Brunei Time
Thursday, January 14, 2010
Trip Memancing Yang Lalu Di Peranginan Pantai Serasa
21.12.2009 (malam)
Bob
'Alamak... kang bedu...'
Lijan
'Mana taiya..ungah ku ani., nah si ping tah
mengambil gayanya ni..'
Mamat
'Sausage saja mat?? ayam nada..?? hehehe'
Friday, January 1, 2010
Berkunjung Ke Muara Sungai Anduki
Trip Memancing NSZ Ke Perairan Muara
Sungai Anduki Daerah Belait
Negara Brunei Darussalam
21.12.09
Trip memancing NSZ dan rakan-rakan di Muara Sungai Anduki Daerah Belait adalah untuk mengisi masa lapang dan ingin mencuba nasib memancing disana. Bertolak seawal pagi dari Bandar Seri Begawan, melintasi daerah Tutong, dan mengambil kira-kira satu jam perjalanan untuk sampai ke detinasi memancing yang hendak di tuju. 'sudah lama inda beaga tempat ani.., rindu rasanya kan mengail disini lagi'.
Mr.So What...!! sorang2 jua di jeti atu, awas-awas cacak hijau bro..
Lijan dengan seekor ikan sembilang
Gaya lijan semasa melontarkan gewang.
'nada rod khas casting kah bro?? hehehe.. ingat mempopping tadi..'
'Mana lauk nya ani., nada sambaran kah sini ani..???'
'Ada tu bro sambaran sana atu, kakinya empat..
munungnya panjang 2 kaki tu'
Hanafi dengan ikan pila-pila
Imbran, seekor ikan gumbir hasil
pancingan beliau dengan berumpankan udang hidup
Ping., 'Ketam pun ketam lah..'
*Selamat Menyambut Tahun baru Masihi 2010*
*Dari Kami NSZ*
Read more...
Labels:
Gumbir,
Ikan Pila-pila,
Ketam,
Sembilang
Andapong Perairan Danau
Ikan Andapong Di Perairan Danau
Kg. Danau Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam
Aktiviti memancing rakan-rakan NSZ di perairan Danau untuk memancing ikan Andapung yang banyak terdapat disana. Keadaan air yang bergerak pasang, dan air yang kabut adalah waktu yang baik untuk memancing ikan andapong ini. Umpan kegemaran spesis andapong ini adalah 'bubuk'. Bubuk ditaburkan bagi mengumpul kan ikan-ikan ini, dan teknik menabur bubuk ini adalah satu teknik yang bekesan bagi memudahkan memancing ikan andapong.
Imbran dengan ikan andapong
hasil pancingan beliau
Lijan, 3 ekor ikan andapong yang
berjaya dipancingnya dengan menggunakan umpan bubuk.
'Sadang jua basarnya.., lamak ni isinya...'
Salah seorang rakan NSZ, dengan 5 ekor ikan andapong
Bubuk dijadikan umpan untuk memancing
spesis ikan andapong.
*Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010*
Read more...
*Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010*
Labels:
Andapong
Tuesday, December 22, 2009
Hasil Awal Muharam
Trip Memancing Di Perairan Serasa
Negara Brunei Darussalam
18.12.09 Juma'at
Ikut kita isuk? tanya Syawir. Turun kamu kah? Au.. Usu mbawa ah.. Ah.. Sapa saja lagi? Kawannya dua urang ikut. Ah.. bah liat tah isuk. Pukul berapa? Dalam pukul 4 atu lah turun ngintai Tawih bah jawab Syawir. Pada kesokan harinya 1 Muharam turun tah kami seramai 6 orang. Destinasi kami ke Ujung Pelumpong. Target utama kami Tawih. Lapas saja melabuh sauh kami tarus masang umpan. Tapi lapas batah menunggu hanya seekor ikan Lapih yang dinaikkan oleh Syawir dan seekor ikan Pila-Pila oleh Awang. Lalu kami memutuskan untuk berpindah port ditakat kawasan Serasa.
Disana Ramli berjaya menaikkan seekor ikan Pari yang boleh tahan saiznya. Manakala aku hanya belurih seekor ikan Pila-Pila yg kecil. Lapas atu keadaan kembali sunyi. Syawir bertanya arah kami. Cana? Pindah tani? Mencuba arah pancang merah atu tani. Kami pun bersetuju dengan cadangan beliau. Disana kami siuk melayan Ketambak. Aku dan Syawir berganti-ganti menaikkan Ketambak. Tiba-tiba joran Ramli direntap dengan kuat. Kami mbagi semangat arah Ramli dan menasihati beliau supaya berhati-hati. Takut lapas karang. Ahirnya seekor Barah-barahan dapat ditawan oleh Ramli. Lapas atu aku menaikkan lagi seekor Ketambak. Tanpa kami sedari sebuah kapal pukat tunda melintas berhampiran dengan tempat kami memancing. Lapas atu keadaan menjadi sunyi. Umpan yang dilabuh hanya diusik oleh ikan-ikan kecil atau Buntal.
Syawir dengan seekor ikan Lapih
Umpan yang hanya dihulur kebawah menghasilkan
seekor ikan Pila-Pila
Ramli dengan seekor ikan Pari. Dalam diam ni ia blurih.
Ani pun sama. Tau-tau ditarik ada. Nda menganggut.
Lapas berubah port kami, siuk melayan tarikan Ketambak.
Nasib Ramli baik time ani belurih Barah-barahan.
Ani ketambak yang last. Nda batah lapas ani ada kapal
pukat tunda melintas. Tarus sadau.
Sempat bergambar sementara menunggu loading
umpan udang hidup
Labels:
Barah-Barahan,
Ketambak,
Pari
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pesanan Dari Kami
"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"












