Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, June 30, 2009

Trip Pancing Udang Galah Bengkurong

Memancing Udang Galah
Di Kawasan Perairan Sungai Jambatan Baru Kg.Bengkurong
Daerah Brunei Muara, Negara Brunei Darussalam
26/6/2009 (malam)

Salah seorang rakan NSZ dengan hasil pancingan
seekor ketam kalok..

'ngail udang galah, katam tah pulang dapat'

keadaan di waktu malam Jambatan baru Kg.Bengkurong


Penulis: Tiada santapan udang galah diperolehi pada malam itu, cuma 2 ekor ketam kalok sahaja yang sudi menjamah umpan diwaktu itu, keadaan air yang surut dan kelihatan kelip-kelip cahaya mata merah sang buaya yang banyak terdapat di tebing-tebing Sungai Kg. Bengkurong Masin ini. Menurut salah seorang teman yang sering memancing di kawasan itu, dikala air pasang seharusnya para pemancing akan lebih berwaspada, kerana paras air yang tinggi akan mendekatkan lagi para pemancing dengan air sungai. Sekian sedikit cerita ringkas untuk dikongsikan bersama.

Gambar di Sumbangkan Oleh: Rambat Daiwa
<> <<>> <<<>>> <> <<<>>> <<>> <>


BENGKURONG, Ahad, 4 Januari. - Projek pembinaan jambatan baru Jalan Bengkurong Masin telah siap dibina dan dibuka kepada pengguna-pengguna jalan raya bermula semalam, Sabtu 3 Januari 2009.

Menurut siaran akhbar Jabatan Kerja Raya (JKR) projek tersebut merupakan kesinambungan program pembesaran Jalan Bengkurong Masin dari Jambatan Bengkurong hingga ke persimpangan Jalan Lumapas.

PROJEK pembinaan jambatan baru Jalan Bengkurong Masin siap di bina dan dibuka kepada para penguna bermula 3 Januari 2009. (Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)

Projek pembinaan jambatan baru Bengkurong Masin menyeberang Sungai Damuan bermula awal tahun 2006 itu menyediakan dua lorong tambahan menghala ke persimpangan Jalan Lumapas termasuk laluan pejalan kaki.

Manakala dua lorong jambatan yang sedia ada dikhususkan untuk lalu lintas menghala ke persimpangan Jalan Tutong.

Projek itu dihasratkan akan dapat menampung pertambahan bilangan lalu lintas di kawasan berkenaan selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu sibuk (peak hours).

Pada masa yang sama, projek pembesaran Jalan Bengkurong Masin dari jambatan tersebut hingga ke persimpangan Jalan Lumapas pada masa ini masih giat dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2009.

Sehubungan dengan ini, JKR menyarankan kepada pengguna-pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dan yang sering melalui Jalan Bengkurong Masin supaya dapat mematuhi peraturan tanda-tanda lalu lintas yang telah disediakan serta mengambil langkah berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan tersebut kerana kerja-kerja melebarkan Jalan Bengkurong Masin sedang dilaksanakan.



Artikel dipetik dari laman web www.pelitabrunei.gov.bn

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP