Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, February 2, 2010

Barah-Barahan MPR


Barah-Barahan Di MPR
(Mangrove Paradise Resort)
Jalan Kota Batu Negara Brunei Darussalam
04.01.2010

 
  Ikan barah-barahan yang beratnya setelah di timbang 2kg ini, bukan lah
hasil dari memancing, tetapi ikan ini diperolehi dari menyiut di dalam kolam
yang dibayar $30 di Restorant MPR Jalan Kota Batu dan terus di masak disana
untuk makan malam bersama isteri tercinta.

Ikan Ungah Pantai Serasa
22.12.2009
  
 Ikan ungah yang kedua terakhir penulis perolehi pada penghujung tahun 2009
di Ungah Garden Pantai Serasa yang dipancing berumpankan kerantan ikan kembura.

Lion Fish
 Raba "takat tiruan"
20.12.2009
 

Ikan Lion Fish yang di pancing di kawasan raba
buatan sendiri. selain ikan lion fish ini, terdapat juga beberapa ikan kalikitok,
ketambak, jukut dan kerapu yang di perolehi pada hari itu.
'lalah sudah.., inda tegambar...'

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP