Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, January 12, 2008

Merambat Udang

Selain memancing, aktiviti2 merambat udang juga adalah satu aktiviti yang popular dikalangan para belia Brunei pada waktu ini. Jika dahulu, merambat dikaitkan dengan orang tua-tua sahaja, namun sekarang tiada batas usia untuk menghayun rambat bagi mengekalkan budaya warisan orang2 Melayu di Negara Brunei Darussalam.

Udang Galah "Sauh"





Aksi merambat di dalam kawasan bekas kastam lama di ibu negara menghasil kan kami menangkap se ekor udang galah seberat lebih kurang 200gram.

Pada awal pagi 10 januari 2008, hampir jam 3.00 pgi, udang tangkapan kami cukup memuas kan, oleh kerana peralatan untuk menghidupkan udang tersebut tidak mencukupi, kami cuma menyimpannya ke dalam bekas kosong tanpa air, hampir 4 kilogram udang kami perolehi pada malam tersebut, cukup memuaskan hati kami dengan menggunakan hanya satu rambat berukuran 14 kaki panjang dan buka nya kira-kira 7 kaki.


Terima kasih penulis ucapkan kepada teman yang berkesudian mengirimkan gambar2 aktiviti merambat udang, semoga dilain hari terdapat beberapa teman lagi akan mengirimkan aktiviti2 penangkapan ikan, udang, ketam dan banyak lagi dengan menggunakan alat2 tradisional orang2 Melayu Brunei kita. Sekian Terima Kasih.

Gambar di sumbangkan oleh:
Pemutus Asa

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP