Brunei Time
Wednesday, January 20, 2010
Bay Hunter II & King Fisher Adventures
AMIRA Made In Brunei
Imbasan kembali kedua perahu 'fiberglass' AMIRA iaitu Bay Hunter II dan King Fisher Adventures yang pernah menjadi sasaran utama dalam pencarian sebuah perahu 'fiber' pada tahun 2009. Kedua dua buah perahu fiberglass ini pernah dipromosikan didalam laman web yang berlainan. Harga yang ditawarkan bagi setiap perahu buatan AMIRA ini berpatutan diketika itu mengikut kesesuaian dan aksesori serta peralatan tambahan aksesori lainnya yang terdapat pada kedua-dua perahu 'fiber' ini. Setiap perahu mempunyai keistimewaannya dan konsepnya tersendiri. Setiap orang mempunyai pandangan dan citarasa yang berlainan, penulis melihat kedua-dua perahu ini adalah diantara perahu-perahu yang terbaik yang telah dihasilkan oleh Perusahaan Seri Melati.
Dengan adanya blog ini, penulis mengambil kesempatan untuk menyimpan kedua gambar ini sebagai catatan 'dairi' yang lalu untuk mengenangnya kembali selagi blog ini masih ada. Bay Hunter II bukan milik ku, harga yang ditawarkan diketika itu diluar kemampuan penulis. Penulis terpaksa akur, kerana Bay Hunter bukan rezeki ku. April 2009, penulis terbaca satu tawaran di dalam satu laman web. Sebuah perahu fiber buatan AMIRA, engine 115hp akan di jual dalam harga yang berpatutan diketika itu. Namun harga yang ditawarkan diketika itu juga tetap tidak dapat dipenuhi. 'Beli baru lagi mahal, bersabar saja lah' sehingga sampai waktu yang sesuai, dan ada kepentingannya serta keperluannya nanti pastinya akan ku miliki jua.'
BAY HUNTER II
Fiberglass Boat Size: 21
Model: 210cc
Boat Trailer: Local Trailer
Outboard Engine: Yamaha 100hp 4 Stroke & Trim
Trottle Control & Cable: Yamaha
Complete with: Steering System, Dry Cell Battery, Stainless Steel Canopy,
Stainless Steel Rod Holder & Wind Screen.
KING FISHER ADVENTURES
Fiberglass Boat Size: 21
Model: -
Boat Trailer: Local Trailer
Outboard Engine: Yamaha 115hp V4 2Stroke & Trim
Propeller: Solas
Trottle Control & Cable: Yamaha
Complete with: Steering System, Dry Cell Battery, Fiberglass Canopy,
Stainless Steel Rod Holder & Wind Screen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"
0 comments:
Post a Comment