Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Wednesday, June 10, 2009

Ikan Umpak, Anduping, Ketambak & Sulit

Memancing Di Kawasan Perairan Sungai Pelompong Muara
28-29 hb Mei 2009
bersamaan hari khamis & Juma'at

Ironsilk dengan seekor ikan umpak yang dipancing
dikawasan 'Raba Ikan' Sinbad31 (Mamat) yang berdekatan
dengan sangkar ternakan ikan beliau

'umpan udang hidup $1-15 ekor'

Krikan Shimano dengan ikan umpak & ikan tuutttt??
(lupa ku nama ikan atu)

'ini je..rezeki yang ada..'

Hasil-hasil pancingan kami yang tak seberapa, namun sudah cukup
untuk menunaikan hajat turun memancing di malam itu.

'lupa nama2 lauknya ani'

Penulis: Trip memancing pada malam itu sebenarnya sekadar ingin mencuba nasib di kawasan perairan sungai pelumpong. Trip kami kali ini adalah diatas pelawaan Sinbad31 (mamat) dengan menggunakan perahu beliau. Selain memancing dalam keadaan air yang surut diketika itu. kami sebenarnya ingin membuat peninjuan dan melihat keadaan sangkar Sinbad31 mamat yang terletak di kawasan Sungai Pelompong Muara sebelum trip sebenar Pancingan Sangkar yang telah di adakan pada 30hb - 31hb Mei 2009 bersama ahli-ahli NSZ dan para sahabat-sahabat NSZ lainya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sinbad31 (Mamat) kerana berkesudian membawa kami untuk memancing dan meninjau keadaan sangkar pada malam itu. Sekian, wassalam.

"Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa yang terluang
Salam hormat berjumpa lagi"

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP