Umpak, Kerapu Kertang & Selungsung
Di Kawasan Perairan Perindustrian Muara
07 Jun 2009 (Malam)
Mr. Ping
(Bro Pemutus Asa) rakan NSZ
dengan hasil pancingan
santai beliau seekor ikan umpak
'dari ngail udang galah kali ani mengintai lauk lagi ia'
terima kasih atas sokongan anda bro.. :)
dan tahniah dengan hasil pancingan yang diperolehi..
semoga dilain hari dan waktu akan
mendapat lebih banyak rezeki
Dilain masa dan waktu
dengan hasil pancingan seekor ikan kerapu kertang,
2 ekor ikan selungsung dan seekor ikan kerapu 'macan'
kerapu kertang
Nice catch Bro..
Penulis: woww besar jugak kerapu ni.., emm
lebih kureng.. macam kerapu yang pernah penulis perolehi semasa
mengcasting di Pantai Serasa 'Unggah Garden'
dan ikan apa ler tuu??
Informasi mengenai tempat dan teknik pancingan
tidak dinyatakan insyaallah dilain waktu penulis akan
berusaha untuk mendapatkan informasi mengenainya.
<> <<>> <<<>>> <<>> <>
'Sini gua kasi 1st time resepi ikan selungsung yang
gua petik dari itu laman web http://resepi.mesra.net/'
Ikan Selungsung di MALAYSIA dikenali dengan nama Ikan Siakap
atau dengan gelarannya SI RAJA MUARA
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar - goreng
4 ulas bawang putih - didadu kecil
6 biji cili api - potong kecil
1 inci halia - hiris
2 helai daun limau purut - hiris kasar
Cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan sos ikan, halia. Gaul rata.
Masukkan suhun, daun limau purut, cili api, garam, nenas muda, gula. Tambah sedikit air. Kacau hingga pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah di goreng tadi.
Cadangan Hidangan:
Taburkan hirisan daun sup & daun bawang jika suka.
Tambahan:
Ikan dilumur dengan garam sahaja sebelum digoreng.
Kiriman: Adique
Ikan Siakap Kukus Special
Bahan-Bahan:
1 ekor siakap
3 ulas bawang merah ( di mayang halus)
2 ulas bawang puteh (di mayang halus)
½ cm halia (dimayang halus)
serbuk kurma ½ paket
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang puteh (kisar)
1 cm halia(kisar)
1 cm lengkuas(kisar)
2 btg serai(kisar)
100 gram cili kering (kisar)
(kalau nak pedas tambah)
minyak utk menumis
gula & garam secukup rasa
asam keping/asam jawa
Cara:
bahan A
Setelah bersihkan ikan lumurkan serbuk kurma pada ikan, letakkan dlm pinggan pengukus kemudian masukkan bahan-bahan yang di mayang tadi.Kemudian kukus ikan sehingga separuh masak.
Bahan B
Kisar semua bahan- bahan B kemudian tumiskan sehingga naik minyak dan bahan-bahan B masak dan masukkan garam,gula dan asam jawa atau asam keping secukup rasa.kemudian taburkan keatas ikan kukus yang separuh masak tadi dan kukus sehingga ikan masak sepenuhnya.Setelah masak angkat dan hidang kan .
Tambahan:
Sedap dihidang kan panas semasa hendak makan
0 comments:
Post a Comment