Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, November 13, 2009

Pagi Juma'at Di UG

 'Ungah Garden' Peranginan Pantai Serasa
Negara Brunei Darussalam
13hb November 2009 (Pagi)



Suasana pagi di sepanjang batu melintang 'ungah garden'
dipenuhi dengan para pemancing yang setia menantikan umpan dimakan ikan.





Pada hari ini, penulis yang pada awalnya hendak turun memancing seperti dulunya, namun kehabisan umpan 'ikan kembura' yang dijual pada biasanya ditamu pasar ikan peranginan pantai serasa. Namun untuk melepaskan rasa hendak memancing, penulis sempat berkunjung dan bertemu rakan-rakan memancing di UG.

'siuk meliat bisdia memancing..'



Seperti yang diketahui, setiap jumaat, rezeki pasti ada.., namun
giliran siapa untuk memperolehi ungah cuma berserah kepada rezeki yang diberikan.

Hari ini, disebelah pagi, dua ekor ikan ungah yang beratnya masing-masing mencecah 1kilo lebih berjaya dinaikan oleh Dawn Angler a.k.a Wafi di lubuk kegemarannya (lubuk penyu) Tahniah bro.., memang setiap juma'at inda menghapakan nie.





(Klik pada gambar untuk bersaiz besar)
Wafi.. dilebuk penyunya dengan seekor ikan ungah yang dipancing dengan mengunakan kerikan
dan berumpankan seekor ikan kembura





(Klik pada gambar untuk bersaiz besar)
Salah seorang lagi rakan penulis yang sering memancing disini, Mr.R.., juga memperolehi seekor ikan ungah.. menurutnya ini adalah ikan ungah kedua diperolehinya dalam masa 2 hari. kelmarin (hari khamis) ditempat yang sama, beliau juga menaikan seekor ikan ungah dan seekor lagi ikan selungsung yang beratnya 5 kilo lebih dengan menggunakan teknik casting. Menurutnya 'Pada hari khamis saja, disebelah pagi, 6 ekor ikan ungah berjaya diperolehi disini'  semua-mua bisdia ampit nya seekor seorang.


Penulis: 'mun ku ada kelmarin ku gambar kamu semua-muaa..... hehehe'





aksi salah seorang pemancing, pabila kerikannya diranjat ungah..
'nahhhhhhhhhhhhh!!! lapas tiaaa.....!!!! sabarnya kil... insyaallah ada ia lagi tue karang

Sekian Wassalam. 
<<>> <<<<>>>> <<>> <<<<>>>> <<>>


0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP