Memancing Di Kawasan Perairan Sungai Pelompong Muara
28-29 hb Mei 2009
bersamaan hari khamis & Juma'at
Ironsilk dengan seekor ikan umpak yang dipancing
dikawasan
'Raba Ikan' Sinbad31 (Mamat) yang berdekatan
dengan sangkar ternakan ikan beliau
'umpan udang hidup $1-15 ekor'Krikan Shimano dengan ikan umpak & ikan tuutttt??
(lupa ku nama ikan atu)
'ini je..rezeki yang ada..'Hasil-hasil pancingan kami yang tak seberapa, namun sudah cukup
untuk menunaikan hajat turun memancing di malam itu.
'lupa nama2 lauknya ani'Penulis: Trip memancing pada malam itu sebenarnya sekadar ingin mencuba nasib di kawasan perairan sungai pelumpong. Trip kami kali ini adalah diatas pelawaan Sinbad31 (mamat) dengan menggunakan perahu beliau. Selain memancing dalam keadaan air yang surut diketika itu. kami sebenarnya ingin membuat peninjuan dan melihat keadaan sangkar Sinbad31 mamat yang terletak di kawasan Sungai Pelompong Muara sebelum trip sebenar Pancingan Sangkar yang telah di adakan pada 30hb - 31hb Mei 2009 bersama ahli-ahli NSZ dan para sahabat-sahabat NSZ lainya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sinbad31 (Mamat) kerana berkesudian membawa kami untuk memancing dan meninjau keadaan sangkar pada malam itu. Sekian, wassalam.
"Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa yang terluang
Salam hormat berjumpa lagi"
0 comments:
Post a Comment