Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Saturday, June 13, 2009

Satu Malam Bersama Suhailah

Pengalaman Menaiki Kapal 'Pukat Lingkong'
SUHAILAH 'ZON3'
Dikawasan Perairan Laut Buka Negara Brunei Darussalam
31hb Mei 2009 @ 03.15 Petang

Krikan Shimano mengambil kesempatan bergambar
diatas Kapal 'Pukat Lingkong' SUHAILAH
yang tertambat di jeti penurunan ikan muara sebelum memulakan perjalanannya
di kawasan perairan ZON 3 laut buka Negara Brunei Darussalam

'aiii..., lepas kau lepak2 dan santai di sangkar
kau sambung lagi
santai
dan lepak di dalam kapal lingkong??

macam dirumah dibuat nyaa... :)


Nakhoda Kapal Pukat Lingkong SUHAILAH sedang mengemudi
Kapal Pukat Lingkong yang berlepas dari Jeti Pendaratan Ikan Muara
Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam

Mengambil peluang bergambar di dalam ruang
Pengemudi Kapal Lingkong

Krikan Shimano selepas diberikan penerangan
sedikit sebanyakmengenai cara-cara mengemudi kapal
serta langkah-langkah yang perlu di ambil
semasa mengemudi Kapal Pukat Lingkong

'biasa aku bawa perahu., ani kan membawa kapal,
basar rasanya..."

'serba sedikit ada jua pengalaman, & pengalaman yang sedikit akan kian
bertambah-tambah jika ikhlas dalam menimba ilmu'

Penulis; Bukan lah suatu pekerjaan yang mudah dalam mengemudikan sebuah kapal yang bersaiz besar, apa tah lagi tugas-tugas pengemudi kapal (nakhoda) memastikan keselamatan dalam berbagai aspek termasuk memastikan keselamatan yang berpanjangan keatas anak-anak buah kapal, semasa dalam mengendalikan operasi mencari ikan dilaut dalam. Pengalaman dan ilmu yang meluas amat lah berharga dalam jiwa dan diri seseorang pengemudi itu. Begitu juga dengan anak-anak buah kapal lainnya (perkerja-kerja kapal lingkong) yang berpengalaman dalam mengendalikan mesin-mesin dan menggunakan alat2 penangkapan ikan lainnya.

'Jika ada kemahuan, disitu pastinya ada jalan' Kebijaksanaan
ketabahan serta kesabaran dalam mengharungi kerja kerja sebagai
penangkap ikan'

Seorang lagi Nakhoda Kapal Pukat Lingkong
yang diketika itu sedang memberikan tunjuk ajar dalam mengemudi
kapal pukat lingkong, melihat keadaan ombak, cuaca dan yang paling
penting keselamatan. Bukan sahaja pada keselamatan diri sendiri.,
namun keselamatan pada nelayan perahu-perahu kecil lainnya.

Sauh ke orang ni???? Khabarnya sauh kapal lingkong ani
basar., ada mcm si krikan shimano ani ke besarnya???

mungkin ada diantara kita yang baru pernah melihat keadaan
aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan tenaga pekerja yang ramai



sibuk dengan tugas masing-masing, bantu membantu sesama rakan
sebahagian besarnya pekerja pekerja ini terdiri dari
warga asing yang sama-sama dalam memajukan industri
penangkapan ikan di negara kita.

"Hasil-hasil tangkapan ikan yang melebihi 3 tan"

Berbagai spesis-spesis ikan yang diperolehi
dan senarai bagi nama ikan-ikan yang diperolehi pada malam itu
masih belum diterima dari krikan shimano.

Gambar di Sumbangkan Oleh: Krikan Shimano
<> <<>> <> <<>> <> <<>> <> <<>> <> <<>> <>

Penulisan saya belum terhenti di sini., banyak lagi bahan-bahan mengenai aktiviti penangkapan ikan di zon 3 laut dalam akan di petik dan dicari untuk pengetahuan dan pelajaran kita bersama. Rakaman-rakaman gambar diambil akan disimpan untuk memberikan kesempatan pada jenerasi-jenerasi akan datang. Insyaallah.., para-para Nelayan (Penangkap Ikan) tidak akan hilang ditelan zaman. Nelayan tidak akan terpinggir disamping sama-sama berganding bahu dalam menjaga Khazanah Padang Pancing Darussalam. Menjaga takat-takat asli dan kehidupan laut lainnya.

"Dalam mengapai impian dan mencari rezeki,
Biarlah kurnia illahi kita jaga dan ianya
akan terus kekal dari satu jenerasi hingga ke satu jenerasi
yang akan datang. Amin"

Read more...

Friday, June 12, 2009

Rezeki Pagi Juma'at

Pantai Serasa 'Ungah Garden'
Rezeki Pagi Jumaat Lagi 12/06/2009‏


'Krikan sumpak yang berjasa, tak menyesal aku simpan
engkau lama-lama'

"apa lah nasib ungah ini., mulut kan ada, buat
apa lah makan pakai ingsang???"

"macam mata kail sama tangsi ku saja??? haha
nada ehy.., barang kali mata kail sama tangsi ani ungah ani sendiri yang
punya bah., pakai nya mengail kembura kali..."

Penulisan asal pengirim:-

Assalamualaikum bro
ungah ani tym ku blurih ada tangsi putus dah d mulutnya...ungah kita kali bro lapas..hehehe
pic details:-

1.echobiru ngan luihnya
2.krikan sumpak interframe
3.mata kail dgn yg putus d mulut ungah masih alum bebuka
4.mail kail yg telah berjaya d kluarkan(nya amit ku nya..pakai bebalik mata kail atu..supaya plurihan(wallahuaklam)skadar petua dari org tua2

Name: Dawn Anglers
Catch: Ungah
Bait: Kembura
Teknik: biasa...Kerikan Kayu Sumpak lapas tehindik
Tangsi:30 lbs
Keadaan Aing: Pasang Pagi
Lokesen: Ungah Gaden spot biasa.
Masa :845 pg 12/6/2009


Story: Kan give up ku udah banarnya dari kul 530 pg pai kul 8 lalu alum kna ranjat kail ku...ani pun mkn udh umpanku tgl 2 putung g kn abis...at last..syukur alhamdullilah ada rezeki lagi untukku... Cheers

Penulis: Waalaikumsalam Echobiru, semakin hari semakin matang dalam membaca pergerakan ikan ungah. Hasil pancingan yang kian-kian bertambah dengan rezeki yang kian kian mengundang. Berkat melepas penyu, unggah sebagai hadiah untuk dibawa pulang. Ucapan tahniah dari kami. Sekian, wassalam.

"Pokok ditebang di dalam hutan,
Untuk buatan simpanan tangsi,
Kerikan sumpak menjadi sebutan,
Pertaruhkan rezeki untuk kali ini."

Gambar di Sumbangkan Oleh: EchoBiru a.k.a wafi
<> <<<>>> <<<>>> <> <<<>>> <<<>>> <>

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Lesen Panyu! (Penyu)


Penyu Di Perairan Pantai Serasa
Unggah Garden 11/6/2009 (Pagi)

EchoBiru dengan seekor penyu yang secara
kebetulan memakan umpan beliau.

"aiyaaa... itu penyu gua ingat seperti penyu dalam gambar
itu artikel Tangkapan Berlebihan Ancam Laut "

"kesihan melihat penyu ini, terkenang akan syair penyu
menanggis, namun penyu sudah dilepas pergi.,
jadi siapakah yang perlu menanggis lagi???



Dari Penulisan Asal Pengirim;-

Name: Dawn Anglers
Catch: Ninja Turtle
Bait: biasa kembura d potong dadu
Teknik: Kerikan Kayu Sumpak lapas tehindik(heng kali ah)
Tangsi:30 lbs
Keadaan Aing: menahan
Lokesen: Ungah Gaden spot biasa.
Masa :0645 pagi 11/6/2009

Story: kali ani ku pakai kembura part ikung, ku umbankn kira 8-10 jauh dari batu...baru kn melabuhkn punggung d batu,,,krasahan kailku d tarik barat! main punya main..ada jua dlm 5min..nah panyu! mata kail vmc no 3 tkait d tgnnya...payah jua ku naikkn d batu..nasib ada geng pancing yg mengasting d ujung UG turut membantu menaikkn ke batu..bukan niat kami kn menyiksa..tapi kn melapaskn cara bisai panyu atu..selepas selesai sesi fotograpi...panyu atu kami tampik 2..ia spangal aku spangal..kn d sup..mknan exotic ala2 dlm majalah 3! heheh nada wah..kmi lapaskn cara bisai..kembalilah sang penyu d tempat asalnya..d perairan Serasa Brunei Darussalam tercinta! ehehe thanks.


Penulis: Terima kasih diucapkan kepada Echobiru dengan kebijaksanaan beliau telah memengal dua penyu itu., kedia satu dan sepenolong ke dia satu..Opppsss....!! memengal??? ujung2 ko sama aku sekali kana pangal ulih perikanan., penulisan sebenar adalah sebegini., Terima kasih diucapkan kepada Echobiru dengan kebijaksanaan beliau telah melepaskan seekor penyu yang secara kebetulan memakan umpan beliau. Begitulah hendaknya pada kita semua, marilah kita jadikan pengajaran dan tauladan yang baik dari langkah yang diambil oleh sahabat pemancing kita ini. Sekian Wassalam.

Gambar di Sumbangkan Oleh: EchoBiru a.k.a Wafi.
<<>> <.> <<>> <.> <<>>

Sajak: Hari ini penyu menangis atau aku...
Hasil karya : mishaannur

hari ini penyu menangis
luka,sedih...
pasir yang ditempah
musnah bersepah
habuan anak-anak
punah sudah

hari ini aku menangis
pedih,merintih...
merenung percaturan diri
habuan anak-anak
masihkah ada lagi
aku tak pasti

hari ini penyu menangis
sakit,pahit...
menerjah pepasir
demi anak-anak
mengharap segugus simpati
mudahan umur panjang lagi

hari ini aku menangis
demi anak-anak...
walaupun getah tak bersusu lagi
beras di kepuk hanya celah gigi
namun...ubi dibatas setia menanti

hari ini penyu menangis
mengambus pepasir mengundur diri...
tinggallah anakku sendiri sepi
laut memanggil.... ibu terpaksa pergi

hari ini aku menangis lagi
gerimis kian rancak,tidak mahu berhenti...
merenung anak-anak,tergolek sana sini
dalam kepekatan subuh yang sunyi
patutkah aku ke laut
seperti penyu membawa diri

oh Tuhan...
tidak sama sekali...
antara aku dan penyu
aku lebih menangis lagi
antara aku dan penyu
anak-anakku lebih mengharapku disisi

dan...

antara aku dan penyu
aku lebih bervisi...
pergilah kau wahai sang penyu
membelah lautan nan biru
yang pasti aku masih menangis lagi
tangisan yang penuh erti
mengharap redha dari Illahi


*mishaannur*
-semoga ada kebahgiaan di hujung hayat-

7 spesies penyu di dunia pada masa ini

Empat daripada 7 spesies penyu adalah Penyu Belimbing (Leatherback Turtle),Penyu Agar (Green Turtle), Penyu Karah (Hawksbill Turtle), Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle).

Untuk pembacaan yang lebih mendalam mengenai penyu, sila layari laman web http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/33294-penyu-malaysia-malaysian turtle.html

Read more...

Wednesday, June 10, 2009

Ikan Umpak, Anduping, Ketambak & Sulit

Memancing Di Kawasan Perairan Sungai Pelompong Muara
28-29 hb Mei 2009
bersamaan hari khamis & Juma'at

Ironsilk dengan seekor ikan umpak yang dipancing
dikawasan 'Raba Ikan' Sinbad31 (Mamat) yang berdekatan
dengan sangkar ternakan ikan beliau

'umpan udang hidup $1-15 ekor'

Krikan Shimano dengan ikan umpak & ikan tuutttt??
(lupa ku nama ikan atu)

'ini je..rezeki yang ada..'

Hasil-hasil pancingan kami yang tak seberapa, namun sudah cukup
untuk menunaikan hajat turun memancing di malam itu.

'lupa nama2 lauknya ani'

Penulis: Trip memancing pada malam itu sebenarnya sekadar ingin mencuba nasib di kawasan perairan sungai pelumpong. Trip kami kali ini adalah diatas pelawaan Sinbad31 (mamat) dengan menggunakan perahu beliau. Selain memancing dalam keadaan air yang surut diketika itu. kami sebenarnya ingin membuat peninjuan dan melihat keadaan sangkar Sinbad31 mamat yang terletak di kawasan Sungai Pelompong Muara sebelum trip sebenar Pancingan Sangkar yang telah di adakan pada 30hb - 31hb Mei 2009 bersama ahli-ahli NSZ dan para sahabat-sahabat NSZ lainya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sinbad31 (Mamat) kerana berkesudian membawa kami untuk memancing dan meninjau keadaan sangkar pada malam itu. Sekian, wassalam.

"Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa yang terluang
Salam hormat berjumpa lagi"

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

Tinjau pulau, stesen penyelidikan ikan

Tinjau pulau, stesen penyelidikan ikan
Oleh Sim Y H

Gambar diatas cuma hiasan semata

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar membuat tinjauan serta lawatan kerja ke kawasan Pulau Pilong-Pilongan dan Stesen Penyelidikan Pemeliharaan Ikan Marin, Jabatan Perikanan di Tanjung Pelompong, hari ini.

Turut menyertai rombongan itu ialah Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Dato Paduka Haji Hamdillah Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap kementerian, Dato Haji Mohammad Hamid Haji Mohammad Jaafar dan Pemangku Setiausaha Tetap Pengiran Haji Sharifuddin Pengiran Haji Metali.

Pulau Pilong-Pilongan merupakan antara kawasan yang mempunyai biodiversiti marin yang kaya dan terletak kira-kira 2 batu nautika dari pantai yang mempunyai takat-takat asli yang terindah di perairan Brunei.

Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya berpeluang menyaksikan kegiatan pembersihan takat-takat karang oleh penyelam Jabatan Perikanan dengan kegiatan itu dilakukan untuk membersihkan takat-takat daripada pukat rosak yang tersangkut yang jika dibiarkan boleh merosakkan kehidupan laut di kawasan berkenaan serta menjejaskan produktiviti kawasan itu dalam jangka masa panjang.

Menteri serta rombongan kemudian membuat lawatan ke Stesen Penyelidikan Pemeliharaan Ikan Marin di Tanjung Pelompong serta diberikan taklimat mengenai stesen itu oleh pegawai-pegawai kanan perikanan.

Stesen itu mempunyai kemudahan operasi dengan 12 sangkar ikan jenis HDPE berbentuk segi empat tepat berukuran 5mx5mx2.5m dan dilengkapi dengan pukat sangkar dan sauh konkrit serta workshed.

Kemudahan lain yang terdapat di stesen itu termasuk bilik pejabat, bilik taklimat, bilik staf, dapur dan tandas. Stesen itu berfungsi bagi melaksanakan penyelidikan dan perkembangan ikan laut yang berpotensi untuk dikomersialkan, menentu sahkan teknologi pemeliharaan ikan laut dan pemindahan teknologi kepada pengusaha-pengusaha sangkar.

Ikan laut yang dipelihara adalah ikan siakap, ikan kerapu harimau dan ikan jenahak.

Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya juga melepaskan anak-anak kerapu ke dalam sangkar untuk dibesarkan.


Artikal penulisan dipetik dari http://www.brunei-online.com/mp/selasa/jun9t3.htm


Media Permata, Selasa 09.06.2009

Read more...

Tip Penjagaan Joran

TIP PENJAGAAN JORAN



Bahagian joran yang manja dan perlu dijaga ialah:

  1. Cincin (terutama jenis bergelung seramik) kerana jika terdapat sedikit tekanan dikenakan ke atasnya ia mudah pecah kerana seramik pada dasarnya bersifat keras tetapi rapuh. Ia direka untuk membenarkan tali lalu di atasnya sahaja, bukan dihempap objek berat. Cincin hujung paling penting dijaga kerana tekanan tumpuan tali adalah di atasnya. Cincin keluaran sebelum ini yang diperbuat dari kekuil tahan karat (SS) lebih lasak dari yang bergelung seramik tapi prestasi jauh ke belakang.
  2. Tip atau hujung joran pada kebiasaannya patah kerana ia titik yang paling lemah dalam binaan joran. Terutamanya terlanggar, terpijak atau terhimpit hujungnya.
  3. Varnish dari ikatan benang perlu bergabung antara satu sama lain bak aur dengan tebing. Jika varnish terkopak, ikatan benang akan mudah putus.
  4. Penyambung joran jenis logam untuk joran gentian kaca jika tidak diseliakan dengan baik cepat menjadi mengerutu (oxidise) dan selalunya ia tidak lagi boleh dipisahkan di antara satu sama lain kerana melekat kuat.
  5. Kerosakan utama pemegang joran ialah pemancing gemar mencucuk mata kail padanya.

Artikel ini didapat dari Majalah Pancing keluaran 137 di muka surat 066. Semoga kita sebagai pemancing dapat menimba ilmu daripada perkongsian ilmu pemancing ini bagi sama-sama memajukan lagi Sukan Memancing di negara kitani. Semoga apa jua ilmu dalam memancing dapat dikongsikan untuk pengetahuan bersama jua...


Ikhsan daripada:
Hadgi Gecko
Mon 08/06/09 3:46 AM

Penulis: Terima kasih Hadgi-Gecko, kerana berkesudian menghantarkan tip penjagaan joran dan dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu dalam penjagaan joran.

Read more...

Tangkapan berlebihan ancam laut

Tangkapan berlebihan ancam laut
oleh: Sim Y. H.
Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya menandakan penyu sebelum
melepaskannya kembali ke laut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Hasil kajian yang dijalankan oleh Center for Ocean Solutions, University of Stanford bagi kawasan Lautan Pasifik dan Laut Asia Timur yang merangkumi Brunei menghadapi empat jenis ancaman iaitu perubahan iklim, menangkap ikan dengan terlalu banyak dan lebih eksploitasi, kemusnahan habitat dan pencemaran.

Di antara ancaman yang dihadapi adalah pencemaran nutrien yang berpunca daripada penggunaan bahan kimia yang berlebihan di persekitaran dan bahan buangan termasuk bahan bungkusan plastik dan tumpahan minyak dan kimia toksik serta penangkapan ikan berskala besar didapati tersebar luas.

Tetapi mengikut kajian Rapid Marine Biodiversity yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan pada Oktober 2008 dan Mei 2009 menunjukkan kehidupan laut seperti takat di persekitaran negara masih berkeadaan baik.

"Bagaimanapun itu tidak bermakna kita boleh mencuaikan tanggungjawab kita terhadap laut dan kehidupan laut," kata Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar ketika berucap pada Perasmian Hari Laut Sedunia 2009 yang diadakan di Pantai Meragang, hari ini.

Brunei yang menjadi sebuah negara pesisir pantai mempunyai pesisiran pantai sepanjang 161 kilometer dan terdedah kepada ancaman perubahan iklim termasuk peningkatan suhu laut, peningkatan paras air laut dan peningkatan bahan asid di laut.

Negara itu juga menyaksikan kesan ancaman berkenaan pada 2009 dengan peningkatan paras air laut meningkat dengan berlebihan, jelas Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya.

Beliau menyeru kepada semua yang terlibat di persekitaran lautan termasuk nelayan, penyelam, syarikat perkapalan dan orang persendirian untuk sama-sama memelihara lautan supaya sentiasa berkeadaan baik dan memelihara sumber kehidupan laut supaya akan berkekalan bagi generasi akan datang.

Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya ketika menyentuh mengenai tema sambutan iaitu Lautan Kita, Tanggungjawab Kita, berkata tema itu menekankan supaya semua pihak harus bertanggungjawab sebagai individu dan berkumpulan untuk mengawal alam sekitar marin serta mengurus sumber lautan dengan berhati-hati.

Lautan adalah penting bagi keselamatan makanan, kesihatan dan kehidupan semua benda bernyawa, mengolah cuaca dan iklim dunia serta sebahagian daripada biosfera kita.

Sehubungan itu sambutan Hari Lautan Sedunia mengetengahkan sumbangan laut kepada masyarakat setempat dan kehidupan manusia keseluruhannya, memberi peluang untuk menimbulkan kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa mengenai lautan terutama dalam mempertahankan kapasitinya untuk mengawal perubahan iklim, memberikan perkhidmatan ekosistem yang penting, menampung kehidupan yang berkesinambungan serta rekreasi yang selamat.

Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya juga menyatakan kegiatan manusia mempunyai kesan yang buruk kepada lautan dunia dengan ekosistem yang terdedah dan mudah dicemari seperti takat yang rosak dan sumber perikanan yang penting digunakan secara berlebihan melalui cara penangkapan ikan yang merosakkan.

Di samping itu juga, suhu lautan yang meningkat, peningkatan paras air laut dan peningkatan tahap bahan asid di lautan yang disebabkan oleh perubahan iklim juga menjadi ancaman bulan saja kepada kehidupan marin tetapi juga kepada komuniti pesisir pantai, pulau serta ekonomi nasional.


Artikal penulisan dipetik dari http://www.brunei-online.com/mp/selasa/jun9t1.htm

Media Permata, Selasa 09.06.2009

Read more...

Sunday, June 7, 2009

Trip Pertama Pancingan Sangkar

Pancingan Sangkar di Kawasan
Perairan Sungai Pelumpong Muara
30hb-31hb Mei 2009 (Sabtu-Ahad)

Memancing sambil beriadah, mengenali rakan-rakan pancing dengan
mengeratkan tali siratulrahim diantara ahli NSZ dan sahabat NSZ lainnya.

Beramal dan menyokong kerja keras usahawan tempatan
bagi sama-sama membantu memperkembangkan ekonomi Negara.
Sangkar penternakan ikan yang dimiliki oleh usahawan tempatan yang terletak di kawasan perairan sungai pelumpong muara. Terdapat 50 sangkar tempat menyimpan ikan disini. Selain sangkar ikan, disediakan dua buah rumah sangkar tempat tinggal perkerja sangkar, stor simpanan peralatan kegunaan sangkar, tempat penyimpanan makanan ikan, dapur, bilik air (tempat mandi & tandas) serta tempat penyimpanan mesin pengerak "Generator" api eletrik.
Untuk menjadikan sebuah sangkar yang lengkap dan selamat, pemilik sangkar selalunya mengeluarkan model yang tinggi. Di anggarkan setiap satu sangkar ikan (satu petak tempat menternak ikan) menelan belanja lebih kurang $1000 ringgit Brunei. Rumah-rumah sangkar serta peralatan sangkar lainnya juga memerlukan model yang tinggi. Terdapat berbagai-bagai spesis ikan yang di ternak disini., seperti, ikan unggah, ikan barah-barahan, ikan selungsong, ikan putih dan terdapat jua sebahagian kecil ikan pelayak, ikan bekalang, ikan tawih, ikan kerapu, ikan buna dan banyak lagi. Benih-benih ikan dibeli lalu menjalani proses pembesaran selama lebih kurang 6 ke 7 bulan sebelum ikan-ikan ini dipasarkan.

Rumah sangkar yang mempunyai 2 bilik rehat, satu dapur, satu bilik air
dilengkapi dengan kemudaan-kemudahan lainnya

"yang paling siuk lepak di pantaran sangkar yang luas ani lah, sambil menanti umpan dimakan ikan, lepak2 bercerita sesama teman sambil minum-minum kopi, teh panas dan makan-makan pun okey.."

"Terbang kenari bersama-sama ,Singgah berteduh di untai rami
Jangan dikenang Bulan yang lama , Mentari kan bersinar menerang bumi"

"Oii...bangun tah bro.., siang udah ni..."

keluasan pantaran sangkar menjadi satu kelebihan sebenarnya, ianya selamat dan mudah untuk meletak peralatan2 kegunaan sangkar maupun kegunaan pancing. Pastinya pengujung tidak akan merasa jemu apa bila berada disini dengan keadaannya kawasan sangkar ikan yang cukup selamat, selesa dan bersih. Memang sudah menjadi keutamaan para pengusaha sangkar untuk memastikan keadaan sangkar dalam keadaan selamat, selesa dan bersih untuk menjaga kualiti ikan-ikan ternakan. Makanan-makanan ikan sangkar juga harus dijaga, setiap hari pagi dan petang ikan-ikan di dalam sangkar akan diberi makan oleh penjaga/pengawas sangkar. Makanan ikan yang berkhasiat boleh membantu kesuburan ikan-ikan ternakan membesar dengan cepat dan bermutu tinggi.

Tayar yang telah dibuang, diguna pakai kembali dan di susun untuk dijadikan "Raba" ikan yang dibuat oleh mamat & jamal. 12 biji tayar yang di ikat pada kayu dengan menggunakan tali untuk menjadikan tayar-tayar ini bersusun rapi untuk dijadikan "Raba ikan". Tayar yang disusun tadi akan ditengelamkan di dalam air dengan menggunakan batu/guni pasir di sekeliling kawasan sangkar ikan. Cara sebegini adalah untuk menarik perhatian ikan untuk mencari makan, bermain main, atau berlindung dari pemangsa.

Hadgi-Gecko
"Apalah yang kau pikir??, Kerana hari tuuuttt..
kian tiba dahh..."

Ironsilk & Sinbad31 (mamat)

"Jika engkau mendapat tuna,
aku juga mendapat unggah
Jika engkau pergi kelaut cina.,
aku pergi keserasa duduk dibatu sebelah tengah"

"Jika engkau turun keserasa,
aku cepat2 turun kelaut.,
jika engkau pula yang turun kelaut,
aku pula cepat2 turun ke serasa"

"Kau pakai 400hps,
aku pun pakai jua.,
pakai 1.5liter
Kau pakai empat strock.,
aku pun pakai juga., aku pakai empat cylinder.." :P

"Usah lah kau bersedih teman., kami pergi tak akan lama..,
selamat tinggal pak malau...., " "tunggu damak tunggu., pak malu belum habis cakap.."

"Buat rumah di atas pokok, jangan pula pokok ditebang.
kalau tuan ada rokok, aku ingin minta sebatang"

Suasana malam dikawasan pantaran rumah sangkar, begitu lah hakikatnya.. cerita-cerita para pemancing mengenai pengalaman-pengalaman pahit manis dalam memancing dilaut maupun di sungai. Saling bantu membantu sesama rakan dengan bertukar-tukar teknik-teknik memancing pada rakan2 yang kurang berpengalaman.

"yang membawa ayam, sausage dan makanan lainnya di ucapkan terima kasih banyak2, mudahan murah rezeki biskita., dan inda lupa jua ucapan terima kasih ani untuk sharul dan lainnya yang dengan iklasnya mau menyalai daindah makanan ketani malam atu."

Saikopunk pemancing ikan yang paling rajin dan disebabkan dengan kerajinannya itu, beliau memperolehi lebih 20 ekor ikan dari bermacam spesis.
"Tahniah bro & usaha terus dengan gigih"
Penulis memberikan Saikopunk 10 points
:thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup:

Kent salah seorang pemancing yang cukup tenang serta rajin, disebabkan dengan ketenangan dan kerajinan beliau, beliau memperolehi pebelasan ekor ikan berbagai spesis.
"Tahniah bro & usaha terus dengan gigih"
Penulis memberikan Kent 8 points
:thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup:

Penulis: tiada ada sebarang hadiah dalam aktiviti memancing kali ini, insyaallah jika dimurahkan rezeki pertanding memancing NSZ akan diadakan pada bulan September 2009.

"hadiah dari bro sinbad31 atu cuma gurauwan semalam sewaktu memancing
disangkar ganya kali ah...."
:P

Hasnol diantara pemancing yang banyak memperolehi ikan
kurang dari 1o ekor ikan dari bermacam spesis.
"Tahniah bro & usaha terus dengan gigih"
Penulis memberikan Hasnol 6 points
:thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup::thumbsup:

Teruja dengan pemandangan sangkar dan keindahan
suasana disekeliling sangkar di pagi hari
"sajuk kali ahh... diwaktu awal2 pagi atu ah"


Semalam yang hampa.., di awal pagi mencuba nasib lagi.

"walau rezeki sekecil hama, jika datangnya dari rezeki yang halal
keberkatannya hingga keakhir hayat"

"ku ambak udah pelastik nya ani., kan ku gambar lauknya seekor-seekor,
takut payah menscroll - panjang tu kebawah mun ku simpan dalam blog.."

ada-ada., nada- nada..semuanya tergantung pada rezeki yang diberi..
"dua ekor ja ulih ku., tarus salai... apa nama lauknya pun ku inda tahu..
Mamolapenga belurih jua., tapi lauk klass "E" & Sahrul pun 2 ke 3 ekor kah lurihnya jua, pun tarus besalai..."

sebahagian kecil ikan-ikan yang terdapat di dalam sangkar seperti ikan buna, ikan santak, ikan bekalang dalam angaran 4kilo lebih, ikan pelayak, ikan tawih, ikan putih, ikan bemasa dan bermacam-macam spesis ikan lagi.

Menurut pengusaha sangkar, pengunaan tangsi nipis (10-30lbs) dan udang hidup bersais kecil amat mudah untuk mendapatkan ikan disini. Namun semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing walaupun berbagai usaha & teknik telah digunakan.

"Kita cuma berusaha, namun Allah jua lah yang menentukan"

Kekayaan & kebahagian terletak ditangan bapak!!! <--petikan kata2 dari filim Ahmad Albab"



"Kalau ada jarum yang patah, Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni, Jarum patah pun kau simpan dalam peti":D

"Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..":D


"Tunggu damak tunggu!! Pak malau belum habis cakap.."


"Kutanam-tanam padi seladang ,Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa yang terluang ,Salam hormat berjumpa lagi"

:((Bersatu kita teguh - Bercerai kita tangalam semua.:((

Penulis: Ucapan ribuan terima kasih dari kami NSZ dan Sahabat-sahabat NSZ Kepada Pemilik sangkar dan keluarga Mamat (Sinbad31) yang mengizinkan untuk kami memancing di kawasan sangkar ikan biskita yang cukup menyelesakan, bersih dan selamat. Kemudahan-kemudahan dan pengakutan boat yang biskita sediakan cukup memuaskan. Terima kasih jua untuk hidangan kuih muih yang telah biskita sediakan.

Ucapan terima kasih juga pada ahli-ahli NSZ iaitu: Krikan Shimano, Mamolapenga & Pg. Laila, dan sahabat-sahabat NSZ - Sahrul, Hasnol, Rosli Sahaban, Padamit, G.Win, Hadgi-Gecko (BSJP Team leader), Affendy (BSJP T1), Kent (BSJP T2), Saikopunk (BSJP T3), Khairul (BSJP T4) , BSJP T5 & BSJP T6, yang berkesudian sama-sama dalam menjayakan trip pertama ketani memancing disangkar pelumpong. Inda payah berurusan sama biskita ani, semua spoting-spoting dan mempunyai semangat setia kawan. Insyaallah dilain hari dan dilain waktu, kita akan berkumpul lagi, memancing bersama untuk mengeratkan lagi talisiratul rahim diantara kita. Insyaallah.


Penulisan ku belum berakhir., masih memetik ilham yang berterbangan bagai debu-debu dijalanan, penulisan ku akan bersambung lagi.., hingga gambar yang tertinggal dikirimkan ke sini... :thumbsup:

Read more...

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP