Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Sunday, July 26, 2009

Pancing Sambil Tengok Bunga Api

Memancing di Kawasan Perairan Pantai Tungku
25-26hb julai 2009
Negara Brunei Darussalam

Wahhh.....cantiikk nyee.. bunga apiii...!!
'bila lah nak fishing?????

ZZzzZZzzZZZ... mcm huruf 'Z' lah bunga apinya..,
aiyaaa..!! bila lah nak fishing...??????

WoWwww..lawanya.....!!! aduiiii... kan ngail bila????
hilang kosentrasi kan mengail ehy..., bising dengan bunyi
letupan..., lari lauk niee.... aduii..

Setelah menyaksikan Persembahan Bunga Api
di kawasan perkarangan Hotel Empire & Country Club...
masa untuk memancing pun di mulakan lagi... hehehe

Ikan Ketambak Pisang

ikan yang tidak diketahuai namanya & ikan jukut..
(kalau salah tolong luruskan ehy...hehehe)

Seekor ikan ketumbang bersaiz lima jari dan seekor ikan yang
tidak diketahuai namanya.. adalah sebahagian dari hasil-hasil
pancingan yang sempat di gambar pada malam itu..

Penulis: Penulis Memancing bersama Awg.Rosli di kawasan sepanjang perairan Pantai Tungku, dengan mensasarkan pancingan kali ini untuk spesis ikan ketumbang, dengan menaiki kenderaan 4WD, trip perjalanan memancing bemula dari kawasan jalan pantai berhadapan Universiti Brunei Darussalam hingga ke kawasan batu penghadang ombak di kawasan perairan pantai tungku. Umpan yang digunakan pada malam itu., cuma jantong ayam dan keratan ikan basong-basong. Dalam asik berpindah tempat memancing, penulis bersama rakan pancing mengambil kesempatan untuk menyaksikan Persembahan bunga api di kawasan lapang Hotel Empire & Country Club yang diadakan bersempena Menyambut Perayaan Hari Keputeraan Beginda Sultan Yang Dipertua Negara Brunei Darussalam yang ke 63 Tahun. Persembahan bunga api tersebut bermula pada jam 10.00 malam dan di perkarangan empire hotel dipenuhi dengan orang ramai yang menyaksikan persembahan tersebut. Terdapat juga segelintir orang ramai menyaksikan persembahan tersebut disepanjang jalan lebuh raya dan ada juga yang menyaksikan nya di kawasan Peranginan Pantai Tungku, kilauwan serta bunyi tembakan bunga api sedikit sebanyak bisa membuat bibir para pemancing di pantai tungku tersenyum mesra, 'walau pun inda lurih ikan YooOOO..asal ada hiburan sedikit dihujung minggu pun jadilah.. hehehe'

<<<<<<<<>>>>>>>> <<<<<<<<>>>>>>>> <<<<<<<<>>>>>>>>

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP