Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, February 2, 2008

Memancing Di Kg.Pudak

Memancing di Kg.Pudak Mukim Kota Batu
31.01.2008 (Khamis)

Trip memancing kami pada kali ini adalah dikawasan perairan Kg.Pudak, terdapat beberapa jeti yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli untuk kemudahan perhubungan, pengangkutan dan sebagainya bagi penduduk-penduduk kampong Pudak. Untuk sampai ke kampong Pudak, kami dengan melalui jeti kampong Serdang di bawa dengan menggunakan perahu salah seorang teman kami yang tinggal di Kg.Pudak. Dengan mengunakan perahu fiber 12 kaki dan engine 15 kuasa kuda perjalanan kami keseberang memakan masa 3-5 minit.

Jambatan/Jeti Kg.Serdang
Jeti yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan berlantaikan simen, terdapat bangku, lampu eletrik dan selamat untuk digunakan oleh penduduk kampong dan para pengunjung.



"ah..menyimpan joran arah pagar jeti bulih..", asal jangan di pugut saja segala kemudahan-kemudahan yang telah di sediakan oleh kerajaan atu... (,')

Sambil-sambil menunggu perahu seberang mengambil, main-main dengan anjun pun sudah cukup untuk memperolehi ikan kirang-kirang yang banyak terdapat di kawasan perairan Jeti Serdang ini.


Ikan "Kirang-kirang"



Di Jeti Kg Pudak
"Jeti/jambatan Panjang"

Ikan Ketambak



Di Jeti Kg.Pudak
Jeti "berdekatan Masjid Kg.Pudak"

Seorang teman sedang merambat udang




Tidor Kah Wang!!!!
Tidor apa tah pulang orang sedang menghayati laungan "Azan Subuh"

Ikan Kerapu

Ikan ketambak


Hasil-hasil tangkapan:

  1. 15 ekor ikan "kirang-kirang"
  2. 2 ekor Ikan Kerapu (damit-damit ganya)
  3. 5 ekor anak ikan ketambak
  4. 2 ekor ikan sembilang
"kesemua hasil tangkapan pada malam itu
dilepaskan dan ada yang dijadikan umpan semasa memancing"


0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP