Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Wednesday, July 22, 2009

Berihatlah Seketika Wahai Suhailah

Trip Memancing Udang Galah Di Kawasan
Perairan Bawah Jambatan Lembuh Raya Daerah Tutong
Bersama Para Pelaut Kapal Lingkong Suhailah
12hb julai 2009

Salah seorang rakan dari seberang
yang sepenuh masanya bersama SUHAILAH
kali ini mengisi masa lapang mereka bersama
ahli NSZ memancing udang galah

'aduhh..mas.... boleh tahan sih hasil pancingan
kamu..., semoga kamu bisa nikmati rasa enak udang galah
dari daerah tutong ya..'

waktu yang dinanti, apa bila berada di daratan,
mereka juga ingin mengisi kekosongan dengan bersantai
bersama rakan-rakan sepejuangan dengan memancing
udang galah yang cukup santai...

'dilaut engak ada ini... udang galah seperti ini..,

cuma yang ada udang yang lebih besar dari ini dong,
panggilnya udang bekara..'

'Jika saiznya sebesar itu mas, kita panggilnya
udang galah buat sapak sih..., tapi jika banyak enak
juga di masak rebus..'

'waduh-waduh mas., itu topinya
warna kaiya punya Bob Marley mas...'

Penulis: Sesekali memancing bersama rakan-rakan dari seberang sedikit sebanyak boleh bertukar-tukar ilmu pengetahuan serta pengalaman, pelaut-pelaut ini sedikit sebanyak telah menaburkan jasa dan kebaikan dalam memajukan perindustrian sumbar pemakanan laut di negara kita. Ombak dan badai, angin dan hujan, serta guruh dan petir dilautan sedikit sebanyak mengajar mereka erti sebagai pelaut sejati. Pengalaman berhari-hari dilautan luas yang penuh mencabar memberikan mereka pengalaman dan ilmu peluat yang mendalam. Pada hakikatnya begitulah kerja sebagai nelayan, sumber rezeki dilautan bagi mengisikan bangku-bangku gerai jualan ikan di pasar ikan yang terdapat di negara kita. Begitu juga dengan nelayan-nelayan tempatan, berganding bahu bersama para pelaut seberang dalam mempertingatkan ekonomi negara. Harapan di kemudian hari.., mereka akan lebih berusaha gigih bersama anak tempatan bagi sama-sama memperolehi hasil tangkapan yang lumayan. Amin.... sekian wassalam.

Gambar di Sumbangkan Oleh: Krikan Shimano
<<>> <> <> <> <<>>

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP