Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, January 22, 2008

Tasik Kg.Rimba

Rahsia Pancingan Tasik
Simpang 213 Kg.Rimba Gadong










Menurut cerita dari pada beberapa orang teman penulis yang sering berkunjung dan memancing ditasik ini, beberapa ekor ikan flower horn yang pernah diperolehinya itu adalah dari asal pembiakan ikan2 flower horn yang pernah dilepaskan oleh seorang warga cina yang tinggal berdekatan dengan tasik ini. Pembiakkan dari masa kesemasa ikan2 flower horn ditasik ini menjadi semakin banyak hingga beberapa orang teman pernah memperolehinya sehingga 10 ke 20 ekor dengan bersaiz sederhana. Ikan patian,haruan,sepat,keli adalah diantara ikan2 yang terdapat di tasik ini.

Menurut seorang teman lagi, kedatangan beberapa orang warga asing dengan memasang pukat-pukat mereka ditasik ini sedikit sebanyak membuatkan para pemancing tasik ini sedikit merasa kecewa. Menurut mereka dengan ada nya pukat2 itu keberhasilan memancing ditempat ini diibaratkan memancing didalam air "Tasik" yang tak berpenghuni "Ikan".

Beringat-ingati sesama kita semua, kepada pemacing2 yang ingin mencuba nasib memancing ikan air tawar ditasik ini supaya bersama sama menjaga kebersihan persekitaran nya, kerana tasik ini adalah didalam kawasan perumahan dan berdekatan dengan jalan raya.

"Sekian Terima Kasih"
---,-'<{@ @}>'-,---

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP