Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Friday, April 17, 2009

Rezeki Mengundang Di Pagi Juma'at

Doa Sayangku Fareesya Kepada Wawa
Rezeki Mengundang Di Pagi Juma'at
06.00 pagi-09.15pagi.
Pantai Serasa (ungah garden)

Keadaan air yang mula bergerak pasang,
dihujung batu ungah garden Pantai Serasa..,

walau nampak tenang diatas permukaan air, namun arus di dalamnya
bergerak dengan cepat.

tiada cerita mengenai sang buluh sepi lagi...,
kerana batang kayu sebagai ganti..
untuk
meletakan kerikan..

ikan ungah pertama dinaikan kira-kira jam 7.15 pagi..,
seberat 1.1kilo...cuma kurang dari satu minit umpan dilabuh...
('umpan masih lagi melayang2 mengikut arus.., tarus cia diranjatnya..')

ikan ungah kedua..seberat 700gram yang diperolehi kira-kira jam 8.15
('ani lagi lapar ikan unggahnya... alum lagi sampai mengampai
kerikan udah cia diranjatnya')


'ikan ungah pertama dan kedua...'

ikan ungah ketiga.. diperolehi kira-kira dalam pukul 9 pagi.
berat 1.3kilo.., cukup mengejutkan..!! hingga kan kerikan
terumban kedalam air...
(bukan saja kerikan terumban, sigup pun beguguran..
nasib saja kerikan kayu.., timbul masih walau gugur ke air,
baik jua rezeki atu inda kemana, sampat jua menuruni
ke air')

ketiga-tiga ikan ungah yang diperolehi.., dihidupkan
di dalam air yang terdapat dicelah-celah batu untuk
mengekalkan kesegarannya...
('cuma kalau di simpan dalam air ani.., isketambola atu.. ada cia menyapit.,
binasa ekor ungah ulihnya ni...')



'gambar kenangan bersama ibunda tercinta..,
yang secara kebetulan
berada diluar rumah..setibanya
penulis dihalaman rumah'


gambar kenangan bersama isteri tersayang..
yang selalu mendoakan keselamatan penulis setiap
kali keluar untuk memancing...


'bah nanti2 dangani ku mengail... ahh....' :)

'hari ani.., papi masak asam pedas...' :)

Penulis: Rezeki dipagi juma'at.. mendatangkan hasil 3 ekor ungah.., dan teman penulis yang sama2 memancing juga membawa pulang seekor ungah dan seekor ikan kerapu. Air pada ketika itu memang baik sekali.., tarikan demi tarikan (sambaran)selalu saja terjadi, hingga kan penulis dan teman memancing tidak senang duduk dibuatnya. walaupun seekor ikan kerapu dan seekor lagi ikan ungah terlepas namun bersyukur dengan rezeki yang ada. Ikan ungah selalunya memakan umpan seperti ikan kecil (dipatuk-patuknya dulu,) secara tiba-tiba menarik kuat dan jika telambat untuk mengapai tangsi kemungkinan besar mata kail akan terlucut dari mulut ungah (diludahinya balik) atau ikan ungah mempunyai kesempatan untuk masuk kedalam celah-celah batu yang dipenuhi dengan selisip selisip tajam yang boleh mengakibatkan tangsi tersangkut atau terputus. Sekian untuk renungan dan tatapan bersama. wassalam.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Memancing ikan di waktu pagi,
Tiada santapan hingga kesenja,
Walau pun jauh umpan ku talangi,
Umpan yang dekat jua ia berguna.
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>

1 comments:

mizlan April 18, 2009 at 6:03 AM  

wooo..lumayannya hasil..tahniah!

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP