Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, February 24, 2009

Buntal Oh Buntal


Ikan Buntal memang enak di makan
tetapi boleh memudaratkan... :)


Ikan Buntal yang hampir 2kilo beratnya dipancing
disalah satu raba perairan Brunei..
(Catch & Release)


Ikan Buntal Untuk Hidangan..??


Penulis: Sekadar untuk pengetahuan bersama mengenai amaran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes Keracunan: Jangan makan Ikan Buntal.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau memakan ikan buntal berikutan berlakunya enam kes keracunan makanan akibat memakan telur atau isi ikan itu yang dilaporkan sejak dua bulan lalu. Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, dua dari- pada 36 mangsa berkenaan meninggal dunia dalam kejadian berasingan di Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Pontian. Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengeluarkan notis larangan penjualan ikan buntal kepada orang awam di semua pasar dan premis di seluruh negeri berkenaan.
“Ikan buntal mempunyai racun semulajadi iaitu tetradoxin yang terdapat banyak dalam hati, ovari dan usus ikan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau memberitahu, racun ikan itu sangat berbahaya dan tidak dapat dimusnahkan dengan suhu, malah boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius dan boleh membawa maut.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

(by Fieza on Sat Jun 21, 2008 6:44 pm)

Sumbar diperolehi dari laman web http://www.paramedik.bbfr.net


Wahai buntal badan berduri,
Giginya tajam pemutus tangsi,
Usah dimakan umpan ku ini,
Kelak binasa badan sendiri.


0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP