Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, February 12, 2008

Cabaran Pancing 2008



Cabaran Pancing 2008
Kg.Sungai Matan, Mukim Kota Batu
Ahad, 3 Safar 1429H Bersamaan 10 Februari 2008
0800 pagi - 05.00 ptg

Cabaran Pancing 2008 adalah Anjuran Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, selain pertandingan memancing ikan mengikut kategori, bermacam-macam pertandingan dan acara diadakan pada hari itu, seperti pertandingan membintur ketam, pertandingan berkayuh perahu jumpong, peraduan meneka jumlah banyak kupang didalam aquarium dan peraduan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak.


08.30 pagi-Waktu menantikan acara cabaran memancing bermula

"mengikat mata kail ku dulu, jangan ditaguri..
sepermata ganya kana suruh ni...,
kalau dua permata hukumnya makruh tu..inda di asi tu..nya bisdia.."


Beberapa teman N^S^Z sedang menantikan acara memancing bermula.


"ahhh......., si alai ani membintur dari
jendela rumah ganya iaaaaaaaaaaaa......ahh"
(Nah...putus asa tah kami ni nahh..., kalah tah ni nah leh si alai ani nah..)

"5 biji bintur kali ku pasang ahh..., lubuk katam ku bah nie..."

"Bisai buatan perahu bisdia ani.., mun tedapat
sebuah syukur alhamdullilah.."

Peraduan memancing bermula jam 08.45 pagi, kedengaran bunyi siren menandakan Cabaran Pancing bermula bagi ketiga tiga kategori yang dipertandingkan.

  • Kategori A- Memperolehi Ikan 50g keatas dalam masa 30 minit.
  • Kategori B- Memperolehi Ikan yang paling berat.
  • Kategori C- Memperolehi jumlah tangkapan yang banyak (ikan yang berat 50g keatas)

Dalam acara meneka jumlah banyak kupang dalam aquarium: $1.00 setiap satu tekaan.
Jumlah Banyak Kupang : 724 biji ( dua orang yang terpilih untuk diundi sebagai pemenang, apa bila tekaan mereka berdekatan dengan jumlah sebenar)

keadaan air pada waktu itu surut dan
cuaca pula mendung

Oiii...dang malai...!! mana ko dang malai buah hati jantung ku ehyy..!!
Air..surut..!!masuk keparut...!!air pasang masuk ke asang...!!

ehy.....!!mana tia dang malai...!!kunang..kunang ku ani...!!!
makan...!!tah umpan ku ani...dih!!

Koboi mana lagi tu.., "awas-awas ada lagi
si playboy sama si jaka sombong atu melintas"

Aksi salah seorang teman N^S^Z yang mencuba-cuba nasib dengan menggunakan teknik casting.

"ada ku teliat entadi lauk selungsong atu...
beranang-ranang sambil senyum-senyum bawah jambatan ani..!!" mana tia.??


"betaduh dari keujanan kah boii!!!"
takut ujan kah...???
(bukan nya takut ujan..., takut basah wah ehy..)


liat tu nah....kawan tani seorang ah..., baru iya.....

"walau ujan...,ribut taufau sekali pun datang melandaa....!! namun.. kelibat warna-warna sisik ditubuh mu...!! wahai ikan...masih tetap menjadi pujaan hati ku!!" ...(,')...

"Ohhh..dang malai.., buah hati nyawa pengkalan pisang...., berenang-renang tah kau dahulu.. bergumbira-gumbira tah hati kedikami di kenaikan mu nanti...sayang...!!!" (hahaha.. kalau time kan mau belurih lauk atu..macam2 madah dan kata2 indah tekeluar...)


"dapat 2 ekor anak ikan ketambak ku kali udah ahhh..."
...(,')...

Sungguh ramai perserta memancing yang ikut serta pada hari itu., walau hujan ditengah tengah waktu pertandingan, namun para perserta memancing masih meneruskan Cabaran Pancing 2008.


Acara Perlumbaan Berkayuh Perahu Jumpong
(selepas selesai kesemua peraduan memancing)


Sorakan mariah yang diberikan oleh para hadirin kepada beberapa orang perserta wanita yang mengikuti perlumbaan berkayuh perahu jumpong.






Video aksi para perserta Cabaran Pancing 2008
video

Air yang bergerak pasang (bangat sedikit) serba sedikit menguji kesabaran para pemancing, "biasalah tu tali joran membantang tali perserta yang lain" (,')..

Perlumbaan Berkayuh Perahu Jumpong
video

8 kumpulan yang menyertai dalam pertandingan berkayuh perahu jumpong, yang terdiri daripada kaum wanita penduduk Kg.Sg Matan. "dua wanita berkayuh yang dibantu oleh seorang lelaki yang berperanan sebagai pengemudi perahu jumpong"

Media Permata - Isnin 11Februari 2008

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Awang Mohd Norzirun Haji Abdul Halik dinobatkan jaguh pancing dalam pertandingan cabaran Pancing 2008 anjuran Majlis Perundingan Kampung Sungai Matan (MPKSM) dengan berjaya menangkap ikan Selungsung seberat satu kilogram.

Beliau meninggalkan Sufina Haji Abas di tempat kedua dan Jumat Haji Akim di tempat ketiga dan dalam cabaran dwitahunan hari ini Haji Shahrizan berjaya menangkap ikan pertama pada pukul 9.30 pagi.

Bagi kategori berkumpulan pula dimenangi Swat Dewa dengan tangkapan berjumlah 24 ekor diikuti Kumpulan Rosyalin 13 ekor dan di tempat ketiga Seri Rimba dengan tangkapan sembilan ekor.

Bagi kategori membintur ketam pula kesemua hadiah digondol peserta tuan rumah Kampung Sungai Matan iaitu Hajah Rogayah Haji Salleh tempat pertama, Abdul Hafiz Haji Abdul Halik dan Waliyudin Haji Romi di tempat kedua dan ketiga.

Cabaran Pancing kali ini dimeriahkan dengan beberapa pertandingan lain antaranya perlumbaan mengayuh perahu tradisional (Jumpong), peraduan mewarna, peraduan meneka jumlah kupang dan peraduan meneka kata.

Kira-kira 120 peserta terbabit dalam cabaran pancing kali ke-5 tahun ini dari seluruh pelosok negara yang bertujuan untuk mengutip derma bagi Tabung Anak-anak Yatim di samping menambahkan tabung MPKSM.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Pentadbiran Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Omar Haji Abdul Rahman.


Penulis: Kami dari N^S^Z mengucapkan tahniah kepada Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Kota Batu kerana dengan jayanya mengadakan Cabaran Pancing 2008,
diharap aktiviti-aktiviti seumpamanya akan dapat di adakan lagi dikemudian hari, dan tidak lupa juga kami ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua penduduk Kampong Sungai Matan kerana menanamkan sikap ramah mesra biskita dengan para perserta dan hadirin pada hari itu.


0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP