Selamat Datang diucapkan kepada semua teman-teman kaki pancing di Negara Brunei Darussalam dan para pengunjung lainnya. Adapun blogspot in dibuat bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, mengenal pasti tempat atau lokasi yang selamat untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing. Mengenal jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei maupun di sungai, di tepian pantai atau di laut buka. Mengenang kembali kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing. Terakhir penulis ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang berkesudian melayari blogspot ini. Sekian Terima Kasih.

Brunei Time

Tuesday, June 9, 2009

Tip Penjagaan Joran

TIP PENJAGAAN JORAN



Bahagian joran yang manja dan perlu dijaga ialah:

  1. Cincin (terutama jenis bergelung seramik) kerana jika terdapat sedikit tekanan dikenakan ke atasnya ia mudah pecah kerana seramik pada dasarnya bersifat keras tetapi rapuh. Ia direka untuk membenarkan tali lalu di atasnya sahaja, bukan dihempap objek berat. Cincin hujung paling penting dijaga kerana tekanan tumpuan tali adalah di atasnya. Cincin keluaran sebelum ini yang diperbuat dari kekuil tahan karat (SS) lebih lasak dari yang bergelung seramik tapi prestasi jauh ke belakang.
  2. Tip atau hujung joran pada kebiasaannya patah kerana ia titik yang paling lemah dalam binaan joran. Terutamanya terlanggar, terpijak atau terhimpit hujungnya.
  3. Varnish dari ikatan benang perlu bergabung antara satu sama lain bak aur dengan tebing. Jika varnish terkopak, ikatan benang akan mudah putus.
  4. Penyambung joran jenis logam untuk joran gentian kaca jika tidak diseliakan dengan baik cepat menjadi mengerutu (oxidise) dan selalunya ia tidak lagi boleh dipisahkan di antara satu sama lain kerana melekat kuat.
  5. Kerosakan utama pemegang joran ialah pemancing gemar mencucuk mata kail padanya.

Artikel ini didapat dari Majalah Pancing keluaran 137 di muka surat 066. Semoga kita sebagai pemancing dapat menimba ilmu daripada perkongsian ilmu pemancing ini bagi sama-sama memajukan lagi Sukan Memancing di negara kitani. Semoga apa jua ilmu dalam memancing dapat dikongsikan untuk pengetahuan bersama jua...


Ikhsan daripada:
Hadgi Gecko
Mon 08/06/09 3:46 AM

Penulis: Terima kasih Hadgi-Gecko, kerana berkesudian menghantarkan tip penjagaan joran dan dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu dalam penjagaan joran.

0 comments:

Pesanan Dari Kami

"Berwaspadalah selalu ketika menjalankan aktiviti-aktiviti memancing sama ada ditepian pantai mahupun yang diluar pantai"

NSZ - CABARAN PANCING 2009

NSZ - CABARAN PANCING 2009

















Pembekal Umpan Pancingan

  • Udang Hidup Kg. Tanah Jambu: Sham - 2792997
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 700 No:37
  • Udang Hidup Kg.Salambigar, Spg 701-23 No:11
  • Udang Hidup Kg.Sg Buloh: Iran - Hp-8866079
  • Udang Hidup Kg.Sungai Buloh: Yasin - Hp- 8956733

Recent Comments


















  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP