Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, January 29, 2010

Percubaan Pertama Kali KFA


Uji Pandu KFA
23hb Januari 2010 (Sabtu)

Jam lebih kurang 6.45 Petang di Penurunan Perahu Kg.Pengkalan Sibabu, Penulis bersama beberapa orang rakan ingin mencuba uji pandu KFA boat. Secara kebetulan pada masa yang sama, beberapa orang lagi rakan-rakan kami bersama Krikan Shimano yang masih di dalam perjalanan. menuju kepenurunan perahu kg. Pengkalan Sibabau hendak mencuba memancing di satu lagi raba miliknya yang baru saja dibinanya selang beberapa hari sebelum ini. Selang beberapa minit, Krikan Shimano pun tiba dan kami menurunkan kedua-dua buah perahu NSZ boat-1 dan KFA.  Ini adalah pengalaman pertama penulis mengemudi sebuah boat secara sepenuh masa dan berbekalkan tunjuk ajar yang diperolehi dari Krikan Shimano yang dulunya sering memberikan peluang kepada penulis mengemudi boatnya yang berukuran 17 kaki hingga ke 23 kaki panjang. Walaupun begitu, masih banyak perkara yang harus dipelajari dan di ingati dalam mengemudi sesebuah perahu.



 

 

 

 
'Nyaman makannya orang belurih barah-barahan atu ehy'
 

 

 
 'Hilang kosentrasi memancing ku, sibuk me wiring spot light
yang terdapat pada KFA boat'
 
 'hampir dua tahun tidak memancing, kini muncul kembali
bersama NSZ'
 

 

 

Kembali Di Penurunan Perahu
Kg.Pengkalan SiBabau

 

 

 
 Dodo dengan Ikan Sulit Merah
dan Ikan Barah-Barahan
 

 

 

 

 

 

 
 Hasnol
'Rezeki bergandanya.. buat-buat menunggu menaikan
perahu, memancing dikawasan penurunan perahu ani
pun ia belurih ikan Barah-barahan (Langisi)'

 
 'Dodo pun belurih ikan tia jua..?? bagus ikan
dikawasan penurunan perahu pengkalan si babau ani..'


Perjalanan Pulang Di
High Way Kg.Salambigar

'Ani kami lepak-lepak menantikan kedatangan krikan shimano, 
bahagian hub trailer sebelah kanan buat hal lah pula...'

 

 
 'Tunggu punya tunggu krikan shimano udah sampai.,
menantikan rakan balik kerumah ambil tools dan spare part lah lagi.. hehe
santai... bukan selalu dapat santai siring jeraya ani...'

 

 

 

 

 

 

 
 
'ahh....udah beris semuanya..., sekarang bolih pulang rumah
cuci trailer dan perahu..., mana-mana yang kurang harus diperbaiki dong'

Terima kasih buat rakan-rakan yang membantu iaitu.
Krikan Shimano, Sarul, Dodo, Hasnol, Awg.Rosli, Pg.Omar, Bob, Mamat
dan Manyong10lbs.

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP