Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, January 16, 2010

Amira Made In Brunei (1)

  

PERUSAHAAN SERI MELATI 'AMIRA'
Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam

AMIRA adalah nama bagi perahu fiber 'fiber boat' 'perahu nelayan yang dihasilkan oleh  PERUSAHAAN SERI MELATI. Perusahaan Seri Melati ini telah pun di tubuhkan sejak tahun 1977 dan diusahakan oleh anak tempatan Brunei. Perahu buatan Tutong atau Amira sememangnya dikenali sedari dulu dengan panggilan perahu buatan Tutong. Ini kerana tempat pembuatan perahu Amira ini terletak di Kg.Kuala Tutong, Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.

Seri Melati telah pun menghasilkan beberapa buah boat fiber dari bermacam size dan bentuk mengikut permintaan pelangan. Boat fiber yang telah dihasilkan dari 11 kaki panjang hingga lah kepada  21 kaki panjang. Boat-boat ini telah pun mengalami bermacam perubahan dari segi size, reka bentuk untuk menghasilkan sebuah boat  nelayan yang baik, selamat dan reka bentuk terkini.



 

 

 

 

 



Berita dipetik dari simpanan Borneo Bulletin 05 Mac 2009

Fibreglass boat AMIRA 210 launched
By HM Yusof 


 


The AMIRA 210, a new locally made 21-foot fibreglass boat, was launched yesterday in Kg Kuala Tutong by the guest of honour, Pehin Orang Kaya Seri Wangsa Dato Paduka Seri Laila Jasa Awang Haji Ahmad Wally Skinner. The AMIRA 210 is the latest to roll out from Perusahaan Seri Melati, the first local manufacturer of fibreglass boats in Brunei.

Courtesy of Borneo Bulletin


Read more...

Friday, January 15, 2010

NSZ Di Hujung Sapoh

Trip Memancing Yang Lalu 2009
Di Hujung Sana Tempat Mu..'Ujung Sapoh'
Negara Brunei Darussalam.
24-25Dec 2009

Trip memancing NSZ di kawasan Perairan Ujung Sapoh kali ini bersama rakan-rakan NSZ yang baru. Kira-kira jam 5 petang kami bertolak dari perumahan kawasan jalan muara menuju ke penurunan perahu Kg. Pengkalan Si Babau. Keadaan cuaca diketika itu amat lah baik, dengan air bergerak pasang. Dengan menaiki boat fiber NSZ 'boat 1', perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai dipersisiran pantai kawasan hujung Pulau Muara Besar (Ujung Sapoh).

 
 Rakan NSZ yang baru tiba di penuruan
perahu Kg.Pengkalan SiBabau.
 

 


Cpt.Krikan Shimano mengimbangi perahu nya.
 

 

 
'adihh...tinggi perahu ani.., payah ku naik ehyy'
 


Cpt.Krikan Shimano, Imbran, Ironsilk, Mamat,
Lijan (yang bermasaalah naik perahu) hehehe, & Bob.
 

 
Setiba di Ujung sapuh, setelah bersama-sama membawa barang dan peralatan memancing, kami pun terus memasang pukat andang 'Pukat karan'  sori ah... bukan pulang kan memukat udang ni., kan memukat kembura sebenarnya.., tapi pukat kembura dipinjam orang., mau inda mau pakai pukat andang saja lah.

 

 

 
 Lijan
'tuka-tuka rupanya.., sajuk tah gayanya air ani'
 
Dapor yang dibuat sementara oleh lijan,
serba sedikit memudahkan untuk kami memasak
 

 
 'Nyaman behidang 'makan' di atas batu ani rupanya'
 

 

 

 
'kan memasak mee goreng tah ia tu..'
 

 
'Kesili lagi??? kalau inda silap 4 ke 5 ekor udah kesili
ani ku lurih, kompom sajuk gayanya air ani.., mun mengikut biasanya
mun udah kesili tia ganya... inda tah ada ungah ni..'

Seawal Pagi 25hb Disember 2009

 
Lijan, Mamat dan Jaki
'cek pukat mana tahu berisi.., apa saja lauknya yang
penting enjoy memasang pukat'
 
 Jaki
'basar kemburanya..'
 

 
 Jaki & Lijan
'memisi-misi anak2 ikan bilis'
 

 

 
 'bulih tahan bisdia bedua ani, dari malam hingga
ke subuh memeriksa pukat' tahniah bro ehy.. kerana sudi
memeriksa pukat.. haha aku mengambar saja lah.. hehe
 

 

 

 
'adakah patut..?? orang kurus kana suruh 
menyurung perahu..hahaha.....'




 

 

 
 'oii....!! jangan tah jauh2 ehyy.... sangal ku memigang tali ah..'
 
 'apa ko tarik atu yoo?? inda kan naik tu perahu kerikan
shimano atu ko tarik keatas batu.. hehe'
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 'haha.. ani lagi kejam.., ada kah patut Capt. kamu
suruh menyurung perahu seorang diri..'
Lijan, Imbran, Jaki, Ironsilk, Bob & Mamat sudah selesa duduk diatas perahu., namun
kami lupa... kan si Capt. Krikan Shimano masih lagi di dalam air menyurung perahu.. hehe
'sampai hati kamu ah..aku kamu lupakan didalam air'

 

 
Bob
'Ikan Andapong yang tersangkut pada pukat dimalam hari'

 

SEKIAN
SALAM MESRA DARI KAMI NSZ

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP