Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Wednesday, April 29, 2009

Pantai Serasa Unggah Garden

Mengintai Diwaktu Mata Hari Terbenam
Pantai Serasa 'Unggah Garden'
28/04/2009 @ Malam

Penulis dengan seekor ikan kerapu 'macan'
yang beratnya 2.9 kg.
'waduh--waduh.., ini ikan punya tarik 3kali ganda lebih
kuat dari ikan unggah'

walau menggunakan tangsi fisherman 60lbs,
namun tarikan ikan kerapu memaksa penulis
melayannya secara lembut.
'terpaksa ku kurangkan drag kerikan ku yoo,
main lembut2 je...'


Adik penulis 'Bob' mengambil kesempatan
bergambar dengan ikan kerapu dari hasil umpan kembura
yang ditahan beliau.

Penulis: 'Adik baling umpan.., saya jee..yang bantu tarikan..'
'
ini..gua punya adik dulu fishing dari gua.,

dia pencen lama.., sekarang dia start nak mula fishing lagilah.'


'lihat lah, bertapa besarnya mulut sang kerapu 'macan' ini,
lebih besar dari gengaman penumbuk orang dewasa'

Mr.Meow Bulu Tiga: Alamak..!! bro ironsilk.., mengapa lah kembura
engkau kali ini besar sangat????
Ironsilk: Apa lah ko..ani meow.., ko punya mata buta kah??,
bukan kembura tu wahh..atu ikan kerapu wah ehyy..

Pada masa itu.., keadaan air surut melantai..,
jadinya terpaksalah turun kebawah dengan
menempuhi batu-batu licin yang penuh dengan gelugut
dan selisip-selisip tajam.

'mun ada si Rambat Daiwa.., inda ku menyuruh kedia turun ni..,
kediaku pun sedikit jua lagi kan membuat lagak ngeri semasa
menaikan kerapu ani..'



'Biasanya kalau unggah sekilo masih muat mun di asak
kedalam box merah ku ani.., ani luan tabam cia jua badannya..'



"tiada unggah yang dinanti,
kerapu pun boleh untuk dinikmati"

"Jika tiada belurih mengail kali ini.,
tiada apa-apa, lain hari boleh mencuba lagi"
<<>> <<>> <<>> <<>> <<>> <<>>

****************************************************

Resepi Ikan Kerapu Masak Bercili
Dipetik dari Mesra.net Resepi.

Ikan Kerapu Bercili
Sumber: Majalah Jelita November 1987
Hits: 1115 Rating: 0.00 Review: 1

Bahan-bahan

350 gm ikan kerapu
3 batang bendi
1 biji lemon ( dikupas kulitnya & dihiris halus)
2 sudu besar cili merah (tumbuk)
1 sudu besar minyak sayur
1 sudu kecil bawang kecil (dicincang)
½ sudu kecil bawang putih (dicincang)
Garam & lada secukup rasa
1 batang daun bawang kucai (dihiris halus)


Cara-cara

Basuh bersih ikan kerapu, gaulkan bersama garam, lada sulah & air perahan lemon. Setelah itu goreng menggunakan minyak. Pastikan api dapur sederhana. Di kuali lain, panaskan minyak sayur & goreng bawang putih, bawang kecil & cili tumbuk 3 minit. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa. Angkat & ketepikan. Gunakan kuali yang lain, goreng lemon & daun bawang kucai menggunakan minyak kelapa. Setelah semuanya siap, letakkan ikan di dalam pinggan, taburkan gorengan daun bawang kucai goreng & lemon di atasnya. Manakala cili goreng diletakkan sebelahnya. Jerang air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Sesudah itu masukkan bendi selebihnya & biarkan air mendidih lagi selama 1 minit. Buang air & tapiskan bendi tadi. Aturkan di dalam pinggan.

Ikan Kerapu Steam Simple


Bahan-bahan (3-4 orang makan)

  • 1/2 biji bawang besar - yang warna kuning tu
  • 1/2 batang lobak putih
  • 2-3 pokok daun bawang
  • 1/2 sudu makan lada sulah
  • garam, gula secukupnya
  • 1 ekor ikan kerapu size kecil
  • 2 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan steamer. Bersihkan ikan. Letak dalam bekas tahan panas.
  2. Lobak putih di buang kulit dengan menggunakan peeler. Potong bulat-bulat. Masukkan dalam bekas ikan tadi. Letak di sekeliling ikan dan atas ikan.
  3. Bersihkan bahan lain. Potong bawang ,halia dan daun bawang. Masukkan semuanya dalam bekas ikan tadi.
  4. Masukkan lada sulah, garam dan gula dalam bekas ikan tadi.
  5. Masukkan bekas dalam steamer. Tutup. Biarkan selama 35minit. Buka untuk lihat ikan dah masak ke belum. Kalau belum kukus sekejap lagi.
  6. Selamat Mencuba!
Dipetik dari laman web: www.myresepi.com

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP