Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, June 15, 2009

PANCINGAN DROP OFF

PANCINGAN DROP OFF
Perairan Laut Dalam Negara Brunei Darussalam
13-14 jun 2009 (Sabtu-Ahad)

Santai para pemancing dropoff
yang menantikan umpan dimakan ikan


Pengunaan set joran dan reel khas pancingan laut dalam adalah satu kelebihan untuk para pemancing bagi memudahkan menaikan ikan yang bersais besar dan sedikit sebanyak meringankan bebanan pemancing sewaktu menaikan hasil-hasil pancingan mereka.

"Dalam banyak-banyak ikan yang dipancing,
ikan ani yang paling aku tahu namanya ni bro G.win..,
ikan ani aku kenal banar ku ni bah.., inda caya kah??
banar dih.., kan mau tahu namanya?? asteee..

iatah namanya ikan UFO bah ni..hehehehe.....":D

Jika dinegara jiran 'Malaysia' mengikut
informasi yang diterima, ikan ini dikenali atau dipangil
dengan nama IKAN BELALANG

sebahagian dari hasil-hasil yang diperolehi
dari pancingan dropoff dengan ikan-ikan dari bermacam
spesis dan saiz nya

seekor ikan kerapu diantara ikan-ikan
yang diperolehi pada trip kali ini

'nyaman usul kerapu atu ehy., but nyaman lagi usul
ikan UFO atu lah..'

'ahh... ani aku tahu ni nama ikan ani., ikan pulang ni
cuma namanya lain sedikit., ikan ayam laut dan ada jua
yang memangilnya ayam ayam'

'adihh!!, marung muka lauk ani ehy.. astee..
lauk apa namanya kan niee...???'

Di Negara Brunei Ikan ini dikenali oleh segologan para nelayan
dengan panggilan ikan Uji Rasit

Duduk dengan megahnya (sila pangong lagi ia boat ani :D) Boat Sinbad31
di atas trailer setelah digunakan bagi trip pancingan dropoff kali ini

ikan-ikan yang diperolehi di kumpul dan di asing
asing kan mengikut spesis masing-masing

Ikan Ruby a.k.a encik ruby bisdia melagau,
berat anggaran 2+kg.

'emm... dalam banyak2 gambar ani., inda ada kelihatan bah
batang idung bro G.Win sama si Sinbad31 (mamat) ani.. /:)
dibelakang tabir ganya bisdia ani kali bah..'

Dari Penulisan asal Pengirim (G.Win) :-

Pada 13/06/2009 kami seramai 5 orang bala tentera (sinbad31, G.win, Zainal, Arif, Pg kwn Zainal) mencuba mengail d drop off.. kami berkumpul di jerudong subuh pukul 3 pagi dan bertolak dlm 4.30 pagi, semasa dlm perjalanan ke drop off kami terjumpa apung hanyut (ukan kucing hanyut ah..padamit n sinbad tau tu..hehehe...) kelurusan lauk pajal sekeliling apung atu, masing2 meneka lauk apa yang berkeliaran di bawah atu.. ada yang bagitau sotong ada yg bagitau sulit, awu masih kalat mata tah jua banar...masing2 cuba begagas menyiapkan kail kan mau tau lauk di bawah atu, setelah mencuba ternyata lauk ayam2, languran pajal besenda gurau arah apung atu sesiapakan minta pertolongan pada masa atu inda di layan...ceh..@#*%$!...masing2 sibuk belurih lauk, uleh di sana saja ada jua dalam 40-50 ekong.

Selapas sejam labih di sana kami meneruskan perjalanan ke drop off..awu mambang jua jub** (ttuttttt) skali sinbad memacut bot nya atu luan laju nyanta..sampai saja d drop off alat pertempuran pun di sediakan, aku ,pg n sinbad mengail di dapan sementara zainal n arif mengail di buritan (mcm lucah bunyinya eh..) mengikut cerita sinbad kedalaman dasar laut ada dlm 180-190 meter dan ada yang melebihi dari atu, sangal jua tangan menaikkan keatas lauk atu tepaksa makai mata kail anjun 7 pemata mun nda rugi balik2 mencek umpan tpi ganya kan bekuntal tah ganya perambut atu di kerajakan nya mana lagi batu barat sekilo, awal2 bukan main laju mengingkul spool udah dalam sejam atu udah tia landir bilang urang ngingkul...hahaha..

Alhamdulillah lauk makan nda putus2 (bagus spot mu atu sinbad) dari pagi sampai ke magrib makan nya walaupun ngalih mengingkul spool tapi bebaloi ulehnya, ada jua tangkapan kami atu basar2 la tapi banyak jua yang putus,iatah banyak spool kami yang mangeriak uleh lauk sarak2 damal jua udah bunyi spool kami atu di kerajakan nya...

Alhamdulillah pada pukul 5 pagi kami sampai balik di pantai jerudong seterus nya menuju kerumah sinbad untuk pembahagian harta ismet ulam raja dan setiap seorang membawa balik satu cool box panuh lauk yang bemacam2 jenis sampai ada yang lauk inda ku tau namanya..macam pahat2 ada jua usulnya tapi merah besisik karas..sapa yang tau atu bagitau arah kami deh apa lauknya kan tu?

Psst- Kim lau ada salah ayat ku atu tulong luruskan ah..K

Ironsilk: Bro G.Win semua penulisan bro atu okey kali ahh... :thumbsup:


Penulis: Penulisan yang bagus untuk dibaca disamping gambar dan hasil-hasil pancingan yang memuaskan, terima kasih diucapkan pada G.Win yang berkesudian mengirimkan gambar hasil-hasil pancingan beliau dan pemancing lainya, kerana dengan ada gambar-gambar dan cerita pendik mengenai trip beliau ke dropoff sedikit sebanyak memberikan kesempatan pada para pengunjung blog ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan tatapan bersama. Tahniah kami ucapkan kepada G.Win (Layaran Senja), Sinbad31 (mamat nakhoda 400hps) dan semua rakan-rakan pancingan Dropoff pada hari itu. Semoga dilain hari dan waktu Boat Sinbad31 dan pemancing lainya akan mendapat rezeki yang lebih banyak, Amin.

Gambar di sumbangkan oleh: G.Win
<> <<>> <> <<>> <>

ShoutMix "Apa Kata Biskita"

sinbaD31 Salam..se coolbox ulih kmi d dropp off..D antara nya,Ruby,krisi bali,kerapu,ayam laut,mekuku,uji rasit,pisang amas,yu n suhong..memuaskan jua..
Details 2009-06-14 5:51 PM

sinbaD31 G win bnyk tarikan ikan basar..Tahniah bro..

sinbaD31
Lain x lagi mun umur pnjg..Rezeki atu d mana2.."

G win
Awu bnar..puas ati ngail pkai bot sinbad31 atu..ada jua uleh secool box sorg.
Details 2009-06-14 11:41 PM

G win sapa2 kn mrasai tarikn lauk tagap2, bleh contact sinbad31..tpi sdiakn tali braided dlm 200 meter keatas..

G win sangal jua tangan narik lauk keatas tluan dlm nyanta..d tambah lgi dgn batu brat skilo..awu 3 silindar ku trus ulehnya..

G.win paling basar ada jua dlm 7 kilo

G.win kerapu n cik ruby, makai 50 lbs ganya bro maklum nada prepare apa2 sal atu ganya paling bsar ku tedpt alum tebali brg kail lgi.

sinbaD31 Dlm plastic atu ruby tu eh..hehee..ulih g win..hehee.2+kg..awu ayam laut tu..stangah dapa ja mngail kedia ah..

sinbaD31 Yg merah basar mata nya atu uji rasit..haha..Mun laut tuhur hj rasit tia

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP