Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Monday, January 14, 2008

Memukat Udang

Memukat/Mengandang Udang Dikawasan Perairan Muara
"Ujung Sapuh Pulau Muara Besar"


Penurunan Perahu Kg.Pengkalan Si Babau
Pemandangan indah diselubungi kesejukan diawal pagi hari "subuh" memperlihatkan bermulanya sang mentari melebarkan sinarannya untuk menerangi bumi kita.

Penurunan Perahu Kg.Pengkalan Si Babau
Perahu fiber 19kaki ukuran panjang, dengan engine 80kuasa kuda, dari penurunan perahu Kg.Pengkalan Si Babau ke ujung "Sapuh " mengambil masa lebih kurang 10-15 minit (jika air tenang)

Penurunan perahu ini adalah diantara penurunan perahu yang sering digunakan para nelayan didaerah Brunei Muara selain penurunan perahu Pantai Serasa dan Penurunan Perahu Muara.
Penurunan perahu ini disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli untuk kemudahan para nelayan untuk pergi kelaut.

Selain daripada penurunan perahu, dikawasan persekitarannya juga terdapat beberapa orang yang sering berkunjung kesini untuk memancing ikan, memandangkan kawasan penurunan perahu kg.Pengkalan Si Babau ini berdekatan dengan sangkar ikan.

Tempat ini tidak kurang hebatnya juga memiliki ikan2 seperti, selungsong, unggah, barah-barahan, ikan putih, kerapu, safiee, umpak dan banyak lagi.

"Kabatan"
"Kabatan" satu lagi cara untuk menangkap/memerangkap ikan. Kabatan yang selalunya diperbuat dari pada kayu dan disusun seperti kandang bagi memerangkap ikan. Kabatan mempunyai konsep lebih kurang seperti bubu ikan, yang mempunyai satu lorong untuk masuk. Selalunya kabatan ini dibena pada perairan yang cetek iaitu kedalaman 2 - 3 meter. Selain ikan yang berbagai jenis, terdapat berbagai jenis kehidupan laut juga terperangkap didalamnya.

Suasana diujung sapuh perairan Muara
Sungguh meriah pada waktu itu, apa bila dianggarkan lebih 20 buah perahu nelayan sedang berlabuh dan menahan pukat. Kedengaran suara2 bercerita dari dalam perahu yang berlabuh, bertegur sapa diantara para nelayan, malah budaya tolong menolong dan saling faham memahami menjadi kebiasaan diantara para nelayan disini.

Kelihatan teman sedang menarik pukat

Beudang sana atu liauu..!!!
"Sadang jua..., ada jua pajalnya sini ani"

Hasil Tangkapan
Penyibuk kucing ani..!!!

Selain udang, seekor ikan umpak, seekor satak, ikan pahat-pahat dan sotong juga diantara yang tersangkut pada pukat yang panjang nya kira2 8 binata (anggaran 150meter).


Satak

Ikan Pahat-Pahat

Sotong "kelabutan"

Ikan Umpak
Berat : Kira2 1kilo lebih

Udang berbagai jenis

Udang yang diperolehi dari hasil memukat/mengandang
dianggarkan dalam pebelasan kilo.


Ribuan terima kasih penulis ucapkan kepada teman yang mengirimkan gambar-gambar aktiviti memukat/mengandang udang, serba sedikit penulis dapat gambaran suasana semasa melakukan aktiviti2 memukat/mengandang udang dihujung minggu. Terima Kasih lagi penulis ucapkan.

Gambar di sumbangkan oleh:
Mamolapenga

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP