Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, June 26, 2009

Pari, Ketumbang & Kerapu Pengukir Senyuman

Pancingan Santai Bersama
Teman-Teman N^S^Z di Perairan Pantai Tungku
Negara Brunei Darussalam
23hb Jun 2009 (Malam)

Ping dengan seekor ikan Pari Lalat
hasil pancingan beliau dengan menggunakan
umpan udang hidup

Ping & teman pancingan beliau dengan
dua ekor anak ikan ketumbang

Ini adalah 2 ekor anak ikan ketumbang diantara
6 ekor ikan ketumbang yang sempat
di gambar pada malam itu.

'mahal nie ikan ketumbang ani., kalau di pasar Jerudong
selalunya dijual dengan harga $25 sekilo'

David dengan seekor ikan ketumbang
hasil pancingan beliau


'Ikan ketumbang lagi kah? wah...heng ehy..'
cuma nada yang beratnya sekilo keatas diperolehi pada malam itu

Salah seorang teman NSZ dengan seekor
ikan kerapu dengan menggunakan umpan udang hidup

Bob & Ping
dengan seekor ikan kerapu hasil pancingan mereka di malam itu.


Selain ikan ketumbang, ikan kerapu, ikan pari lalat dan pari daun yang diperolehi pada malam itu, terdapat beberapa ekor ikan lagi diperolehi namun tidak sempat digambar. Selain tarikan dari ikan-ikan yang diperolehi, seekor ikan bekalang sempat melepaskan diri apabila perambut yang digunakan terputus dikala bekalang memecut dan melompat di permukaan air 'nada rezeki lah tu..' Trip berakhir sekitar jam 3 lalu pagi. Keseluruhan hasil pancingan 20 ekor termasuk ikan-ikan yang tidak sempat digambarkan 'orang nya pemalu bah..' hehehe

Penulis: Terima Kasih pada semua teman-teman NSZ yang telah menyumbangkan gambar-gambar hasil pancingan mereka, sedikit sebanyak dengan adanya gambar-gambar tersebut bolehlah untuk menjadi tatapan kita dan generasi akan datang. Sekian, wassalam.

'besar atau kecil, banyak atau sedikit,
apa yang diinginkan adalah sebuah kenangan yang terselit
di setiap gambar sang pemancing dan hasil pancingannya'

Gambar di sumbangkan oleh: Bob
<<>> <<<<<>>>>> <<>>

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP