Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Thursday, November 19, 2009

Ungah Masih Ingat Padaku

Mencuba Nasib Di Waktu Malam
'Ungah Garden' Peranginan Pantai Serasa
Negara Brunei Darussalam
19hb November 2009 (Malam 07.00 - 09.00)

Hari ini 19.11.2009 bersamaan hari Khamis, Penulis mencuba nasib untuk memancing ungah berseorangan di Ungah Garden Pantai Serasa. Setiba disana, kelihatan ramai para pemancing yang sedang asik melabuh kail masing-masing.  Rakan-rakan pemancing ungah serasa, paci hassan, Shah, dan Acai.  'Ada sudah lurih tanya ku' dalam senyuman, Acai...sudah menaikan dua ekor ikan ungah yang beratnya 1.6kg, dan 1.4kg. 'Wahh...makan besar si acaii... hehehe'

Hari ini menurut paci hassan yang memancing di pagi hari, beliau telah pun berolehi 2 ekor ikan ungah dan seekor darinya 3kg 'wahh atu basar' . 'Iatah kooo nahh.., nada tadi siang, mun inda dapat jua ko gambar nya rah kediaku'. Jumlah keseluruhan menurutnya lagi pagi dan petang, sebanyak pebelasan ekor ungah berjaya di perolehi. 'wahhhh... bagus banar ungah nya ari ani paci...' Haji matali pun ampitnya..... syukur alhamdullilah semua2 ampit.


 Ungah si Acai...
'kamera inda tarang..sori.. seekor ganya dapat ku gambar,
yang seekor lagi swimming ia dalam air..'


 Ikan Ungah.. Si Shah..,
'wahh ani pun lebih kurang jua basarnya.., mengikut timbangan rakan
disana..berat ikan ungah ini 1.6kg..'

 
'I...pun lurih juga... hehehe'
'aku ani gayanya mesti turun solo ni baru ada heng'

Syukur alhamdulillah..., ikan ungah masih ingat padaku...lagi.' Selang beberapa saat saja umpan kembura diumban di dalam air,'alum lagi sampai ketanah bah kembura ah masih lagi melayang layang mengikut arus, udah cia diranjatnya...' cun-cun dapan mulutnya kali kembura kutalangi atu... hehehe..'

 
 Timbangan Rakan di UG., berat ikan ungah 1.5kg
 
 

" Air pasang diwaktu malam,
Kembura di umban berdekatan batu,
Rindu pada mu kian mendalam,
Itu lah ungah yang masih ingat padaku."

"Ikan Buna didalam kolam,
Kepunyaan orang gagah perkasa,
Jika ingin memancing malam,
Ingat ular ada disana."

"Memandu boat begitu laju,
umpama berlumba didalam perahu,
Ungah Garden sedari dulu,
memang terkenal dengan ungah batu".

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP