Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, November 21, 2009

Santapan Ikan Ungah Pengubat Kecewa

Sambaran Demi Sambaran Ikan Ungah
'Ungah Garden' Perairan Peranginan Pantai Serasa
Daerah Brunei Muara, Negara Brunei Darussalam
21hb November 2009 Bersamaan Hari Sabtu

Khabar mengenai tamasha santapan ikan ungah tersebar meluas dikalangan rakan-rakan pancing, saudara mara, teman sekerja, teman sekampong dan pada hari ini bilangan pengunjung yang datang memancing dan mendapatkan ikan ungah semakin bertambah. Kelihatan seperti ada pertandingan/peraduan memancing di sana, pada hakikatnya ianya bukan lah satu pertandingan memancing, cuma sekadar mempertaruhkan nasib untuk mendapatkan hasil dari memancing di UG. Ungah Garden nama diberi, berikutan banyaknya ikan iakn ungah yang diperolehi disana. Begitulah pada hakikatnya, dikalangan orang-orang veteran yang telah lama memancing disana, sememangnya mengakui keujutan bilangan ikan ungah yang banyak sedari dulu lagi. Walaubagaimana pun Ungah Garden Pantai Serasa tak seperti dulu, Sebelum kawasan Ungah Garden diubah suai, dan belum dibuka pada para pengunjung diketika itu, memancing disana sememangnya pemancing tidak akan berputih mata. 'dapat dijanjikan bah nya bisdia' .  Walaupun telah sekian lama, dan sekarang, ungah garden masih mampu memberikan hasil-hasil pancingan  yang memuaskan hati dikalangan para pemancing disana.


Tempat kebiasan para pengunjung meletakan kenderaan mereka

'Nampak macam makin banyak kerita ani'
 
 'Tapi orangnya inda jua seberapa ramai wahh'
'Ada yang mulih udah tu wangg....!!! ada jua yang berada dibelakang
len kemera hp ku ani kali ahhh....'
 
 Rakan penulis, shami telah berolehi 3 ekor ikan ungah diawal subuh hari.
'pukul 7 balik tah ku, ani patang mencuba mengintai sekajap saja., mana tahu berulih ku lagi'

 
Pemancing Ungah Garden Pantai Serasa
Anak Tn Hj Mohamad, dari jam 3 ptg hingga 5 lalu,
telah pun beroleh dua ekor ikan ungah yang beratnya 1kilo lebih
setiap satu.

 Syukur alhamdullillah, ada jua kan dibawa balik.
'di ujung makan wang, Tn Hj Matali belurih 4 ekor.
 Basar-basar jua ulinya, merata sekilo labih kan kedua kilo ulihnya'
'atu baru ia master ungah.hehehe'
 
Rakan penulis, pemancing ungah garden
Tuutttt.., juga memperolehi seekor ikan ungah yang beratnya
lebih kurang sekilo lebih.


Walaupun kehampaan menemaninya pulang kelmarin,
namun dihari ini, berkat usaha dan kesabaran, ikan ungah
yang di idamkan tak terlepas dari mata kail yang diasah tajam cukup
dengan jampi2nya.., NNahhhhhhhh..labih tia. bejampi2 ani tah
kunu tu... hahaha.., baibun nyanta...

Penulis: Tahniah buat pemancing yang berhasil memperolehi ungah pada hari ini, dan pemancing yang tidak berjaya, boleh mencuba dan terus mencuba dikemudian hari. Semoga semuanya berolehi rezeki. Amin.

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP