Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Showing posts with label Awat-Awat. Show all posts
Showing posts with label Awat-Awat. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

'Precious Boat' Trip Pancing Brunei Drop Off

Trip Memancing Di Perairan Negara Brunei Darussalam
Brunei Drop Off
Pada Hari Ahad 5hb July 2009

Dini, Awie dan Jimi dengan hasil pancingan mereka.

Spesis ikan yang diperolehi, Awie dengan seekor Ikan Aji-aji (king fish) yang beratnya lebih kurang 7kg labih. Manakala Jimi dengan ikan kurapu tiger 6kg dan hasil-hasil pancingan bersama adalah seperti: Ikan Kurisi Kaling, Ikan Rubi, Ikan Awat2, Ikan Pisang Emas, Ikan Sampariding Laut,Ikan Uji Rasid (marung muanya ni ikan uji rasid ani...)

Ini lah sebahagian hasil ikan-ikan yang diperolehi
pada trip pancing Precious Boat
diperairan Drop Off

'kalau ada rezeki, setiap kali turun kelaut
dapat ikan sebegini rupa pun syukur'

Ikan apalah ini??????
Kalau tukang mencari-cari spesis ikan ganjil ani
si Hadgi Gecko punya tugasan ni... hehehe

Jawapan: Ikan Buntal Kaban.

ShoutMix "Apa Kata Biskita"


Hadgi Gecko Bro Ironsilk... if inda ku silap lah (correct me if I'm wrong) ikan buntal pulang ni hehhee

Hadgi Gecko Bro Ironsilk... mun lurus dalam gambar ikan ganjil atu buntal kaban, kan bertanya ku jua pada yang tahu... dapat di makan kah ikan atu?

HafiCF Buntal kaban kana buat kan sushi jua oleh org Jepun.. Fubu kah d panggil nya.. Kes berani mati pulang tu :)

Padamit bh kompom th tu buntal kaban, tq smua


Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious Boat)
<<<<<>>>>> <<<<<<>>>>> <<<<<>>>>>

Read more...

Saturday, July 4, 2009

Tarikan Kental Sang GT (Bemasa)

Pertarungan Ahli 'Precious Boat' dengan Ikan GT
Di Perairan Negara Brunei Darussalam
2-3hb July 2009

Selain dari GT Bagak (Bemasa)., GT yang bersaiz
sedehana juga tertarik dengan 'popper handmade',
dan hasilnya 6 ekor ikan GT dan 1 ikan bulan-bulan
diperolehi pada malam ini.


Penulis: Tahniah kami ucapkan kepada ahli-ahli bot precious, Awie (owner Precious), jimi (capt.), taib (team precious) dan seorang rakan. Hasil-hasil pancingan biskita cukup memuaskan dan terima kasih kerana sudi mengirimkan gambar-gambar pancingan biskita untuk dikongsikan bersama.

Imbasan Hasil Ahli 'Presious Boat'
yang lalu pada 29 Jun 2009 dikawasan Perairan
Dropoff Negara Brunei Darussalam.

Ini lah hasil pancingan precious boat yang lalu dengan membawa ikan-ikan dari berbagai spesis seperti; Kurisi Bali dan Kurisi Kaling, Ikan Awat-awat, Ikan Pisang Emas (Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti,hutang emas bulih dibayar, hutang budi dibawa mati) hehe sampat lagi bepantun ni., sambung lagi ikan-ikan yang diperolehi, Ikan Rubi or Encik Rubiah, Kerapu Mentega (aii.. ani pun baru ku dangar nama kerapunya) dan bermacam lagi.

Ahli-ahli precious yang beraksi: jimi (precious), awi, boy dan seorang lagi teman.

Gambar Di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
^^^^^^ ^^^^ ^^^^^^ ^^^^^^ ^^^^ ^^^^^^

Imbasan Kembali Hasil-Hasil Pancingan
Ahli Serta Teman-Teman 'Precious Boat'

Artikel di bawah dipetik dari laman web: www.bruneifishing.com

Tajuk artikel : Anak Languran 4 - 1 Abg Bemasa



Angler: Popperazi
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 8000PG
Rod: Figo Big Fish 30-80lbs
Lures: Popper 120g / Jig 100g (jenama Arnab Putih)
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Sufix 60lbs
Fighting Time: est. 2-5min
Lokasi: 'Perairan Jerudong'

Bunyi mcm familiar, owh aritu LIV 4-1 MU (no offence!!)


Tajuk artikel : Rekod Menaikkan 13.5Kg


Angler: Raman
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 8000PG
Rod: Figo Big Fish 8'
Lures: Popper buat sendiri (nemo design brada)
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Lemax 80lbs
Fighting Time: est. 5min
Lokasi: 'Perairan Jerudong'


Tajuk artikel : Lesen n Rekod Bemasa 09 di renew




Angler: Popperazi n Awie
Boat: Precious
Teknik: Drift Popping
Reel: Navi 9000PG
Rod: Figo Big Fish 30-80lbs
Lures: Pin Bowling Popper 40g
Line: Tuf Line 50lbs
Leader: Lemax 80lbs
Fighting Time: est. 10-15min
Lokasi: 'Perairan Tutong'

Trip dgn bot 'Precious' kali ani menghasilkan seekor GT yang berskala 27kg dan beberapa ekor ikan languran.. Rupanya bukan senang menumpaskan ikan-ikan yang bersaiz semi mega apatah lagi ikan-ikan mega yang mempunyai reputasi daya pecutan tinggi...Harap-harap satu masa nanti...

p/s: Udah di junamnya kebawah atu mambang tangan n sakit ponggong Bossss.....

Penulis: IKAN BEMASA atau GT/Giant Trevally adalah diantara spises ikan yang diakui akan kehebatan pecutan dan keperkasaannya dalam arena memancing. Di Sebabkan dengan kehebatan dan keperkasaannya, ia telah dinobatkan dihati para pemancing sebagai spesis ikan terhebat dan amat terkenal dengan tarikan-tarikan kentalnya. Jika di lihat dari Keluaran Majalah Sirip dan episod VCD/DVD (Ikan Terhandal Malaysia) yang lalu, seperti Jigging Russian Pecah, Buru Geropoh Serantau, Penunggu Pulau Terbiar, Monster Tsunami Bali, GT Mama Sumba, Lembah GT Hutan Melintang, GT Ujong Kulon dapat kita saksikan pertarungan-pertarungan hebat para pemancing professional dengan Sang GT. Berbagai teknik pancingan yang boleh kita praktikalkan untuk memerangkap Sang GT, diantaranya teknik yang paling berkesan adalah Jigging dan Popping. Sang GT atau bemasa, boleh didapati dihampir disetiap lautan. Seperti yang kita tahu, di peraiaran negara jiran kita, Malaysia, Singapura dan Indonesia terdapat banyaknya spesis ikan GT dari yang bersaiz kecil, sederhana hingga pada yang bersaiz bagak (GT Kerbau/GT Mega). Di Perairan Negara Kita, Peraiaran Negara Brunei Darussalam, juga tidak ketinggalan didasar laut dalamnya yang dihuni dengan GT/Bemasa yang bersaiz besar, ianya telah terbukti apabila terdapat banyak para nelayan dan pemancing tempatan yang telah berhasil menaikan ikan-ikan GT/Bemasa dari yang bersaiz kecil hinggalah kepada yang bersaiz besar.

Read more...

Thursday, May 21, 2009

Aji-Aji, Rubi, Awat-Awat, Kurisi Bali & Pisang Emas

Aji-Aji, Rubi, Awat-Awat, Kurisi Bali & Pisang Emas
Hasil Pancingan Di Perairan Negara Brunei Darussalam
"Brunei Dropoff"

Salah seorang ahli Precious Boat dengan
hasil pacingan beliau "Ikan Aji-Aji"

"Nice catch bro" :)

'Jika sudah kena pada lubuknya'
Ikan Awat-Awat,
Kurisi Bali & Pisang Emas adalah diantara
jenis ikan-ikan yang diperolehi di perairan 'dropoff'

"Mari berlayar kepulau bali,
Menempah sejadah bersulam emas,
Jika memancing dilain hari,
Pastikan anda selalu berawas"

Penulis: Mengapa ia kana panggil Brunei Drop Off atu?
cuba tah kamu fikirkan.... :)

Gambar di Sumbangkan Oleh: PaDamit (Precious)
<> <><> <><><> <><> <>

Read more...

Monday, April 27, 2009

Hasil Pancingan Ahli2 Precious


Hasil-hasil Pancingan Precious Boat
Sabtu-Ahad 25/26 April 2009

PaDamit berserta rakan-rakan Precious Boat ' Dini, Jim dan Fian'
dengan hasil-hasil pancingan mereka.

'Bulih lah untuk membuka selera
bersama keluarga di rumah'


Rubi, Kurisi Kaling, Pisang Emas dan Awat2‏

Ini lah sebahagian dari pada ikan-ikan yang dipancing dikawasan
perairan laut Negara Brunei Darussalam kawasan perairan 'Brunei Dropoff'.

'ishh fresh2 ni ikan nya.., kalau kan bisai bro pa damit masukan tali rah ingsang2
ikan2 bro belurih ah.., masuk kan lam air semula..,
untuk mengekalkan kesegarannya lagi bah bro.. hehehe.. :)'
bisai di celah2 batu menyimpan bro..mcm ku menyimpan unggah ku ahh.. :)'


Apa-apa pun jua..pesanan dari kami..,
hati-hati selalu walau dimana pun biskita semua berada..

Penulis:

"Popping & Jigging tidak menjadi..,
lalu menukar haluan dengan memancing dasar lagi..,
sedikit rezeki diberi..,
untuk tatapan bersama dikali ini."


Gambar disumbangkan Oleh: Pa Damit
<><><><><><><<>><<>><<>><><><><><><>

Read more...

Thursday, April 23, 2009

Mengimbas Hasil-Hasil Pancingan Precious Yang Lalu.

Mengimbas Kembali, Hasil-Hasil Pancingan
Pa Damit dengan Ahli-Ahli Precious.


Pa Damit dengan si alai cute bersama
seekor Ikan Tawih.

Anak ikan berenang di muara,
Menyusur arus perlahan jua,
Duhai si alai yang cute dan lawa,
Bila dewasa menabur jasa.


Hasil-hasil Pancingan Pa Damit bersama
Ahli-Ahli Presious Boat di kawasan Perairan Laut Buka
'Dropoff' pada 22.03.2009.

'Meriah meliat ikan2 ulih2 bisdia ani'

Seperti yang dimaklumkan oleh Pa Damit,
jenis-jenis ikan yang dipancing pada hari itu adalah seperti ikan
awat-awat, ikan kurisi bali, ikan pisang emas dan ikan rubi.


Ahli-ahli Presious Boat mengambil kesempatan
bergambar dengan hasil pancingan mereka.
(tahniah bro.., banyak dapat ikan.. nyaman
mata memandang wah..)



Penulis: Ikan apa ni Picture no: 6 ni..?
Pa Damit: 'Picture no 6 ani iatah ikan awat-awat ni ah...'

Penulis:'ehemmm.., picture no: 7.., hehe ikan apa ni bro?'
Pa Damit: ani ikan yang kekuning kuningan ani, iatah ikan
pisang emas ni kami melagau..'

Penulis: Pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh lah di bayar,
hutang budi dibawa hingga kemati.


Penulis:'ahh..ani mcm ku tahu nama ikan nya.., tapi biar padamit lah
yang beritahu picture no: 8 apa nama ikan nya pa damit?
hehehe'
Pa Damit: 'ahhh.., ani tah ikan kurisi bali ni.., atau kurisi bali kaling'
Penulis: ikan pun tedapat cia jua nama-nama kaling ani.. :)

Penulis: 'ni picture no: 9 .., ikan apa ni.. bro.. :)'
aku kalu nama english nya tahu ku nama2 ikan ani but kalu
nama ikan in malay atu ahh..,
jarang tah ku pandai nah...'
:)

Pa Damit: 'ahh yang ani.., lupa cia ku nah.., nanti2 tah bepadah mun
udah teringat dalam ingatan'

Hasil Pancingan Pada 26.03.2009
Di Kawasan Perairan Tutong.

Jim n Aji dengan hasil pancingan dua ekor ikan barah-barahan
dan seekor ikan unggah (ikan merah)

Jim n Aji dengan dua ekor ikan languran.

'napa satu ikan languran warna putih n yang satu lagi
warnanya macam kehitam-hitaman ah?'

Menahan jala diwaktu pagi,
Peluh menitis menyeluputi pipi,
Jikalau tuan pergi memancing lagi,
Harusnya waspada setiap hari.
<<>><<>><<>><<>><<>><<>>

Gambar disumbangkan Oleh: Pa Damit

Penulis: Terima Kasih Kami ucapkan kepada Pa Damit dan Ahli-ahli Precious Boat kerana berkesudian mengirimkan beberapa gambar hasil-hasil pancingan mereka yang cukup memuaskan untuk renungan dan tatapan bersama. Sekian Terima Kasih.

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP