Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, July 26, 2010

Takat Menangah, Takat Putih Perairan Tutong


Memancing Di Kawasan Perairan
Takat Menangah & Takat Putih
Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.

Pada 18.07.2010, trip memancing kami bermula dari kawasan perairan Kuala Tutong dan seterusnya menuju di kawasan perairan Takat  Menangah perairan Kg. Penanjong Tutong yang mengambil jarak perjalanan lebih kurang 12 km. Takat Menangah adalah takat atau terumbu karang asli yang kedua terbesar selepas Takat Putih yang terdapat dikawasan perairan Pananjong Tutong. Takat Menangah yang ber kedalaman diantara 11 meter hingga ke 13 meter dalam mempunyai terumbu karangnya yang rendah. Ikan-ikan yang kami perolehi dikawasan takat menangah ini diantaranya ikan anduping, ikan kerapu dan beberapa spesis ikan-ikan takat yang kurang diketahui namanya. Selepas dari takat Menangah lebih kurang 3 ke 4km kami sampai di kawasan Takat Putih yang mempunyai kedalaman air diantara 10meter hingga ke 15 meter dalam. Takat putih yang mempunyai batu-batu yang berwarna putih ini dapat di lihat dikala air jernih. Selang beberapa minit dari takat putih kami kian berpindah mencari takat-takat asli yang dikesan melalui GPSMap Sonar Fish Finder ke beberapa buat tempat seperti Takat Balau, Takat Binsiang, Takat Binturan, kawasan kapal karam Binturan (dalam Fish finder nadanampak kapalnya.., hancur tia kali udah kapal atu) Takat Lugu, Kawasan Kapal Karam Lugu hingga lah ke kawasan perairan berhadapan Istana Nurul Izzah. 'luan-luan di jerudong bah udah...' .

Rosli dengan seekor ikan anduping yang dipancing
dengan berumpankan keratan sotong 
di kawasan Takat Menangah

Ayam laut atau Ayam-Ayam diperolehi
dikawasan utara Takat Putih.

Seekor lagi ikan anduping yang di pancing
dikawasan Takat Putih


Nini dengan ikan takat yang dipancing
dikawasan perairan Lugu.

Ikan anduping yang dipancing oleh
Nordin dengan berumpankan keratan sotong.

'Kurang lebih 10 tahun beliau tidak turun memancing dilaut,
dan kini aktif semula'


Kembali di Penurunan Perahu
Kuala Tutong.

'Kedalaman air 1.5 meter, sanang beengine'





Kebanyakan hasil pancingan adalah ikan kerisi-kerisi
yang dipancing berhanyut dikawasan pasir berdekatan takat Putih 
dan takat Balau. 

'Inda banyak lurih kami, air atu sajuk masih..'

 selain dari spesis ikan kerisi-kerisi, beberapa ekor ikan
anduping, kerapu, ikan pisang-pisang, dan seekor ayam laut
diperolehi sebagai rezeki untuk dibawa pulang. Sekian Wassalam.



Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP