Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, November 23, 2009

Putus Nyambung, Putus Nyambung Ikan Ungah Di UG 'Ungah Garden'

Putus Nyambung, Putus Nyambung Putus Nyambung,
Sekarang Putus, Besok Ungah Kau Jangan Menyesal....!!!!

Ungah Garden Peranginan Pantai Serasa
Negara Brunei Darussalam
23hb November 2009

Suasana memancing di UG semestinya kian-kian berubah, kelihatan wajah-wajah pemancing lama dan pemancing baru tak putus-putus mengisi tempat kekosongan yang ada di UG untuk mengambil kesempatan memburu spesis ikan ungah yang diketegorikan sebagai ikan klass A. Ikan idaman bagi setiap pemancing yang memancing di UG. Hari ini, sebanyak 11 ekor ikan ungah berjaya dipancing. Kedengaran juga dua beradik yang asik melontar gewang di hujung batu UG berolehi sambaran ikan ungah. Ungah yang sebarat 1kilo lebih berjaya diperalat dengan menggunakan teknik mengilat 'casting'.  Seperti biasa.., Tn Hj Matali beroleh 4 ekor ungah, Robin 1 ekor ikan ungah, Awg.Raman 1 ekor ikan ungah, Paci Hassan 1 ekor ikan ungah , akil 1 ekor ikan ungah dan beberapa orang pemancing lain beroleh selebihnya ikan ungah pada sebelah petang hari. 


 Dalam gambar, masih kelihatan beberapa pemancing ikan ungah masih setia melabuh umpan dengan penuh kesabaran dan gurau senda bersama rakan rakan pemancing yang lain.

 
 Air semakin pasang, kelihatan beberapa orang yang telah berhasil menaikan ikan ungah mula berjalan menandakan hendak pulang. Waktu silih berganti, pemancing pulang dan ada juga pemancing yang bertukar tempat untuk mengisi kekosong dari pemancing yang telah pulang.

 
Ini lah salah seorang pemancing yang sudah lama tidak kelihatan,
rakan lama pemancing ungah garden kembali beraksi.
'mendangar khabar banyak orang lurih ungah, iatah ni
mencuba nasib ada jua rezeki kan dibawa balik'


 Anak Paci Hassan, dengan seekor
ikan ungah yang beratnya sekilo lebih.
'bapa baru lurih patang ani..'


"Musim Memancing Ikan Ungah Sudah Tiba,
Kembura turut dinaikan harga,
Tiga ringgit menjadi Lima,
Pemancing ungah terus bergeling kepala"

"Putus nyambung, putus nyambung tangsi putus tergesil batu,
Putus nyambung, putus nyambung lagi mata kail terlekat di batu,
Putus nyambung, putus nyambung orang memancing ungah di batu,
Putus nyambung, putus nyambung orang beroleh ungah batu."

Lagu/Lirik Versi Baru J.Din

Mengapaa.....kauu...termenung...!!!
Mengapaa...kau..bersedihh....!!!
Hiburkan lahhh...hatii...muuuu!!!
Memancing ungah selaluuuuu....!!!!

Read more...

Sumur Rezeki Menjelang Tiba


Perahu Fiber 19kaki
Buatan Ken & Tan
Negara Brunei Darussalam


Sebuah perahu fiber buatan ken & Tan dilengkapi
dengan engin yamaha 85 kuasa kuda, yamaha throttle, steering dan Trailer telah pun dibeli
dan dimiliki bagi keluarga Rambat Daiwa.

 
Dengan harga $4k lebih, perahu yang dibeli dari jiran tetangga ini
masih dalam keadaan yang baik.
 

  
'Engine pun masih bagus, jarang bepakai gayanya
perahu ani..'



'Perahu ini bukan perahu orang lain jua, perahu kawan jua,
rakan jiran tetangga...'




Insyaallah, dengan terdapatnya sebuah perahu panjang 19kaki ini, mudahan sumur rezeki bagi kesemua ahli keluarga Rambat Daiwa dan dipelihara hendaknya sepanjang melakukan aktiviti memancing, memukat dan membintur dengan menggunakan perahu yang baru saja dimiliki. Amin.


WAKTU REHAT DIHUJUNG MINGGU
DENGAN MELAKUKAN AKTIVITI MEMANCING BERSAMA KELUARGA.

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP