Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, February 2, 2008

Memancing Di Kg.Pudak

Memancing di Kg.Pudak Mukim Kota Batu
31.01.2008 (Khamis)

Trip memancing kami pada kali ini adalah dikawasan perairan Kg.Pudak, terdapat beberapa jeti yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli untuk kemudahan perhubungan, pengangkutan dan sebagainya bagi penduduk-penduduk kampong Pudak. Untuk sampai ke kampong Pudak, kami dengan melalui jeti kampong Serdang di bawa dengan menggunakan perahu salah seorang teman kami yang tinggal di Kg.Pudak. Dengan mengunakan perahu fiber 12 kaki dan engine 15 kuasa kuda perjalanan kami keseberang memakan masa 3-5 minit.

Jambatan/Jeti Kg.Serdang
Jeti yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan berlantaikan simen, terdapat bangku, lampu eletrik dan selamat untuk digunakan oleh penduduk kampong dan para pengunjung.



"ah..menyimpan joran arah pagar jeti bulih..", asal jangan di pugut saja segala kemudahan-kemudahan yang telah di sediakan oleh kerajaan atu... (,')

Sambil-sambil menunggu perahu seberang mengambil, main-main dengan anjun pun sudah cukup untuk memperolehi ikan kirang-kirang yang banyak terdapat di kawasan perairan Jeti Serdang ini.


Ikan "Kirang-kirang"



Di Jeti Kg Pudak
"Jeti/jambatan Panjang"

Ikan Ketambak



Di Jeti Kg.Pudak
Jeti "berdekatan Masjid Kg.Pudak"

Seorang teman sedang merambat udang




Tidor Kah Wang!!!!
Tidor apa tah pulang orang sedang menghayati laungan "Azan Subuh"

Ikan Kerapu

Ikan ketambak


Hasil-hasil tangkapan:

  1. 15 ekor ikan "kirang-kirang"
  2. 2 ekor Ikan Kerapu (damit-damit ganya)
  3. 5 ekor anak ikan ketambak
  4. 2 ekor ikan sembilang
"kesemua hasil tangkapan pada malam itu
dilepaskan dan ada yang dijadikan umpan semasa memancing"


Read more...

Tuesday, January 29, 2008

Selungsung Mega Kota Batu


Mengungkap Rahsia Ikan-Ikan
Bersaiz Bagak Di Kawasan Perairan Kota Batu
Daerah Brunei Muara.


Ikan Selungsung
G.Win

Selungsung ani uleh ngail d kota batu,sehari sbelm ku blurih lauk ani tliat kmi udah ada riak kembura betampiaran kna sambar,mlm a2 kmi cuba2 mengumpankan kembura mati arah tmpt ia menyambar tdi tpi selungsungnya demanding buat2 nda layan atau kanyang pakah udah, esuknya nda kmi puas ati mengagut kmi lgi ksana around 12 lalu kali lau nda silap ngam jua time a2 nda lgi ada urg ngail sma mrambat(maklum la esuknya time urg bekaja) ukannya apa masani ada tmpt2 nya slungsung nya skulah udah lau bising a2 nda tia mau dkail, a2 pun dlm sejam labih dah kmi nungu alum tah jua ada riaknya,kn dkat pkl 2 pagi bru tah ada bunyinya menyambar kembura,kmi apalagi berabut2 tah mengumbankan ah nya nyambar tdi,msa a2 joran bepigang dtangan sja kira stanby la,nda batah a2 ada kerasahan joran ku ani kna anggut lauk ku biarkn dlu ia mnalan skajap pastu ku anggut tia blik bru tah ia mranjat pkai taboo, ku biarkn tia dlu ia mranjat stiap kali ia mlompat ku kancangi tangsi nya supaya nda lapas smpi lompatan ke 3 bru tia nmpk lamah,dgn bantuan kwn2 ku dpt jua dinaik kn mgunakn kait..yesss dpt jua ahernya! (tpi sory bro nda tau barat nya nada tedpt timbangan).


joran: banax sx strong
spool: banax mighty 5000
tangsi: sufix synergy 30 lbs
perambut: duel fluorocarbon 40 lbs

Penulis: Mewakili teman2 N^S^Z kami mengucapkan ribuan terima kasih lagi kepada teman "G.Win" yang berkesudian mengirimkan gambar kenangan dan hasil tangkapan beliau yang kami anggap sebahagian daripada hasil2 tangkapan yang terbesar menghiasi laman blog ini untuk tatapan bersama. Sedikit sebanyak memberikan kesempatan kepada generasi-generasi yang baru berjinak jinak dalam aktiviti2 memancing untuk melihat hasil2 tangkapan yang bersaiz Besar.

"Congratulation Bro and Nice catch"

``~`:,.`*':',`;* `,~;`~`:,`*':',`;`,~;~`:,.`*':',`;*`,~ ; `*,`^';` ~,. *'`": ,`~`:,.`*`,~;`*,` ^ ';`~,.*'`":,` ~`:,.` *':',`;* ~;`*,`^';`~,.*'`":,` ~`:,.`*`,~;,``~`:,.`*':',`;*` ,~;`~`:,.`*':',`;`,

Gambar di sumbangkan oleh:
G.Win

Read more...

Ikan Putih dan Barah-Barahan Kapal Karam

Memancing di Kawasan Perairan
Kapal Karam Muara Mengukir Seribu Kenangan

Ikan PutihBeberapa ekor Ikan Barah-Barahan dan Ikan Ketambak


Inda payah pakai rod, inda payah pakai spool, pakai tuah krikan/ambur berumpan kan keratan ikan rumahan laki saja sudah cukup menaikan hasil2 yang memuaskan. "tapi ada pulang hati ku ani kan mencuba2 pakai rod sama spool, mana kan tahan tekana lauk basar belulang jua tangan"

"Nice Catch Yooo"


Gambar di sumbangkan oleh:
Krikan Shimano

Read more...

Ungah dan Anduping

Di kawasan Perairan Muara
Kapal Karam Menjadi Harapan

Ikan Ungah Ikan Anduping dan Ikan Ungah

Selain ikan ungah menjadi kegemaran, ikan ikan seperti anduping dan beberapa ikan barah-barahan juga menjadi sebahagian ikan-ikan yang menjadi idaman para pemancing.

Mengail dikawasan dalam teluk perairan muara pada ketika itu tidak menjanjikan ikan bagi seorang teman N^S^Z, setelah bosan menantikan umpan dimakan ikan, teman terus mengubah haluan dengan menuju ke destinasi yang memakan masa 30 minit untuk sampai ke kawasan perairan kapal karam di perairan Muara.

Hasil dari ketabahan dan usaha yang tak putus-putus, akhirnya mendapat rezeki yang cukup untuk dibawa pulang.

Gambar di sumbangkan oleh:
Krikan Shimano

Read more...

Barah-Barahan Pelabuhan Muara

Lubuk Barah-Barahan di
Pelabuhan Perairan Muara

Ikan Barah-BarahanUmpan: Udang Hidup $1 -8 ekor (udang kapor)
Perambut: Panjang lebih kurang sedapa yang 30lbs (Triline)
Berat Ikan : 1 kilo lebih

Ikan Barah-Barahan
Umpan: Udang Hidup $1 -8 ekor (udang kapor)
Perambut: Panjang lebih kurang sedapa yang 30lb (Triline)
Berat Ikan : 1 kilo lebih
Rod: Shakespeare Sigma

Ikan Barah-Barahan dan Ikan Ketambak


Jika kena pada lubuknya, memang mudah untuk memperolehi ikan barah-barahan ini, menurut cerita teman selalunya kurang 15 minit melabuhkan umpan kail terus di sambar ikan. Kadang2 tertakluk kepada keadaan air jua, selalunya para teman menunggu semasa air surut bergerak perlahan.

Gambar di sumbangkan oleh:
Krikan Shimano

Read more...

Monday, January 28, 2008

Ikan Ternakan Sangkar


Ikan-ikan ternakan dalam sangkar/kolam
penternakan ikan persendirian di Kg. Pengkalan Si Babau
27.01.2008@ 10.00 Pagi


Sebahagian kecil daripada bilangan ikan-ikan yang terdapat di kolam/sangkar ikan persendirian yang di ambil oleh pemiliknya untuk di berikan kepada sanak keluarga.



Ikan Barah-BarahanBerbagai-bagai spesies ikan
Masa untuk mengasingkan ikan-ikan dan kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada sanak saudara "keluarga" .








Memang cukup memuaskan hasil dari penternakan ikan walau mengeluarkan bilangan wang yang cukup besar pada mulanya. Namun dalam bidang penternakan ikan ini banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menghasilkan ikan-ikan peliharaan yang berkualiti. Kesabaran dan kegigihan adalah satu sikap yang harus ditanam kan apa bila menceburi dalam bidang penternakan ikan ini. Bak pepatah melayu "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian".


Sebahagian spesies-spesies ikan yang di ambil pada hari itu:

  1. Ikan Putih
  2. Languran (anak ikan putih)
  3. Ikan Belais "kaluh"
  4. Ikan Barah-Barahan
  5. Ikan Kerapu
  6. Ikan Talapia
  7. Ikan Kitang

Kata-kata Hikmah: "Jangan takut pada kegagalan, kerana usahawan usahawan yang berjaya itu bermula daripada kegagalan, kegagalan adalah menjadi pemangkin kearah menuju sesuatu kejayaan kelak"



N^S^Z mengucapkan semoga berjaya kepada semua penternak ikan
tempatan
di Negara Brunei Darussalam
'~`*+,. `*`'" ~ :, , ~ ' " -;. , : ' ` ` * - _ + ^ : ,, .+ * ^ * - ,.:" '~`*+,. `*`'" ~ :, , ~ ' " -;. , : ' ` ` * - _ + ^ : ,, . + * ^ * - , .:" '~`*+,. `*`'" ~ :,_ + ^ : ,, .+ * ^ * - , .:" '~`*+,. `*`'" ~ :, , ~ ' " -;. , : '" '~`*+,. `*`'" ~ :, , ~ ' " -;. , : ' ` ` * - _ + ^ : ,, .+ * ^ * - , .:" '~`*+,. " '~`*+,. `*`


Gambar di sumbangkan oleh:
Mamolapenga

Read more...

Sunday, January 27, 2008

Memancing di Kg.Pudak

Memancing di jeti Kg.Pudak
Mukim Kota Batu
24.01.2008@0900 malam

Ikan "Tuka-Tuka"
Ikan "Kirang-Kirang"


Ikan "Utik"

Ikan "Langut"


Salah satu jeti yang terdapat di Kg.Pudak

Suasana malam dengan keindahan pemandangan dikampong Pudak ditemani kelipan lampu-lampu rumah penduduk kampong Pudak sudah cukup membuatkan hati para pemancing berasa terpegun, terutama sekali para pemancing yang baru merasakan memancing di kawasan ini. Jika ditambah dengan keadaan air di kawasan ini cukup tenang (baik), mungkin akan membawa keberhasilan dan mendapat ikan-ikan istimewa dan bersaiz besar.

Dilain waktu dan masa yang sesuai mungkin kami akan mencuba sekali lagi untuk melakukan aktiviti memancing di Kg.Pudak.


"Kesemua ikan-ikan yang diperolehi pada malam itu dilepaskan "

Gambar di sumbangkan oleh:
Rambat Daiwa

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP