Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, June 22, 2009

Bekara Perairan Muara

Mengimbas kembali
Udang Bekara Di Perairan Muara

Mamolapenga dengan 2 ekor udang
bekara yang beratnya kira-kira 2.2kg dan 2kg

'woowww...besar nya lobster.., jika ada yang ingin menikmati lobster
segar, cuba lah singgah di salah satu restoran di Yayasan Bandar
Seri Begawan. $6.50 - 100gram.'

Gambar di Sumbangkan Oleh: Mamolapenga
<<<>>> <<>> <<<<<>>>>> <<>> <<<>>>

Resepi Masakan Udang Bekara (Lobster) Berkrim Cheese

Bahan-Bahan

2 ekor Lobster
1/2 biji lemon
Cheese (apa-apa cheese pun ok)
Sedikit lada sulah
Sedikit Garam
Butter

Cara-cara

  1. Bersihkan lobster. Lobster di gunting kulit tengah bagi nampak isi lobster. Jangan sampai putus.
  2. Parut kulit lemon dan sapu di bahagian lobster serta letakkan garam dan lada.
  3. Kemudian sapu butter dan letak di isi lobster. Potong kecil kecil lebihan lemon tadi dan letak di dalam bekas membakar bersama lobster tadi, bakar dgn 225 darjah selama 10-15 minit.
  4. Akhir letak cheese di atas lobster kemudian bakar 4 minit lagi. siap boleh di santap.

Dipetik dari laman web: http://www.myresipi.com/top/detail/966

Lobster Tropicana

Bahan-Bahan:

700 gm lobster
50 gm cendawan shikate
30 gm bawang (dipotong kiub)
10 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato puri
100 gm krim
15 ml pernod
1 gm kunyit
50 gm glace ikan
30 gm brokoli
3 batang lobak merah
2 batang kacang buncis
1 biji cendawan shikate
2 keping papadum
25 ml mentega
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Bersihkan lobster dan buangkan kulitnya. Potongkan dagingnya kepada bentuk kiub dan gaulkan dengan garam dan lada hitam.

Panaskan mentega dan masukkan bawang, bawang putih, cendawan dan daging lobster dalam jangka masa seminit.

Masukkan pernod utuk seketika dan diikuti dengan kunyit, fish glace dan tomato puri. Kemudian masukkan krim untuk menambah perasa dan diasingkan.

Panaskan mentega dan masukkan brokoli, kacang buncis, lobak, cendawan dan campurkan dengan garam dan perasa lada hitam secukupnya.

Goreng papadum, begitu juga dengan cengkerang lobster.

Letakkan cengkerang lobster di dalam pinggan dalam posisi yang ddikehendaki dan letakkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi disisinya.

Hiasi dengan fresh dill mengikut citarasa masing-masing.

Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999

Udang Harimau dan Udang Bekara Bercili
(Jika ingin mencuba untuk masakan Udang Bekara)

Bahan-Bahan:

400 gm udang harimau
100 gm cili merah
3 ulas bawang putih
100 gm bawang merah
Sedikit halia
Serbuk kunyit dan serbuk perasa
Sedikit sos cili

Cara:

Udang digoreng separuh masak. Tumis bawang merah, bawang putij, halia, kunyit dan cili merah. Biarkan sehingga pecah minyak atau udang masak. Masukkan serbuk perasa dan sos cili. Rasa, angkat dan dihidangkan segera.

dipetik dari http://resepi.mesra.net/Detailed/325.shtml

Barbeku Udang Harimau
(Jika ingin mencuba untuk masakan Udang Bekara)


Bahan-Bahan:

80 gm udang harimau
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam kasar
2 gm lada sulah
2 gm jus limau
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih


Cara:

Bersihkan udang tetapi jangan dibuang kepala dan ekor. Tuskan airnya. Perap bersama bahan lain dan biar lima belas minit. Panggang udang tetapi jangan terlalu masak kerana ia akan kering. Hidang bersama sos.

Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP