Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, January 18, 2008

Rahsia Pancingan Tasik

Rahsia Penghuni Tasik "RIMBA"

Terdapat banyak tasik-tasik semulajadi dinegara kita, tasik2 sepi ini menyimpan berbagai rahsia yang selama ini tidak terfikir oleh kita bertapa tasik2 sepi ini dihuni oleh beberapa spices ikan air tawar.


Philip Yip

Ini adalah diantara spices ikan air tawar yang dipancing oleh philip yip, ikan yang dipangil oleh beliau dengan nama Lucky fish ini telah banyak memenuhi aquarium dirumah beliau.

Ikan "Flower Horn"




Ikan Patian
Beberapa ekor ikan patian yang dipelihara hasil pancingan tasik. Sudah menjadi hobbi, ikan2 hasil pancingan beliau disimpan didalam aquarium untuk penyeri ruangan tamu beliau.



Lebih 30 ekor ikan hasil pancingan Philip Yip yang disimpan didalam Aquariumnya dengan berbagai2 saiz dan corak ikan "lucky fish". Menurutnya banyak teman2 dari golongan orang2 tempatan untuk membeli ikan2 ini darinya dengan ditawaran harga yang tinggi, tetapi kerana sayang akan ikan2 ini beliau menolak tawaran tersebut.

Umpan bagi ikan2 ini adalah cacing, dan adakalanya beliau mengunakan tepung. Set2 joran yang sederhana dengan tangsi 8lbs sudah cukup untuk mengasilkan ikan sebanyak ini.




Udang Galah

Ribuan Terima kasih penulis berserta ahli2 NSZ ucapkan pada beliau kerana mengizinkan gambar serta hasil tangkapan beliau disimpan kedalam blog ini bagi tatapan bersama untuk tujuan meluaskan lagi pengetahuan,serta memupuk minat kita dalam menerokai pancingan air tawar ditasik2 sepi yang banyak menyimpan berbagai rahsia.

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP