Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, February 21, 2009

Renungan Bersama

Peroleh kejayaan dengan redha atau murka Allah

Bersama kita menghayati satu kisah yang menarik yang dipetik dari buku La Tahzan.

Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata: Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat. Mereka terpedaya dengan bisikan tersebut lalu mereka tidak solat subuh, zohor dan asar.

Selepas asar mereka pergi untuk menangkap ikan dan Berjaya menangkap seekor ikan. Mereka menangkap ikan itu dan membelah perutnya. Mereka semua terkejut kerana didapati sebutir mutiara yang mahal dari perut ikan itu. Salah seorang berkata : Subhanallah, ketika kita taat kepada Allah kita tidak mendapat apa-apa. Namun ketika kita menderhakainya kita mendapat mutiara. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh ini tidak patut diterima.

Kemudian dia mencampakkan mutiara itu ke laut. Dia berkata : semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Demi Allah aku tidak akan menerima kerana Allah berikan ketika kita tidak solat kepadaNya. Marilah kita berpindah ke tempat kita melakukan dosa ini.

Selepas tiga batu mereka meninggalkan tempat itu, mereka berusaha untuk menangkap ikan buat kali kedua. Mereka Berjaya menangkap ikan Kun’ud. Perut ikan itu dibelah dan ternyata didapati sebutir mutiara. Mereka berkata : segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki yang baik kepada kita. Ini diperolehi selepas mereka bersolat, berzikir dan bertaubat kepada Allah. Maka mereka menerima mutiara tersebut.


PENGAJARAN :

1- Allah memberi kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha walaupun seseorang itu mendurhakaiNya.
2- Rezeki yang berkat diberikan dalam keadaan seseorang itu sentiasa mentaati Allah.
3- Allah sentiasa menguji hambaNya untuk meningkatkan keimanan.
4- Pilihlah memperoleh kejayaan dalam keadaan mentaati Allah.


Disunting daripada buku : La Tahzan : Dr Aidh bin Abdullah al-Qarniy

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP