Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, June 13, 2009

Satu Malam Bersama Suhailah

Pengalaman Menaiki Kapal 'Pukat Lingkong'
SUHAILAH 'ZON3'
Dikawasan Perairan Laut Buka Negara Brunei Darussalam
31hb Mei 2009 @ 03.15 Petang

Krikan Shimano mengambil kesempatan bergambar
diatas Kapal 'Pukat Lingkong' SUHAILAH
yang tertambat di jeti penurunan ikan muara sebelum memulakan perjalanannya
di kawasan perairan ZON 3 laut buka Negara Brunei Darussalam

'aiii..., lepas kau lepak2 dan santai di sangkar
kau sambung lagi
santai
dan lepak di dalam kapal lingkong??

macam dirumah dibuat nyaa... :)


Nakhoda Kapal Pukat Lingkong SUHAILAH sedang mengemudi
Kapal Pukat Lingkong yang berlepas dari Jeti Pendaratan Ikan Muara
Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam

Mengambil peluang bergambar di dalam ruang
Pengemudi Kapal Lingkong

Krikan Shimano selepas diberikan penerangan
sedikit sebanyakmengenai cara-cara mengemudi kapal
serta langkah-langkah yang perlu di ambil
semasa mengemudi Kapal Pukat Lingkong

'biasa aku bawa perahu., ani kan membawa kapal,
basar rasanya..."

'serba sedikit ada jua pengalaman, & pengalaman yang sedikit akan kian
bertambah-tambah jika ikhlas dalam menimba ilmu'

Penulis; Bukan lah suatu pekerjaan yang mudah dalam mengemudikan sebuah kapal yang bersaiz besar, apa tah lagi tugas-tugas pengemudi kapal (nakhoda) memastikan keselamatan dalam berbagai aspek termasuk memastikan keselamatan yang berpanjangan keatas anak-anak buah kapal, semasa dalam mengendalikan operasi mencari ikan dilaut dalam. Pengalaman dan ilmu yang meluas amat lah berharga dalam jiwa dan diri seseorang pengemudi itu. Begitu juga dengan anak-anak buah kapal lainnya (perkerja-kerja kapal lingkong) yang berpengalaman dalam mengendalikan mesin-mesin dan menggunakan alat2 penangkapan ikan lainnya.

'Jika ada kemahuan, disitu pastinya ada jalan' Kebijaksanaan
ketabahan serta kesabaran dalam mengharungi kerja kerja sebagai
penangkap ikan'

Seorang lagi Nakhoda Kapal Pukat Lingkong
yang diketika itu sedang memberikan tunjuk ajar dalam mengemudi
kapal pukat lingkong, melihat keadaan ombak, cuaca dan yang paling
penting keselamatan. Bukan sahaja pada keselamatan diri sendiri.,
namun keselamatan pada nelayan perahu-perahu kecil lainnya.

Sauh ke orang ni???? Khabarnya sauh kapal lingkong ani
basar., ada mcm si krikan shimano ani ke besarnya???

mungkin ada diantara kita yang baru pernah melihat keadaan
aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan tenaga pekerja yang ramai



sibuk dengan tugas masing-masing, bantu membantu sesama rakan
sebahagian besarnya pekerja pekerja ini terdiri dari
warga asing yang sama-sama dalam memajukan industri
penangkapan ikan di negara kita.

"Hasil-hasil tangkapan ikan yang melebihi 3 tan"

Berbagai spesis-spesis ikan yang diperolehi
dan senarai bagi nama ikan-ikan yang diperolehi pada malam itu
masih belum diterima dari krikan shimano.

Gambar di Sumbangkan Oleh: Krikan Shimano
<> <<>> <> <<>> <> <<>> <> <<>> <> <<>> <>

Penulisan saya belum terhenti di sini., banyak lagi bahan-bahan mengenai aktiviti penangkapan ikan di zon 3 laut dalam akan di petik dan dicari untuk pengetahuan dan pelajaran kita bersama. Rakaman-rakaman gambar diambil akan disimpan untuk memberikan kesempatan pada jenerasi-jenerasi akan datang. Insyaallah.., para-para Nelayan (Penangkap Ikan) tidak akan hilang ditelan zaman. Nelayan tidak akan terpinggir disamping sama-sama berganding bahu dalam menjaga Khazanah Padang Pancing Darussalam. Menjaga takat-takat asli dan kehidupan laut lainnya.

"Dalam mengapai impian dan mencari rezeki,
Biarlah kurnia illahi kita jaga dan ianya
akan terus kekal dari satu jenerasi hingga ke satu jenerasi
yang akan datang. Amin"

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP