Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, July 4, 2009

Tarikan Kental Sang GT (Bemasa)

Pertarungan Ahli 'Precious Boat' dengan Ikan GT
Di Perairan Negara Brunei Darussalam
2-3hb July 2009

Selain dari GT Bagak (Bemasa)., GT yang bersaiz
sedehana juga tertarik dengan 'popper handmade',
dan hasilnya 6 ekor ikan GT dan 1 ikan bulan-bulan
diperolehi pada malam ini.


Penulis: Tahniah kami ucapkan kepada ahli-ahli bot precious, Awie (owner Precious), jimi (capt.), taib (team precious) dan seorang rakan. Hasil-hasil pancingan biskita cukup memuaskan dan terima kasih kerana sudi mengirimkan gambar-gambar pancingan biskita untuk dikongsikan bersama.

Imbasan Hasil Ahli 'Presious Boat'
yang lalu pada 29 Jun 2009 dikawasan Perairan
Dropoff Negara Brunei Darussalam.

Ini lah hasil pancingan precious boat yang lalu dengan membawa ikan-ikan dari berbagai spesis seperti; Kurisi Bali dan Kurisi Kaling, Ikan Awat-awat, Ikan Pisang Emas (Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti,hutang emas bulih dibayar, hutang budi dibawa mati) hehe sampat lagi bepantun ni., sambung lagi ikan-ikan yang diperolehi, Ikan Rubi or Encik Rubiah, Kerapu Mentega (aii.. ani pun baru ku dangar nama kerapunya) dan bermacam lagi.

Ahli-ahli precious yang beraksi: jimi (precious), awi, boy dan seorang lagi teman.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
^^^^^^ ^^^^ ^^^^^^ ^^^^^^ ^^^^ ^^^^^^

Imbasan Kembali Hasil-Hasil Pancingan
Ahli Serta Teman-Teman 'Precious Boat'

Artikel di bawah dipetik dari laman web: www.bruneifishing.com

Tajuk artikel : Anak Languran 4 - 1 Abg Bemasa



Angler: Popperazi
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 8000PG
Rod: Figo Big Fish 30-80lbs
Lures: Popper 120g / Jig 100g (jenama Arnab Putih)
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Sufix 60lbs
Fighting Time: est. 2-5min
Lokasi: 'Perairan Jerudong'

Bunyi mcm familiar, owh aritu LIV 4-1 MU (no offence!!)


Tajuk artikel : Rekod Menaikkan 13.5Kg


Angler: Raman
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 8000PG
Rod: Figo Big Fish 8'
Lures: Popper buat sendiri (nemo design brada)
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Lemax 80lbs
Fighting Time: est. 5min
Lokasi: 'Perairan Jerudong'


Tajuk artikel : Lesen n Rekod Bemasa 09 di renew




Angler: Popperazi n Awie
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 9000PG
Rod: Figo Big Fish 30-80lbs
Lures: Pin Bowling Popper 40g
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Lemax 80lbs
Fighting Time: est. 10-15min
Lokasi: 'Perairan Tutong'

Trip dgn bot 'Precious' kali ani menghasilkan seekor GT yang berskala 27kg dan beberapa ekor ikan languran.. Rupanya bukan senang menumpaskan ikan-ikan yang bersaiz semi mega apatah lagi ikan-ikan mega yang mempunyai reputasi daya pecutan tinggi...Harap-harap satu masa nanti...

p/s: Udah di junamnya kebawah atu mambang tangan n sakit ponggong Bossss.....

Penulis: IKAN BEMASA atau GT/Giant Trevally adalah diantara spises ikan yang diakui akan kehebatan pecutan dan keperkasaannya dalam arena memancing. Di Sebabkan dengan kehebatan dan keperkasaannya, ia telah dinobatkan dihati para pemancing sebagai spesis ikan terhebat dan amat terkenal dengan tarikan-tarikan kentalnya. Jika di lihat dari Keluaran Majalah Sirip dan episod VCD/DVD (Ikan Terhandal Malaysia) yang lalu, seperti Jigging Russian Pecah, Buru Geropoh Serantau, Penunggu Pulau Terbiar, Monster Tsunami Bali, GT Mama Sumba, Lembah GT Hutan Melintang, GT Ujong Kulon dapat kita saksikan pertarungan-pertarungan hebat para pemancing professional dengan Sang GT. Berbagai teknik pancingan yang boleh kita praktikalkan untuk memerangkap Sang GT, diantaranya teknik yang paling berkesan adalah Jigging dan Popping. Sang GT atau bemasa, boleh didapati dihampir disetiap lautan. Seperti yang kita tahu, di peraiaran negara jiran kita, Malaysia, Singapura dan Indonesia terdapat banyaknya spesis ikan GT dari yang bersaiz kecil, sederhana hingga pada yang bersaiz bagak (GT Kerbau/GT Mega). Di Perairan Negara Kita, Peraiaran Negara Brunei Darussalam, juga tidak ketinggalan didasar laut dalamnya yang dihuni dengan GT/Bemasa yang bersaiz besar, ianya telah terbukti apabila terdapat banyak para nelayan dan pemancing tempatan yang telah berhasil menaikan ikan-ikan GT/Bemasa dari yang bersaiz kecil hinggalah kepada yang bersaiz besar.

Read more...

Thursday, July 2, 2009

Trip Pancing Perairan Jerudong

Rakan N^S^Z
Trip Memancing di Kawasan Batu Perairan Jerudong
Negara Brunei Darussalam
27hb Jun 2009, Ahad ( malam)

Mr.Evo Black dengan Seekor Ikan Sembilang
atau Tabana yang beratnya kira-kira 1kg lebih
dengan menggunakan umpan irisan ikan basong

Sembilang kedua yang diperolehi pada malam itu
'ada heng ni yo...,sembilang saja lurih ani'

'Ping.. tunggu punya tunggu ikan yang dihajati (ikan ketumbang)
belum kunjung tiba'


'Bob dengan dua ekor ikan sembilang tabana'

hasil pancingan malam itu, dengan 2 ekor ikan sembilang, dua ekor
ikan kerapu, ikan Gelama & anak ikan ketumbang

Selain ikan, kerang batu atau sebahagian pemancing
memanggilnya kerang parabola juga diperolehi dimalam itu,
kerang-kerang ini melekat pada batu-batu dan di sungkit dengan
menggunakan pisau.

'bisai-bisai mun kan mengambak kerang ani,
tajam kulitnya, tapi nyaman rasa isinya, kurang labih macam lokan
rasa isinya, kalau dimasak bekari nyaman nie..'


Gambar di Sumbangkan Oleh: Bob (Ironsilk)
^^^^ ^^ ^^^^ ^^ ^^^^

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

Ikan Ungah Kapal Karam


Trip Memancing 'Precious Boat'
Di Kawasan Perairan Kapal Karam Muara
Negara Brunei Darussalam

Boi dengan seekor ikan ungah
hasil pancingan ayahandanya (Jimi Precious)
yang beratnya kira-kira 2Kg lebih.

'lai...lauk kegemaran uncle tu lai..
klass A punya lauk tu lai..' ani uncle2 N^S^Z
beri tip pada alai cara mengail ungah lai, tipnya
sanang saja, ke ungah garden saja lai.. cari lubuk penyu
si echobiru.., pakai umpan kembura lai.. umban dekat2 ja
lai 8 ke 11 dapa ja lai.., pakai mata kail VMC no.7 atau 8,
tangsi nipis bisai lai yg 30lbs je.
kalau lurih unggah jual kat uncle lai ah..'
:thumbsup:
tapi kalau tejumpa uncle si echobiru minta
ajarkan lagi rahnya lai.. :D

Daun jatuh gugur ke tanah,
dihembus angin ia terebang jua,
Belajar memancing bersama ayah,
Ilmu dituntut pastinya berguna.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious Boat)
^^^^^^^^ ^^^ ^^^^^^^^

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Ketumbang & Kerapu Pantai Tungku

Memancing Di Kawasan Perairan Tungku
20hb Jun 2009

Santai-santai para rakan-rakan NSZ
sambil menanti umpan pancingan tiba

'alum datang kah umpan?? memancing kah lepak-lepak
ni...bisdia ani...'

'tulih kiri-tulih kanan, umpan tak kunjung tiba'

Rakan lama NSZ Mr.Evo Black dengan
Seekor ikan kerapu hasil pancingan beliau

Penulis: 'Tahniah bro.., nanti-nanti lagi join.. hehehe'


'Santai-santai saja, dapat sedikit rezeki kerapu & ikan ketumbang
syukur tah jua...'


Gambar Di Sumbangkan Oleh: Bob (Ironsilk)
<> <<>> <<<>>> <> <<<>>> <<>> <>

Read more...

Trip Pancing Udang Galah Bengkurong

Memancing Udang Galah
Di Kawasan Perairan Sungai Jambatan Baru Kg.Bengkurong
Daerah Brunei Muara, Negara Brunei Darussalam
26/6/2009 (malam)

Salah seorang rakan NSZ dengan hasil pancingan
seekor ketam kalok..

'ngail udang galah, katam tah pulang dapat'

keadaan di waktu malam Jambatan baru Kg.Bengkurong


Penulis: Tiada santapan udang galah diperolehi pada malam itu, cuma 2 ekor ketam kalok sahaja yang sudi menjamah umpan diwaktu itu, keadaan air yang surut dan kelihatan kelip-kelip cahaya mata merah sang buaya yang banyak terdapat di tebing-tebing Sungai Kg. Bengkurong Masin ini. Menurut salah seorang teman yang sering memancing di kawasan itu, dikala air pasang seharusnya para pemancing akan lebih berwaspada, kerana paras air yang tinggi akan mendekatkan lagi para pemancing dengan air sungai. Sekian sedikit cerita ringkas untuk dikongsikan bersama.

Gambar di Sumbangkan Oleh: Rambat Daiwa
<> <<>> <<<>>> <> <<<>>> <<>> <>


BENGKURONG, Ahad, 4 Januari. - Projek pembinaan jambatan baru Jalan Bengkurong Masin telah siap dibina dan dibuka kepada pengguna-pengguna jalan raya bermula semalam, Sabtu 3 Januari 2009.

Menurut siaran akhbar Jabatan Kerja Raya (JKR) projek tersebut merupakan kesinambungan program pembesaran Jalan Bengkurong Masin dari Jambatan Bengkurong hingga ke persimpangan Jalan Lumapas.

PROJEK pembinaan jambatan baru Jalan Bengkurong Masin siap di bina dan dibuka kepada para penguna bermula 3 Januari 2009. (Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)

Projek pembinaan jambatan baru Bengkurong Masin menyeberang Sungai Damuan bermula awal tahun 2006 itu menyediakan dua lorong tambahan menghala ke persimpangan Jalan Lumapas termasuk laluan pejalan kaki.

Manakala dua lorong jambatan yang sedia ada dikhususkan untuk lalu lintas menghala ke persimpangan Jalan Tutong.

Projek itu dihasratkan akan dapat menampung pertambahan bilangan lalu lintas di kawasan berkenaan selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu sibuk (peak hours).

Pada masa yang sama, projek pembesaran Jalan Bengkurong Masin dari jambatan tersebut hingga ke persimpangan Jalan Lumapas pada masa ini masih giat dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2009.

Sehubungan dengan ini, JKR menyarankan kepada pengguna-pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dan yang sering melalui Jalan Bengkurong Masin supaya dapat mematuhi peraturan tanda-tanda lalu lintas yang telah disediakan serta mengambil langkah berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan tersebut kerana kerja-kerja melebarkan Jalan Bengkurong Masin sedang dilaksanakan.



Artikel dipetik dari laman web www.pelitabrunei.gov.bn

Read more...

Monday, June 29, 2009

Kreativiti Pembuatan Popper

Popper Buatan Tempatan.
'Popper Handmade'

'Popper'

Penulis: Popper ini di hasilkan oleh salah seorang anak tempatan Brunei, iaitu Awg. AWIE pemilik bagi boat 'PRECIOUS'. Idea untuk membuat popper tersebut tercetus apabila beliau melihat salah seorang adiknya yang secara kebetulan telah menghasilkan satu popper ukiran tangan yang bahannya diperolehi dari kayu-kayu yang terbuang. Disebabkan harga bagi setiap popper yang mahal, beliau mengambil anisiatif sendiri dengan mencari bahan-bahan untuk menghasilkan popper buatan sendiri. Memang berbalui bukan?? Gambar diatas adalah diantara popper-popper yang telah dihasilkan oleh awg.awie, terdapat banyak lagi jenis-jenis popper dari segi bentuk, warna dan saiz popper telah dihasilkan mengikut cita rasa sendiri. Dilain hari dan waktu insyaallah popper-popper yang lain dan bahan-bahan serta cara-cara pembutan popper akan dikeluaran di blog ini bagi tatapan dan pengetahuan bersama. Sekian, wassalam.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious Boat)
<> <> <<<>>> <<<<<>>>>> <<<>> <> <>

Disini penulis ingin mengkongsikan sedikit sebanyak mengenai pembuatan popper seperti artikal yang dipertik dari laman web www.fishyforum.com.

Cara membuat artificial lure (Popper, Minnow, dsb)

Pertama-2 saya ingin menyampaikan :
1.Thread ini dibuat sbg btk keinginan sy berbagi pengetahuan & pengalaman utk para angler berkreasi dlm membuat sendiri artificial lures yg murah meriah.
2.Thread ini dibuat berdasarkan pengamatan, pengetahuan, & pengalaman saya pribadi.
3.Kualitas & hasil lures sangat bergantung dr tehnik pembuatan & penggunaannya.
4.Krn faktor keterbatasan, maka sy baru bisa menyajikan dlm btk gbr-2 ilustrasi.
5.Krn thread ini msh jauh dari kesempurnaan, mohon para senior dpt memberikan saran & kritik demi kebaikan thread ini.
Dasar pemahaman pembuatan artificial lure :
1.Umumnya ikan yg tertarik memakan artificial lure adalah jenis-2 ikan predator.
2.Umumnya ikan predator tertarik utk memangsa krn faktor-2 sbb:
a.Bau, (dlm pembuatan artificial lure, faktor ini dpt di kesampingkan)
b.Cahaya/Warna, (faktor pembangkit pertama nafsu berburu ikan predator)
c.Gerakan, (faktor pembangkit kedua nafsu berburu ikan predator)
d.Bentuk, (faktor pembangkit ketiga nafsu berburu ikan predator)
e.Kondisi lingkungan (Cuaca, waktu, kondisi air, jml mangsa alami, dsb)

1.Membuat Popper
Bahan : a.Kayu yg ringan (Dpt menggunakan kayu bekas packing barang2 kiriman)
b.Kawat stainless heavy duty (Dpt menggunakan kawat nikelin pancing)
c.Timah pemberat lempengan (Dpt menggunakan plat besi bekas yg tipis)
d.Lem epoxy (Terdiri dr 2 bagian yaitu "resin" & "hardener")
e.Paku tekan (sering disebut = "pines") warna silver metalik.
f.Cat kayu (Cat dasar = warna putih bersih, cat pola warna lure = terserah pembuat)
Alat : a.Pisau ukir/pisau cutter biasa
b.Amplas
c.Gergaji besi
d.Tang
e.Selotip kertas
f.Kuas cat
Cara : a.Bentuklah kayu dgn pisau (Utk jenis popper, lebih baik pakai mesin bubut kayu) menjadi bentuk & ukuran lure yg diinginkan. Haluskan dgn amplas.
b.Belahlah lure dgn gergaji besi dr arah perut sampai tengah (gbr.1)
c.Bentuklah kawat/nikelin menjadi bentukan spt gbr.2
d.Sisipkan kawat/nikelin dicelah belahan popper, kemudian menyusul sisipkan timah/plat (gbr.3)
e.Uji popper di air. Bila lure mengapung membujur (tersisa 1/3 bag.punggung popper), mk berat timah/plat tlh tepat. Keringkan lure. Lepas timah/plat & kawat/nikelin dr tubuh lure
f.Buat campuran lem epoxy dgn perbandingan resin:hardener = 1:1 secukupnya. Aduklah merata
g.Sisipkan lem epoxy ke celah lure, kemudian kawat/nikelin, kemudian lem epoxy lagi, menyusul timah/plat di posisi semula.
i.Setelah lem epoxy agak mengering (sktr 2-3 jam), bersihkan bag kawat/nikelin utk shock leader & mata pancing dr lem epoxy menggunakan pisau/cutter. Haluskan lure lagi & Biarkan lem epoxy mengering (sktr 12 jam).
j.Catlah lure dgn warna dasar (putih), & lanjutkan dgn cat pola warna sesuai keinginan anda. Setelah cat kering, pasang paku tekan di sisi kepala lure sbg bola mata lure. Beri warna hitam di tengah paku tekan tsb.
k.Buat campuran lem epoxy dgn perbandingan resin:hardener = 1:1,25 secukupnya. Aduklah merata. Lumuri seluruh badan lure dgn campuran lem tsb. Sblm melumurinya dgn lem epoxy, bungkus bag kawat/nikelin utk shock leader & mata pancing dgn menggunakan selotip kertas. Biarkan lem mengering.
l.Lure siap digunakan.

2.Membuat Minnow
Bahan : a.Kayu yg ringan (Dpt menggunakan kayu bekas packing barang2 kiriman)
b.Kawat stainless heavy duty (Dpt menggunakan kawat nikelin pancing)
c.Timah pemberat lempengan (Dpt menggunakan plat besi bekas yg tipis)
d.Lem epoxy (Terdiri dr 2 bagian yaitu "resin" & "hardener")
e.Paku tekan (sering disebut = "pines") warna silver metalik.
f.Cat kayu (Cat dasar = warna putih bersih, cat pola warna lure = terserah pembuat)
g.Seng/Plat kaleng bekas
Alat : a.Pisau ukir atau pisau cutter biasa
b.Amplas
c.Gergaji besi
d.Tang
e.Selotip kertas
f.Kuas cat
g.Gunting seng
Cara : Hampir sama dgn cara pembuatan popper tetapi sebelum point "k", buatlah celah dgn gergaji besi dari bag.leher bawah minnow sampai tengah (Awas, kawat/nikelin jgn sampai terpotong...!!!!!!) dgn kemiringan maks. 45 derajat utk menyisipkan seng/plat kaleng bekas. Fungsi seng/plat kaleng ini=utk membuat minnow menyelam ketika ditarik. Semakin panjang seng/plat mk semakin dalam juga minnow menyelam.

3.Membuat kodok2-an/lure utk ikan air tawar (gabus, tomang, adungan, dsb) --------> menyusul krn mau di ujicoba dulu !!!

4.Tips tambahan:
- Wrn lure yg memantulkan cahaya lbh byk menarik perhatian ikan predator. Cara yg paling murah&mudah=Gunakanlah bekas bungkus makanan ringan anak-2.
Cara pertama: Sebelum melumuri lure dgn lem epoxy (point "k"), potong pembungkus makanan tsb sesuai dgn badan lure bag tengah sampai punggung, kemudian tempelkan ke lure dgn lem superglue (bag. silver di luar).
Cara kedua: Sebelum melumuri lure dgn lem epoxy (point "k"), bentuk pembungkus makanan tsb menjadi bulatan2 kecil (pakai "pembolong kertas/Paper hole punch", alat perkantoran yg digunakan utk membuat lobang disisi kertas2 arsip agar dpt disusun rapi di map). Tempelkan dgn lem superglue bulat2-an (bag silver di luar)tsb dgn susunan spt genteng rumah. Hasil akhirnya akan seperti sisik2 ikan sebenarnya.
- Untuk menambah keaslian gerakan lure (kibasan ekor lure), ada beberapa cara yg dpt diaplikasikan selain tehnik memancing.
Cara pertama: bengkokkan sedikit ke sisi kanan/kiri pd lobang kawat utk shock leader. Coba & koreksi derajat bengkokan kawat.
Cara kedua: pasangkan ekor tambahan (dari bekas syal parcel yg diikat dgn kawat) di pangkal matapancing bag. ekor lure.

www.fishyforum.com

Read more...

Imbasan Kembali Pari Bagak


Ikan Pari hasil pancingan 'Precious Boat'
yang lalu diperairan Jerudong Negara Brunei Darussalam

Ikan Pari apa kah ini...? & berapa kah anggaran
berat bagi pendapat awda mengikut pandangan dari dalam gambar?

'seperti dalam keluaran yang lalu
anggaran awal berat ikan pari ini adalah melebihi 40kg'

Seperti yang pernah di dengar terdapat bermacam
spesis ikan pari di perairan Negara Brunei Darussalam.
Diantara ikan pari yang selalu di dengar seperti
Pari Susun, Pari Lalat, Pari Bintik, Pari Daun dan Pari Helang

Penulis: Menurut cerita salah seorang ahli 'presious boat', ikan pari yang diperolehi ini memakan masa lebih kurang 30 minit sebelum ianya berjaya dinaikan oleh dua orang ahli 'presious boat' kedalam perahu dengan bantuan alat kait, mujur tangsi yang digunakan tidak putus, namun untuk menariknya keluar dari dasar laut sedikit sebanyak menguji ketahan mental & fisikal. Berat sebenar dan nama bagi spises ikan pari ini kurang diketahuai, penulis ingin meminta pada para pengunjung untuk sedikit sebanyak menaburkan ilmu pengetahuan akan nama panggilan daerah bagi ikan pari tersebut. Sekian, Wassalam.

Gambar di sumbangkan oleh: PaDamit (Precious Boat)
<> <> <> <<<>>> <> <> <<<>>> <> <> <>

Read more...

Ikan Anduping Kapal Karam

Trip Memancing 'N^S^Z Boat 1'
Di Kawasan Perairan Muara 'Kapal Karam'
26hb Jun 2009 (pagi)

Haji Osman a.k.a Cuba..!! tah..Ko.Pikirkan...!!
dengan hasil pancingan beliau seekor ikan anduping

Cuba..!!tah..ko Pikirkan.. trademark hj osman
disetiap kali melepaskan tutur kata pastinya akan
terselit perkataan Cuba..!!tah ko..Pikirkan..

Penulis: 'alamakk..!! bro hj osman., kami tia ganya kan
disuruhnya memikirkan ani... cuba tah kitani memikirkan
sama-sama bah..ehy.., ani mana kan tahan orang saja kan
memikirkan.., cuba tah ko pikirkan???

'baik... you..dapat ikan anduping.,
me inda pernah dapat ikan...wah tuue..

Penulis: Bila memandang gambar Hj Osman., teringat penulis
dengan sahabat sehari saja Si Jan (lawa nama you atu..):love:
'sudah tah gayanya bisdia bedua ani berchatting,
sariatu bebagi-bagi msn.. hehehe..'

'Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata.
'

Btw..tahniah Hj Osman dengan hasil pancingan yang diperolehi :thumbsup:

Gambar disumbangkan Oleh: Krikan Shimano
<<>> <<<<>>>> <<>> <<<<>>>> <<>>

Read more...

Sunday, June 28, 2009

Kreativiti Perika Grapik


Hasil Pengubahsuaian Perika Grapik N^S^Z
Apa Bila Melalui Masa & Waktu Yang Paling Membosankan..!!

Gambar No.1
PaDamit dengan seekor Ikan Pari hasil rawai bersama Fian
pada 14hb jun 2009 di kawasan perairan Muara

'ini pari kalau besar lagi cantik oOooo...'

Gambar No.2
Pengubahsuaian pertama dalam membuat
perubahan pembesar pada ikan pari keatas gambar asal

'ini tak tulin lagi bang....!!!'

Gambar No.3
Seekor ikan unggah hasil pancingan Echobiru a.k.a Dawn Angler
pada 19hb jun 2009 di Peranginan Pantai Serasa 'Unggah Garden'

'berat angaran 700-800gram je.., dan untuk menunaikan
hajat penulis ingin melihat echobiru untuk mendapat
ikan unggah yang lebih besar, segalanya telah pun tercapai.. '


Gambar No.4
'waaaaahhh...echobiru

basar unggah nya atu ehyyy..!! phewitttt..!!
segala doa telah pun tercapai.., seekor ikan
unggah berat kira-kira 2 ke 3 kilo..telah diperolehi hehehehe...'

'testing2 ja dulu bro.., untuk ucapan tahniah dikemudian hari bah
insyaallah kalau ada rezeki belurih banar-banar tu karang ikan unggah
yang bersaiz bagak.. Amin.. :)'


Gambar No. 5
Ini ada lah ikan Uji Rashid yang diperolehi semasa
trip memancing G.Win, Sinbad31 dan tiga orang rakan lainnya
di kawasan Perairan 'Drop Off' pada 13hb-14 jun 2009

'OhhhHHhh.... kau punya muka banyak marong ahh...!!!'
Uji..Rashid kononnn!!!!... nahhhh KaooOOooo!! (liat gambar No.6)

Gambar No.6
'ini lah ikan Uji-Bakat.., ikan uji bakat adalah diantara
spesis ikan ganjil, ikan yang jarang-jarang kali diperolehi..,
sama seperti ikan belalang'


Penulis: Gambar asal telah pun diubah oleh perika grapik N^S^Z dikala kebosanan melanda diri, begitulah hakikatnya di dalam dunia yang serba canggih dengan pengunaan perisian dan mesin komputer yang ada, tiada sesuatu yang mustahil. Ingin mengkekalkan sesuatu yang asli/tulin? atau sebaliknya, terpulang kepada anda untuk membuat pernilaian dan pilihan terhadap sesuatu kreativi yang mempunyai sifat-sifat kebaikan dan keburukan. Sekian, wassalam.

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP