Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, February 6, 2009

Ikan Takat Serasa

'Ikan Takat' Pantai Serasa
Rabu, 04hb Febuari 2009.





Penulis: Selain ikan unggah, kerapu, barah-barahan, ketambak, sembilang dan pari yang sering diperolehi sewaktu memancing dipantai serasa, ikan seperti bekalang, selungsong, anak kertang, lingkuh juga pernah diperolehi disana., malah kawasan aluh dihujung batu 'unggah garden' yang kedalaman nya kira2 12 meter dalam juga pernah kedengaran pemancing memperolehi ikan ketumbang yang beratnya sekilo lebih.., dan pada hari rabu sebelah petang, salah seorang teman penulis telah memperolehi ikan yang tidak diketahui nama tempatan nya.

Dengan berumpankan keratan ikan basung-basung dan permata saiz kecil, teman tadi terkejut bila kerikan berputar dengan kuat. Ingat ikan Unggah, namun dalam perlahan-lahan menarik tangsi 25lbs, teman tadi terkejut apabila ikan yang disangka unggah rupanya 'ikan takat' yang beratnya 1 kilo.

Selain ikan takat, pada hari itu (sebelah malam) 2 ekor ikan gumbir, seekor kerapu dan seekor sembilang telah diperolehi oleh teman sepemancing lainnya.

Sekian, Wassalam.

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP