tutong yang telah memberikan bantuan."
"Pergi memancing di Daerah Tutong,
Ikan di simpan di dalam bakul,
Berat sudah mata memandang,
Berat lah lagi bahu kami memikul"
Sebuah selamat sudah di air, sebuah lagi tunggu kan ditarik
saja lagi. Jarak lebih kurang 100 meter, terpaksa kami ulur
tali sauh yang panjang untuk menarik perahu kerikan shimano.
Setelah kedua-dua perahu dapat dialih semula di air, perjalanan kami menuju ke penurunan perahu kuala Tutong dengan melintasi Tutong Kem, Kampung Pengasing, Pantai Seri kenangan dan sampai di Penuruan Perahu Kuala Tutong mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit., dan seperti yang tercatat di dalam GPS Map lebih kurang 12km untuk sampai dari Pantai Penanjong ke Kuala Tutong.
Disebabkan air yang surut melantai, di Penurunan perahu Kuala Tutong pun kami inda belaku menaikan perahu. "di ujung2 simen penurunan perahu sudah tayar trailer, yang selabihnya pecahan batu dan tanah serta pasir."
Kami kemudian mengambil keputusan untuk menaikan perahu di Penurunan Perahu Pekan Tutong. Dari Penurunan Perahu Kuala Tutong menuju ke Penurunan Perahu Pekan Tutong, kami mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai disana.
Jam lebih kurang 6.30 petang, kami
sampai di penurunan perahu Pekan Tutong.
Alhamdullilah akhirnya kami dapat menaikan perahu keatas trailer, satu pengalaman dan pengajaran bagi kami. Lalah sudah, dan hasil-hasil dari pancingan pun inda lagi tegambar. Ikan-ikan yang diperolehi kebanyakannya ikan kerisi-kerisi, selain atu ikan kerapu, anduping, alu-alu, pisang-pisang dan Tawih.
-----------------------------------------------------------------
Video 1
(Perjalanan Dari Takat Balau Ke Persisiran
Pantai Penanjong)
Video 2
(Perjalanan Dari Kuala Tutong
Ke Penurunan Perahu Pekan Tutong)
Sekian Wasalam untuk catatan Blog hari ini.
<<>> <<<>>> <<>> <<<>>> <<>>
Read more...
<<>> <<<>>> <<>> <<<>>> <<>>
Labels:
Aktiviti Memancing NSZ
Thursday, July 22, 2010
Memancing Di Perairan Muara
Aktiviti Memancing Di Perairan Laut Muara
Negara Brunei Darussalam.
Pada 27hb Jun 2010 yang lalu, penulis berserta beberapa orang rakan NSZ meluangkan masa untuk memancing di kawasan perairan laut Muara. Bertolak pada jam 8.30 pagi dari Penurunan perahu Kg.Pangkalan Sibabau dan menuju ke kawasan kapal karam American Wreck Muara yang memakan masa lebih kurang 20 minit dengan kelajuan 38-40km sejam @4100rpm.
Krikan Shimano dengan ikan kerapu
hasil dari pancingan beliau di kawasan
raba buloh.
Mamolapenga
'ikan kerisi-kerisi'
Ikan putih...yang dipancing dikawasan
raba buloh.
'Barat sauh atu yoo...'
Sebahagian dari hasil pancingan yang
sempat diambil gambar.
Ikan alu-alu yang dipancing dikawasan perairan
kapal karam American Wreck.
Video: 1
(Perjalanan dari Penurunan Perahu Kg.Pengkalan SiBabau
Menuju Diperairan Pantai Serasa Muara)
Video: 2
(Krikan Shimano Beroleh Ikan Putih)
Sekian Wassalam.
Read more...
Labels:
Aktiviti Memancing NSZ
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"