Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Thursday, July 24, 2008

Kapal SEA TIGER

NGAUMAN SEA TIGER
Di Perairan Brunei Darussalam.

Semua gambar2 ini telah dikirimkan kepada kami oleh seorang teman yang telah menaiki SEA TIGER semasa menjalankan aktiviti-aktiviti memancing (Trip Mengail) di kawasan perairan Brunei Daerah Belait pada 9hb July 2008. Kapal yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat rehat (Makan dan Minum), tempat tidor , tandas, dapor kecil serta kapal ini mempunyai sistem penghawa dingin, kemudahan lainya adalah seperti TV dan DVD Player ( sambil relex2 bulih jua meliat DVD memancing), selain itu jaket keselamatan juga disediakan bagi para perserta untuk keselamatan semasa menjalani aktiviti memancing. Kapal ini juga bolih menampong muatan seramai 8 hingga ke 10 orang pemacing, ciri-ciri keselamatan dan pemandu kapal yang mempunyai pengalaman dilaut dalam membuatkan perserta merasa terjamin dari segi keselamatan diri ketika melakukan aktiviti memancing. Sekian.


Kapal SEA TIGER

Bahagian Belakang Sea Tiger

Pemandang Hadapan
Sea Tiger

Boat getah (Tambahan) bagi menghadapai
sebarang kecemasan.



Tempat Pemandu
Sea Tiger (Di bahagian Atas)


Dalam Cabin
Sea Tiger

Pemandu Sea Tiger
(Dibahagian atas kapal Sea Tiger)

Penulis : Terima kasih kepada G.Win yang berkesudian mengirimkan gambar-gambar kapal SEA TIGER bagi pengetahuan bersama para pemacing di Negara Brunei Darussalam dan pemacing luar negara yang ingin menjalankan trip memancing yang lebih mencabar di perairan dalam Negara Brunei Darussalam. Btw..gambar ikan2 semasa belurih jangan lupa kirimkan rah kami bro.... :) tq..


Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP