Cabaran Pancing 2009
Anjuran Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam (JPI)
dan Capt.Fred Fishing
13hb Disember 2009 (Ahad) Jam 08.00 Pagi - 02.00 Ptg
Bertempat: Pantai Tungku
Selamat Datang Ke Cabaran Pancing 2009 anjuran Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam & Capt.Fred Fishing yang telah pun di adakan pada hari ahad 13hb Disember 2009 bertempat Peranginan Pantai Tungku Daerah Brunei Dan Muara.
Pintu gerbang cabaran pancing 2009 dan pintu masuk pengunjung
di kawasan pameran dan pertandingan
Seawal jam 07.00 pagi, di bahagian pendaftaran
bagi para perserta cabaran pancing 2009
Bob dan Mamat sedang melihat ikan keli
tempatan (ikan air tawar)
Seawal Jam 08.00 pagi, bunyi horn menandakan
cabaran pancing 2009 pun bermula.
Gambar kenangan ahli, sanak-saudara dan
rakan-rakan NSZ di Cabaran Pancing 2009
Krikan Shimano & Killer Spin
Krikan Shimano & Hasnol masih dalam penantian
umpan dimakan ikan.
Imbran, Bob, Mamat, Mamolapenga & Rambat Daiwa
'Terima Kasih Kepada Rambat Daiwa, Nasi yang
dibawa BEST lah...'
'lapar ku yo...luan lama menunggu lauk makan kail ku..'
Anglerbook & Manyong10lbs
'Wahhh...nie..baru ia cool bro anglerbook ani,
cukup dengan masakan yang menyelerakan dan buku resepinya lagi'
alum susah hati.... stay cool bro.. kalau dapat lauk tarus dimasak tue.. hehe
Rakan-rakan NSZ...., Rezuan Team
'nanti tani memancing bersama lagi yoo...'
Selain pertandingan memancing, terdapat berbagai-bagai acara tambahan atau acara sampingan telah pun diadakan pada hari itu. Diantara acara-acara sampingan adalah seperti meletupkan bilon 'menabak bilon', meneka berat 3 ekor ikan selungsong di dalam akuarium, meneka jumlah mata kail, kulit kupang, batu pukat, gula-gula yang tersimpan di dalam botol. Acara bowling mengunakan buah kelapa 'piasau', mengkutip ikan pelastik dengan menutup mata. Memancing ikan dalam kolam dan banyak lagi acara-acara sampingan yang pastinya menyeronokan para pengunjung.
Para Perserta Cabaran Pancing beratur bagi acara mengcasting
'siapa paling dekat umbanannya pada target, pastinya akan membawa
pulang TV LCD 32inci... woowww bestnya..'
Krikan Shimano & Ironsilk versi perempuan
sedang memerhatikan mata kail dan gula-gula bagi acara meneka
jumlah mata kail dan gula-gula yang terdapat di dalam botol.
'baik teka 604 krikan shimano... hehehehe.. tuhh gula-gula tu 80 biji kali tu.. hehehe'
Penulis bersama pemancing dari United Stated Mr. Mark
Memancing sambil beriadah bersama keluarga ahli NSZ
Mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kami.
Sayangku Faresya bersama bondanya
'mari ku bawa adinda ku bersiar-siar dengan kuda, itu pun
kalau kuda ini setuju., jika tidak..kuda akan berhenti..aku terpaksa
memanggil penjaga kuda untuk paksa kuda ini setuju..'
Krikan Shimano dengan nyanyian nya..kuda hitam.
'Kuda...hitamm..aduhh..kuda hitam..lari kencang aduhh..
merbahaya..., kalau lah naik kuda hitam lari kencang nafas pun panjang,
kalau lah punya pacar hitam.. tuutt..'
Rakan NSZ Mat.Saini SW Anglers
Adik Nabil (Krikan Shimano)
Berjaya di tempat kedua bagi acara sampingan meletupkan ballon.
Tahniah kepada alai Nabil...dari uncle-uncle & auntie-auntie NSZ..
Ehemmmm!!!!.. 604 bang..!!bang abang!!! 604 lahhh..!!
Ironsilk say: 604..!! 604..apakannn!! simpang rumah kitani 701 jua???
Ohhh...rupanya.... Mata Kail... hehehe...
Syukur alhamdullilah... berolehi jua penulis dalam acara sampingan
meneka jumlah mata kail. thank q thankq..
Pemenang Pertama (Perseorangan)
Awg.Jamaluddin Bagi ketegori ikan yang awal-awal diperolehi
dan ikan yang paling berat. Memancing di Zon B. Beliau telah berjaya menaikan
Ikan Kerapu yang beratnya hampir satu kilo. Tahniah-tahniah
Pemenang bagi melontar casting
Kami mengucapkan Tahniah Kepada Para Pemenang Di Cabaran Pancing 2009.
Semoga Biskita Sukses Selalu. Okey.........
Sebelum orang terima hadiah., kami lah yang menjadi pemenangnya..
hehehe.., mahal-mahal hadiah nya yOooo.. best...!!!!
Mamolapenga, Hasnol, Krikan Shimano, Imbran, Bob, Mamat
Ironsilk, Aisah & Dayat.
Pemutus Asa, Mr. So What, Rambat Daiwa, Killer Spin & Ratio13
UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH DARI KAMI NSZ
KEPADA JABATAN PERIKANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DAN CAPT.FRED FISHING KERANA DENGAN JAYANYA
MENGANJURKAN CABARAN PANCING BAGI TAHUN 2009
Berita dipetik dari MEDIA PERMATA 14hb Disember 2009
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Mohd Jamaluddin Abdullah membawa pulang trofi serta hadiah bernilai $385 termasuk wang tunai setelah beliau berjaya menangkap ikan Kerapu seberat 0.97 kilogram kira-kira 35 minit setelah Cabaran Pancing dimulakan, dalam kategori menangkap ikan terpantas.
Beliau juga mendapat tempat pertama bagi Kategori Perseorangan dengan membawa balik hadiah bernilai $1,050 berserta Trofi manakala Pengiran Mohd Rizal Pengiran Osman dan Md Shamjul Nijam masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan memenangi hadiah bernilai $572 dan $405 termasuk wang tunai dan Trofi.
Sementara dalam kategori berkumpulan pula Kumpulan Sambaran yang menangkap ikan seberat 2.5 kilogram berjaya mendapat tempat pertama, dengan membawa pulang hadiah bernilai $855 termasuk wang tunai serta trofi diikuti Kumpulan Rimba Villa I di tempat kedua dan Kumpulan Rimba Villa II di tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang hadiah bernilai $514 dan $343 termasuk wang tunai berserta Trofi.Bagaimanapun bagi kategori melempar pancing dengan tepat tidak dimenangi mana-mana kumpulan yang bertanding.
Jabatan Perikanan bersama Syarikat Capt Fred Fishing dan Marine Supply selaku syarikat yang membekalkan alat menangkap ikan menganjurkan Cabaran Pancing 2009 yang berlangsung di Pantai Tungku, Gadong, di sini, hari ini.Perlawanan yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 2.30 petang itu bertujuan mempromosikan dan menggalakkan aktiviti riadah sukan. Selain itu cabaran pancing itu juga berpotensi untuk memajukan ekopelancongan perikanan yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan sekali gus mengeratkan hubungan antara peserta dan peminat pancing di negara ini.
Cabaran Pancing tahun ini diadakan sebagai susulan kepada kejayaan pertandingan sukan memancing yang pernah diadakan oleh Jabatan Perikanan di keempat-empat daerah sejak 2001 iaitu bersempena Tahun Melawat Brunei 2001. Kira-kira 240 penyertaan daripada pelbagai pihak turut serta dalam cabaran pancing kali ke lapan tahun ini dan kali ketiga dianjurkan bersama Capt Fred Fishing dan Marine Supply. Acara hari ini dirasmikan oleh Pengarah Perikanan, Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim.
Sebanyak empat kategori dibukakan dalam Cabaran Pancing 2009 itu iaitu Kategori Berkumpulan, Kategori memancing bagi masa yang terpantas, Kategori Perseorangan dan Kategori melempar pancing dengan tepat.
Majlis penutup yang disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Bakar yang juga menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Di samping cabaran memancing beberapa aktiviti seperti jualan produk perikanan dan acara sampingan untuk disertai oleh orang ramai dalam semua peringkat umur juga disediakan bagi memeriahkan lagi Cabaran Pancing pada tahun ini. Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah 'Parasailing', 'Banana boat ride' dan 'Flying fish' manakala acara sampingan seperti merambat bagi peserta wanita dan beberapa permainan meneka bermacam barangan seperti meneka banyak gula-gula dan berat ikan.
Turut memeriahkan lagi Cabaran Pancing tahun ini, perlawanan tarik kalat juga diadakan di antara pasukan Jabatan Perikanan dan juga pasukan Capt Fred Fishing and Marine Supply. Pasukan Jabatan Perikanan yang memenangi perlawanan tarik kalat bagi Cabaran Pancing 2009 menerima hadiah daripada tetamu kehormat di majlis penutupnya.
KEPUTUSAN CABARAN PANCING 2009
KATEGORI INDIVIDU (Perseorangan)
Juara MOHD JAMALUDDIN BIN ABDULLAH
tempat kedua PG. MOHD RIZAL BIN PG HJ. OSMAN
tempat ketiga MOHD HADI BIN MOHD YUSSOF
saguh hati:
MD. SHAMSUL NIZAM BIN HJ ABD LATIF
MOHD WALIYUDDIN BIN ALIAS
MD SHAH HERMAN BIN TAHIR
MD. SUFIAN BIN HJ JUDIN
AHMAD BIN SELAMAT
kategori ' berkumpulan ' :
Juara Kumpulan Sembaran
tempat kedua Rimba Villa I
tempat ketiga Katok Lambak
FASTEST CATCH CATEGORY:
MOHD. JAMALUDDIN BIN ABDULLAH
Kategori 'Casting Accuracy' :
Juara Adiman bin musa
tempat kedua Kamarul
tempat ketiga Md Danel Lim
Individual Category
1st Prize $600+Tackle+Trophy
Cash - $600
Tackle - Shimano Ultegra 5500XSB $315
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $1050.00
2nd Prize $300+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $300
Tackle - Shimano Alivio 10000XSA $137
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $572.00
3rd Prize $150+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $150
Tackle - Shimano Socorro 6000F $120
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $405.00
5 Consolation prize $50 (Tackle+Trophy)
Trophy
Cash - $ 50
Tackle - Shimano Hyperloop 6000FB $58
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $243.00
Fastest Catch Category
Prize $100+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $100
Tackle - ShimanoAernos 6000XT $150
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $385.00
Team Category
1st Prize Trophy
Cash - $600
Tackle - Shimano Socorro 6000F $120
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $855.00
2nd Prize $300+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $300
Tackle - Shimano Alivio 6000FA $ 79
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $514.00
3rd Prize $150+Tackle+Trophy
Trophy
Cash - $150
Tackle - Shimano Hyperloop 6000FB $58
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $343.00
Casting Accuracy Category
1st Prize Tackle+Trophy
Trophy
Tackle - Shimano Spinjoy 405CXT $224
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $359.00
2nd PrizeTackle+Trophy
Trophy
Tackle - Shimano Hyperloop Surf 425CXG $137
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $272.00
3rd Prize Tackle+Trophy
Trophy
Tackle - Shimano Alivio Surf 450BX $95
Extras - Baiduri BackPack $100
Baiduri Large Umbrella $ 35
Total Value $230.00
In the Hole JACKPOT !! Philips 32” LCD TV
0 comments:
Post a Comment