Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, March 27, 2010

NSZ - Aktiviti Memukat Udang

Aktiviti Memukat Udang
Kilong Cina - Tugu - Perairan Sijampang
Negara Brunei Darussalam
23hb Mac 2010 (Pagi-Petang)

Bermula dari jam 6.30, dari Penurunan Perahu Kg.Pengkalan Sibabu kami menuju kelokasi pertama kami di perairan yang di panggil Kilong Cina, pukat dilabuh 2 tahanan, selang beberapa minit, pukat dibangkit dan udang tidak lah bagitu banyak.., nya orang memutik-mutik. Kami kemudian berpindah ke kawasan perairan yang di panggil Tugu. Disana banyak perahu-perahu nelayan tempatan sedang asyik melabuh dan menarik pukat. 'Pajal Usulnya'. Pukat di labuh tiga tahanan, dan selang beberapa minit pukat pertama di tarik dan udang dari bermacam saiz diperolehi. Rambai...jua lah..., rambai punya rambai..nah.. kana lapisi selajur... hehehe.. Keadaan air yang mulanya bergerak pasang dan kira-kira jam 1 tengah hari keadaan air berubah. Berombak sedikit disebabkan tiupan angin. 'macam betarik kalat selajur rasanya menarik pukat ah..' Perahu perahu nelayan yang lain mula berkurangan.Dan kami mula berpindah tempat dan menuju ke perairan Si Jampang. Alhamdullilah, ada jua pakai menambah-nambah bilangan udang yang telah diperolehi dari kawasan perairan tugu tadi.
'Dari kilong melabuh pukat,
Hasil nya cuma berputik-putik,
Menarik pukat punggung pun turut terangkat,
Sambil melihat mata orang yang sedang melirik.'

 Bob & Sharul
Borak-borak sambil memerhatikan pukat.

Memisi udang sambil menantikan
pukat yang sedang dilabuh.


"Dari Kilong melabuh pukat,
Tukar haluan ke tugu pula,
Udang rambai di dalam pukat,
Sengal dan lelah tidak terasa lah pula"



Dari Kilong melabuh pukat,
Pukat di tarik terasa berat,
Umpama orang bertarik kalat,
Di Perairan sijampang kami berehat.

Bob..jaga-jaga perahu atu,
jangan ia tesagir jambatan, sayang jambatan bah
ngingis karang tiang jambatan ani..

'aku atu bukan apa.. jaga harta benda awam bah..'





Udang dari bermacam saiz 
Udang hijau dan udang merah
paling best...!!!

Selain udang, satak, ketam, ikan dari bermacam jenis
juga di perolehi dari hasil memukat.

Masa untuk mengasingkan udang besar-besar



Selesai membagikan udang, kami dijamu untuk makan
malam dirumah Mamolapenga dengan hidangan Udang
Rebus ala Brunei. 'Nyaman-nyaman...'


Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP