Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, January 7, 2008

Membintur Ketam


Membintur Ketam dikawasan perairan
Sungai Kg.Pakalan Si Babau








Ketam Kalok dan Ketam Suri


Ketam Kumpal

Selain ketam,beberapa ekor anak ikan buntal
juga turut masuk kedalam bintur



Umpan: "Ikan Uji Rashid"

Membuang Pukat


Ribuan Terima kasih penulis tujukan kepada teman yang berkesudian mengirimkan gambar2 aktiviti menangkap ketam dan aktiviti memukat. Serba sedikit penulis dapat gambaran bagai mana cara-cara orang memasang BINTUR atau alat untuk menangkap ketam.

Sedikit pengetahuan Mengenai "BINTUR"

Bintur adalah satu alat untuk memerangkap/menangkap ketam. Pada zaman dahulu banyak dikalangan orang2 Brunei yang mempunyai kemahiran dalam membuat bintur dan cara2 menggunakannya. Bintur dahulunya diperbuat daripada buloh dengan berawakan sulaman nelon, pada zaman sekarang terdapat berbagai2 jenis bintur yang boleh diperolehi dikedai2 pancing. Bintur dipermodenkan mengikut perubahan zaman. Bintur sekarang kebanyakan didatangkan dari luar negeri. Harga bagi setiap bintur berlainan mengikut kualiti cara buatannya, seperti bintur buloh dijual dengan harga $1 setiap satu, dan harga sebiji bintur ada kalanya mencapai $3 hingga ke $5 setiap satu.

"Jika para pembaca ada lebih pengetahuan bagi pembuatan, ukuran besar bintur, cara2 mengunakannya, tempat-tempat yang sesuai untuk melabuh/menahan bintur serta umpan yang sesuai bagi memerangkap ketam boleh lah mengirimkan info mengenainya ke email ironsilk2007@hotmail.com, Sekian Terima Kasih" (,")


Gambar di sumbangkan oleh:
Rambat Daiwa

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP