Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, December 22, 2009

Hasil Awal Muharam

Trip Memancing Di Perairan Serasa
Negara Brunei Darussalam
18.12.09 Juma'at

Ikut kita isuk? tanya Syawir. Turun kamu kah? Au.. Usu mbawa ah.. Ah.. Sapa saja lagi? Kawannya dua urang ikut. Ah.. bah liat tah isuk. Pukul berapa? Dalam pukul 4 atu lah turun ngintai Tawih bah jawab Syawir. Pada kesokan harinya 1 Muharam turun tah kami seramai 6 orang. Destinasi kami ke Ujung Pelumpong. Target utama kami Tawih. Lapas saja melabuh sauh kami tarus masang umpan. Tapi lapas batah menunggu hanya seekor ikan Lapih yang dinaikkan oleh Syawir dan seekor ikan Pila-Pila oleh Awang. Lalu kami memutuskan untuk berpindah port ditakat kawasan Serasa.

Disana Ramli berjaya menaikkan seekor ikan Pari yang boleh tahan saiznya. Manakala aku hanya belurih seekor ikan Pila-Pila yg kecil. Lapas atu keadaan kembali sunyi. Syawir bertanya arah kami. Cana? Pindah tani? Mencuba arah pancang merah atu tani. Kami pun bersetuju dengan cadangan beliau. Disana kami siuk melayan Ketambak. Aku dan Syawir berganti-ganti menaikkan Ketambak. Tiba-tiba joran Ramli direntap dengan kuat. Kami mbagi semangat arah Ramli dan menasihati beliau supaya berhati-hati. Takut lapas karang. Ahirnya seekor Barah-barahan dapat ditawan oleh Ramli. Lapas atu aku menaikkan lagi seekor Ketambak. Tanpa kami sedari sebuah kapal pukat tunda melintas berhampiran dengan tempat kami memancing. Lapas atu keadaan menjadi sunyi. Umpan yang dilabuh hanya diusik oleh ikan-ikan kecil atau Buntal.


 Syawir dengan seekor ikan Lapih

 
 Umpan yang hanya dihulur kebawah menghasilkan
seekor ikan Pila-Pila
 
Ramli dengan seekor ikan Pari. Dalam diam ni ia blurih.
 
Ani pun sama. Tau-tau ditarik ada. Nda menganggut.
 
 Lapas berubah port kami, siuk melayan tarikan Ketambak.
Nasib Ramli baik time ani belurih Barah-barahan.
 

 

 
Ani ketambak yang last. Nda batah lapas ani ada kapal
pukat tunda melintas. Tarus sadau.
 
 Sempat bergambar sementara menunggu loading
umpan udang hidup


0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP