Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, June 9, 2009

Tangkapan berlebihan ancam laut

Tangkapan berlebihan ancam laut
oleh: Sim Y. H.
Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya menandakan penyu sebelum
melepaskannya kembali ke laut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Hasil kajian yang dijalankan oleh Center for Ocean Solutions, University of Stanford bagi kawasan Lautan Pasifik dan Laut Asia Timur yang merangkumi Brunei menghadapi empat jenis ancaman iaitu perubahan iklim, menangkap ikan dengan terlalu banyak dan lebih eksploitasi, kemusnahan habitat dan pencemaran.

Di antara ancaman yang dihadapi adalah pencemaran nutrien yang berpunca daripada penggunaan bahan kimia yang berlebihan di persekitaran dan bahan buangan termasuk bahan bungkusan plastik dan tumpahan minyak dan kimia toksik serta penangkapan ikan berskala besar didapati tersebar luas.

Tetapi mengikut kajian Rapid Marine Biodiversity yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan pada Oktober 2008 dan Mei 2009 menunjukkan kehidupan laut seperti takat di persekitaran negara masih berkeadaan baik.

"Bagaimanapun itu tidak bermakna kita boleh mencuaikan tanggungjawab kita terhadap laut dan kehidupan laut," kata Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar ketika berucap pada Perasmian Hari Laut Sedunia 2009 yang diadakan di Pantai Meragang, hari ini.

Brunei yang menjadi sebuah negara pesisir pantai mempunyai pesisiran pantai sepanjang 161 kilometer dan terdedah kepada ancaman perubahan iklim termasuk peningkatan suhu laut, peningkatan paras air laut dan peningkatan bahan asid di laut.

Negara itu juga menyaksikan kesan ancaman berkenaan pada 2009 dengan peningkatan paras air laut meningkat dengan berlebihan, jelas Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya.

Beliau menyeru kepada semua yang terlibat di persekitaran lautan termasuk nelayan, penyelam, syarikat perkapalan dan orang persendirian untuk sama-sama memelihara lautan supaya sentiasa berkeadaan baik dan memelihara sumber kehidupan laut supaya akan berkekalan bagi generasi akan datang.

Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya ketika menyentuh mengenai tema sambutan iaitu Lautan Kita, Tanggungjawab Kita, berkata tema itu menekankan supaya semua pihak harus bertanggungjawab sebagai individu dan berkumpulan untuk mengawal alam sekitar marin serta mengurus sumber lautan dengan berhati-hati.

Lautan adalah penting bagi keselamatan makanan, kesihatan dan kehidupan semua benda bernyawa, mengolah cuaca dan iklim dunia serta sebahagian daripada biosfera kita.

Sehubungan itu sambutan Hari Lautan Sedunia mengetengahkan sumbangan laut kepada masyarakat setempat dan kehidupan manusia keseluruhannya, memberi peluang untuk menimbulkan kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa mengenai lautan terutama dalam mempertahankan kapasitinya untuk mengawal perubahan iklim, memberikan perkhidmatan ekosistem yang penting, menampung kehidupan yang berkesinambungan serta rekreasi yang selamat.

Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya juga menyatakan kegiatan manusia mempunyai kesan yang buruk kepada lautan dunia dengan ekosistem yang terdedah dan mudah dicemari seperti takat yang rosak dan sumber perikanan yang penting digunakan secara berlebihan melalui cara penangkapan ikan yang merosakkan.

Di samping itu juga, suhu lautan yang meningkat, peningkatan paras air laut dan peningkatan tahap bahan asid di lautan yang disebabkan oleh perubahan iklim juga menjadi ancaman bulan saja kepada kehidupan marin tetapi juga kepada komuniti pesisir pantai, pulau serta ekonomi nasional.


Artikal penulisan dipetik dari http://www.brunei-online.com/mp/selasa/jun9t1.htm

Media Permata, Selasa 09.06.2009

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP