Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, March 24, 2009

Kedua kalinya Ungah Serasa Lagi..

Ikan Ungah Pantai Serasa.
23.03.2009 (Petang)

Meletak kerikan atas patahan buluh.
kerikan (ambur) yang diperbuat
dari pada kayu dan di isikan dengan
tangsi 60lbs.

Sang Buloh
'Aku buloh yang tumbuh di hutan,
aku ditebang
untuk menabur jasa..
bila aku reput dimakan usia..,
aku dicampak kedalam sungai dan lalu hanyut mengikut arus,
akhirnya aku terdampar dicelah-celah batu..
khidmatku masih diperlukan???
aku diberikan tugasan baru..,
kali ini
aku dijadikan tempat meletak kerikan si pemacing..
walau aku reput dimakan usia,
namun diriku masih ada yang menghargainya..
dan aku akan terus menabur jasa'

Untuk mengekalkan kesegarannya,
ikan ungah di hidupkan didalam air
dicelah-celah batu.

'Masih kuat lagi iaa...' lihatlah percikan air
dari ikan unggah.

'Nampak masih segar'

Dengan menembuskan tali dari ingsang kemulut,
agar ikan ungah tidak terlepas.

Ungah: 'Aku hidup untuk makan dan dimakan,
memang sudah menjadi kudrat ilahi..'

Menjelang malam, suasana damai dengan pemandangan
indah membuatkan penulis teringin dihati untuk
merakamkan gambar perairan pantai serasa dengan
keadaan awan serta dada langit yang mengeluarkan
aura membiru...dan kemerah-merahan..

'inda tedapat Nikon D300 wah.., pakai P900 pun okey lah..'

Ikan ungah kedua diperolehi pada
tahun ini..
'Syukur Ya...Allah..'


Penulis: seekor lagi ikan ungah yang beratnya hampir 900g berjaya dipancing ditempat yang sama, keadaan air bergerak pasang diketika itu. walau berangin dan air berombak sedikit, namun kurang dari satu satu minit selepas melabuh umpan kembura (bekarat), belum pun kerikan sampai diletakan, umpan terus disambar dan tarikannya pula tak lah sebegitu kuat.

"Pergi memancing berumpankan kembura,
Tempat selalu diujung batu serasa,
Rasa gembira di dalam dada,
Mendapat ungah kali kedua."

----------------------------------------------------------------------------------

'Ni...gue beri kongsian... resepi ikan ungah masak
Asam Pedas lah..'
"Semalam gue cuba ini resepi pulang dari mancing.., FuyOooo!!
sodap bah!!"

'Ini resepi gue petik dari laman web mesraaaaa~~~(bob AF3)'
www.mesra.net Resepi
@,>->---------------<-<'@

Asam Pedas Cara Brunei

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan merah yang sederhana besar
(disaing dan dipotong ikut suka)
500 ml air
½ bawang besar (dihiris)
3 keping asam gelugur
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

4 biji lada hidup
10 biji cili padi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

*Bahan-bahan ini dikisar halus dan dicampur dengan 2 sudu teh serbuk kunyit

Cara:

Panaskan minyak tumis bawang besar dahulu barulah masukan bahan kanan dan tumis sehingga mengeluarkan bau, barulah masukkan air. setelah air mendidih masukkan serai,asam, garam dan ikan sehingga masak dan agak pekat.

Cadangan Hidangan:
Hidangan bersama nasi putih sewaktu masih panas. selamat mencuba.

Kiriman: Lina
Sumber: Ibu mertua

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP